BAB 8

Drama Completed 792

Rasa bagaikan ingin tercabut nyawanya apabila diacukan pisau seperti itu.

“Keluar! Aku kata keluar!” seorang lelaki yang tidak menutup
wajahnya menyuruh Azian, Lina keluar daripada kereta mereka.

Di tepi jalan dua lelaki bermotosikal telah menahan mereka
dan merompak.

“Aku kata bagi rantai kat leher kau tu! Bagi!” jerit salah
seorang daripada mereka. Azian tidak mahu bagi. Itu adalah rantai
peninggalan neneknya. Tidak mungkin.

“Oi!” kebetulan Zaini melalui jalan tersebut.

“Mail!” Zaini terkejut melihat sahabatnya itu. Lelaki itu
terkejut lalu menarik Azian menjadi tebusannya.

“Zaini, kau jangan dekat. Aku bunuh perempuan ini.”

“Kenapa kau buat camni?” Zaini bertanya perlahan. Kawan Mail
yang melihat kehadiran Zaini terus melarikan diri. Meninggalkan Mail
seorang diri.

“Aku nak duit! Aku perlu duit!” jerit Mail.

Zaini cuba mendekati Mail tetapi Mail melukakan tangan
Zaini. Zaini mengaduh sedikit.

“Aku dah cakap! Jangan dekat!” Jeritnya lagi kuat. Azian
hanya mampu menangis. Siapa yang tidak takut apabila menghadapi situasi
seperti ini.

“Mail, kita boleh berbincang elok-elok kan? Kita kawan sejak
kecil lagi.” Zaini cuba memujuk.

“Memang! Kita selalu bersama tapi kenapa kau berjaya dan aku
tak berjaya. Aku juga sama macam kau tapi kau lebih ke depan! Aku benci
kau!” tanpa berfikiran waras, Mail terus menikam perut Zaini.

Azian terkejut dengan tindakan Mail. Mail yang baru sedar
akan tindakannya berlari ke tengah jalan dan dia tidak menyedari yang
ada sebuah trak yang dipandu laju telah melanggarnya.

“Mail!” jerit Zaini walaupun dalam kesakitan. Sahabatnya itu
dilanggar oleh trak tersebut. Zaini pengsan.

Azian dan Lina cepat-cepat buat laporan polis selepas
menghantar Zaini ke hospital. Azian rasa bersalah kerana dia, Zaini
cedera parah.

“Jangan bimbang cik, pesakit dalam keadaan stabil.” Kata
doktor lalu meninggalkan kami.

“Sudahlah tu Az, jangan nangis. Doktor dah kata dia okay.”

“Aku rasa bersalah.” Itu sahaja yang mampu Azian ucapkan.

“Aku tahu. Aku pun terkena tempias juga. Apa aku nak jawab
kalau ummi dia tahu.” Kata Lina.

“Ummi?”

“Ummi dia pergi umrah. Aku tak tahu apa akan terjadi kalau
dia tahu keadaan anaknya camni.”

“Lina...” makin galak Azian menangis. Dia cuba menjadi kuat
tetapi tidak dapat. Air matanya mengalir juga. Dia tidak pernah
mengalami situasi cemas seperti ini.

“Zaini dah sedar tapi dia tak jumpa dengan kau, Az.”

“Kenapa?”

“Aku tak tahu kenapa?”

“Tapi aku nak ucap terima kasih pada dia sebab selamatkan aku.”

“Dia betul-betul tak nak jumpa kau.” Lemah suara Lina. ‘Aku
nak jumpa Zaini. Aku nak jumpa dia!’ hatinya berkata. Tangannya ditarik
oleh Lina. Mereka terpaksa balik Kuala Lumpur petang itu juga. Sebab dia
bimbang berlaku apa-apa pada mereka berdua.

Akhirnya Lina yang memandu arah pulang. Azian hanya membuang
pandangannya ke luar tingkap. Hatinya masih memikirkan Zaini. Walaupun
lelaki itu baru hadir tidak sampai 24jam, tetapi sudaj berjaya membuat
dia tidak senang duduk.

‘Macam mana dia? Sihat kah dia? Kenapa dia tak nak jumpa
aku?’ hati Azian tidak tenang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience