BAB 11

Drama Completed 792

Sejak itu, kata-kata Lina sentiasa mengganggu fikiran Azian sehingga
kerja-kerja yang dilakukannya tidak dapat difokus.

“Azian...” panggil Ria lembut.

“Azian........” nada Ria lebih panjang dari tadi. ‘Apa kena
dengan minah ni?’

“Azian!!!” Suara Zeck yang lantang itu memecahkan ingatan
Azian terhadapa Zaini. Dia terkejut.

“Zeck! Yang kau panggil macam tu, kenapa?” marah Ria.

“Aku tolong kau panggil dia. Dengan aku tak pernah pun nak
panggil lembut-lembut macam tu.” Zeck merajuk lalu masuk semula ke dalam
biliknya. Dia tiada mood untuk pergi makan bersama Ria.

“Azian, kau okay?” Ria bertanya.

“Hmmm, aku tak dapat nak fokuslah.”

“Kau ada masalah? Kau cutilah lama sikit. Nanti aku buat
rayuan pada Zeck.”

“Tak apa ke?” bersinar-sinar mata Azian. Hanya satu tempat
sahaja yang dia ingin pergi saat ini. Kampung Lina.

“Aku cuba. Kau tunggu ya? Atau kau pergi makan dulu. Sudah
nak dekat waktu lunch ni.”

“Baiklah!”

“Zeck!” marah Ria. Zeck tidak memandang Ria. “Kesian Azian.
Dia tu ada masalah. Kau bagi aje dia cuti seminggu.” Arah Ria. Lagaknya
seperti bos.

“Banyak cantik muka kau. Ria, nanti kalau Azian tak ada
siapa mahu ganti tempat dia? Leceh la!” Zeck betul-betul tidak suka
layanan tunangnya itu terhadap dirinya.

“Baiklah. Biar Ria aje yang gantikannya untuk seminggu.
Setuju?” akhirnya Ria mengalah.

“Betul ni?”

“Betullah!”

Zeck tersenyum. Hatinya cukup gembira.

“Kalau Ria yang jadi setiausaha Zeck, gerenti sebulan dia
nak cuti, Zeck luluskan.”

“Dan 3 minggu lagi, pandai-pandailah kau bawa diri ya? Aku
pergi dulu.”

“Eh, tadi kata nak makan sama?”

“Dah ada orang merajuk. Tak jadilah nak makan.”

“Mana boleh! Nak jugak!”

Zeck mengikut langkah Ria. Ria tersenyum. ‘Semoga masalah
awak dapat di selesaikan, Azian.’ Doa Ria dalam hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience