BAB 1

Drama Completed 792

Azian mendengus. Banyak kerja yang perlu dia lakukan. Tugas seorang
setiausaha memang memenatkan badan. ‘Itu kena buat, itu kena tulis, itu
kena taip. Macam semua kerja aku yang kena buat. Sakit segalanya.’ Azian
membebel seorang diri.

“Kalau dah penat sangat, kau pergilah bercuti.” Cadang Ria.
Dia memerhati seraup wajah yang kepenatan itu.

“Aku okay lagi tapi bos tu banyak sangat cerewet dia. Kenapa
tak aje kau yang jadi setiausaha dia?”

“Si Zeck tu? Tak mahulah. Nanti satu kerja pun tak jalan.”
Ria malas mahu melayan cadangan yang tidak berapa bernas itu.

“Kenapa?” Azian terasa pelik. “Dia kan buah hati kau. Takkan
lah dia suruh buat banyak kerja macam dia suruh aku buat ni?” Azian
menyambungnya lagi. Dia mengemas meja kerjanya. Sudah hampir jam lima
petang.

“Sebab dia buah hati akulah , aku tak mahu. Nanti asyik nak
berkepit aje dengan dia. Kau hantar aku balik yer?” pinta Ria. Itu
motifnya setia menanti Azian siap mengemas.

Belum sempat Azian menjawab, Zeck muncul.

“Tak payah mengada-ngada nak tumpang orang lain. Tunang
awak ni ada. Boleh tolong hantarkan.” Zeck menutup pintu biliknya lalu
menguncinya.

“Azian, kamu boleh balik. Cik Ria ni biar saya aje yang
hantar.” Arah Zeck.

“Baiklah boss.” Azian ingin berlalu.

“Azian, jangan tinggalkan aku. Aku tak nak!” Ria ingin
mengejar Azian.

“Nak ke mana tu? Aku dah janji dengan abang-abang cik Ria,
yang aku kena hantar kau balik.” Zeck menghalang. Azian hanya tersenyum
dan terus berlalu pergi.

“Azian.....” meraung Ria dibuatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience