BAB 10

Drama Completed 792

Azian gelisah, gelabah, tidak tenang dan sewaktu dengannya. Ada orang
masuk meminangnya pagi tadi di kampungnya. Dia teringat perbualannya
dengan mama.

“Apa mama? Siapa yang masuk meminang mama? Nama dia siapa?
Zaini ke?” bertimbul soalan ditanyanya kepada mama.

“Zaini? Siapa pula ni? Ini namanya Amir Hamzah. Jangan
gelojoh sangat, Azian. Mama dah terima pinangannya.”

“Mama, orang bukan cerita pasal pinangan.”

“Kalau bukan pinangan, yang kamu macam gelojoh sangat ni
kenapa? Mama Azian mula berangin. “Mama dah terima pinangan tu.”
Sambungnya lagi.

“Tak ada apa-apa tapi apa mama!!!!” Azian baru tersedar
perkataan ‘terima’ yang disebut oleh mamanya. “Mama dah terima pinangan
tu?” terkejut Azian di buatnya.

“Ya. Mama dah terima.” Teragak-agak mama Azian berkata di
hujung talian apabila mendengar nada anaknya menjerit seperti itu.

“Mama tolak. Mama tolak. Anak mama ni dah suka orang lain.
Mama tolak ya?”

“Hah apa?! Mama cuba. Mama cuba.”

“Cuba apanya. Mama kena tolak gak tau. Ingat!” pesan Azian.

“Baiklah. Mama cuba...”

“Cuba lagi. Mama janji tolak yer?” lagi sekali pesan Azian.

“Baiklah. Hah, papa kamu dah balik tu. Mama pergi dulu. Jaga
diri. Assalamualaikum.” Terus sahaja talian dimatikan tanpa sempat
Azian menbalasnya.

“Pelik betullah mama ni.” Berkerut-kerut dahi Azian.

Azian pun menceritakan masalahnya kepada Lina.
“Kebiasaannya orang yang kita suka yang meminang kita. Aku yakin sangat
yang si Zaini ni datang meminang aku.” Kata Azian.
“Macam mana kau ni yakin sangat ni?”
“Ala dalam novel, dalam cerpen yang akus elalu baca dalam penulisan tu
you, kebanyakkan ceritanya, mesti lelaki tu akan pinang kita senyap-senyap.”
“Tapi sah-sah lelaki itu nama Amir Hamzah. Lain kebenar dengan buah hati
kau si Zaini tu.”
“Ah! Aku tak kira, aku tak nak kahwin dengan lelaki itu.”
“Aku tahu tapi kalau kau nak tunggu Si budak desa tu sampai bila. Jumpa
pun tak pernah.” Nasihat Lina.
“Kau ni sengaja nak patahkan semangat aku.”
“Aku bukan sahaja nak patahkan semangat kau. Nak kau lupakan dia terus.”
Kejam sungguh kata-kata Lina. Azian terdiam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience