BAB 2

Drama Completed 792

Azian memandu perlahan masuk ke perkarangan rumah sewanya. Dia mahu
segera mandi. Badan sudah rasa melekit.

“Lina, bila kau balik kampung?” soal Azian yang rasa selesa
selepas membersihkan diri. Rambutnya dibilas lembut.

“Aku balik hari jumaat petang. Kenapa?” soal sahabatnya itu.

“Kampung kau ada sawah padi tak?”

“Mestilah ada, Sabak bernam tu. Ala tempat filem ‘Nur Kasih’
berlakon .”

“Aku rasa aku nak ikut kau balik kampung sekalilah sebab aku
dah lama tak bercuti.kampung kau kan dekat aje dengan Kuala Lumpur ni.
So aku rasa, tak la penat sangat.”

“Boleh tapi aku naik kereta kau dan duit minyak kau tanggung
arah pergi. Arah balik aku pula.”

“Ekonomi betullah kau ni!” Azian sedikit geram.

“Biasalah. Aku budak ekonomi dulu. Belajar usahawan juga
tapi tak berbakat dalam bidang perniagaan ni.” Jelas Lina.

“Okay. Aku setuju. Jumaat petang.” Azian tersenyum.

Dia sudah membayangkan sawah padi yang terbentang luas.
Warna hijau pula itu. Memang menyeronokkan. Dia memang suka sawah padi
sejak kecil lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience