BAB 13

Drama Completed 792

Azian sudah lengkap berbaju kurung berwarna hijau. Semua memuji
kecantikannya. Tidak ramai yang hadir, hanya sanak saudara dan
rakan-rakan sahaja.

“Wei Azian, yang kau sedih ni kenapa?” Ria menegur sahabatnya.

“Betul tu. Kan dah nak bertunang ni. Aku ni tak tahu lagi
dengan ‘kumbang kuning’ aku ni.” Lina berkata lemah. Ria sudah ketawa
kecil. Lucu melihat wajah sahabatnya itu.

“Lina, kumbang malam kan ada kalau kumbang kuning tak nak
masuk meminang.” Ria berkata dengan nada bergurau.

Disebabkan terlalu geram, Lina menampar bahu Ria. Ria
mengaduh kesakitan.

“Buasnya kau. Habislah kumbang kuning nanti.”

“Ria, aku report kat tunang kau baru tau.”

“Okay. Okay. Sorry. Aku gurau aje.” Akhirnya mereka ketawa
bersama. Azian juga cuba ketawa untuk menutup kegusaran hatinya.

“Azian, dah siap ke? Dah boleh nak sarungkan cincin. Mak
pihak lelaki dah ready tu.” Arah mamanya. Azian gelabah.

“Azian, kau jangan takut. Bertunang ni macam makan kat KFC
aje. Relaks dan sedap.” Bayangan Ria membuat orang sekeliling
mengetawakan dia.

“Ada pula KFC.” Lina pula yang mengamuk.

Azian duduk dengan penuh sopan atas pelamin berwarna hijau
itu. Mak pihak lelaki menghampirinya dan menyarung cincin pertunangan.
Air matanya mengalir deras apabila dia sah menjadi tunang seorang lelaki
yang bernama Amir Hamzah.

“Minta tuan punya badan bergambar dengan tunangnya sendiri.”
Pinta jurukamera.

Azian tidak berani mendonggak. Hatinya berdebar. Apabila
kekuatan sudah dikumpulnya, barulah dia mendonggak.

“Zaini!!!” Azian memandang mamanya.

“Mama kata, namanya Amir Hamzah?” Azian berkata.

“Amir Hamzah tu nama ayah si Zaini ni. Mama lupa nak bagitau
nama sebenarnya.” Mamanya hanya tersengih.

“Mama!!!” Azian rasa malu sangat. Memang selama ini Zaini
yang meminangnya. Semua ini salah mamanya yang memberi maklumat yang
berbeza.

Hari itu, Azian rasa malu sangat. Diusik habis-habisa oleh
Ria dan Lina tetapi bahagia tetap menjadi milik mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience