BAB 2 - AAK - FLASHBACK

Short Story Completed 10247

"Aduh! Sakit! Sakit!" Meera mengerang kesakitan sambil memegang dahinya yang dipenuhi darah.

"Meera, kenapa ni? Apa yang berlaku?" Tubuh kecil Meera dirangkul.

"Mummy... Sakit. Darah..." Rintih Meera.

"Allahuakhbar... Macamana boleh berdarah ni? Meera langgar apa?"

"Meera terjatuh mummy. Sa...kit..." Adu Meera. Berlinangan air mata Meera ketika itu bersama lelehan darah dari kepalanya.

"Jay! Jay!"

"Mummy, kenapa jerit nama Jay?"

"Ambil kunci kereta mummy. Kita bawa Meera ke hospital... Meera... Meera..."

"Kenapa dengan Meera?" Soal Jay, berpura-pura.

"Meera, bangun sayang... Bangunlah... Jangan takutkan mummy..." Pipi Meera ditepuk. Namun, tiada reaksi dari Meera.

"Allahuakhbar... Meera, kenapa ni? Jangan takutkan mummy, sayang. Jay, cepat..." Meera tidak sedarkan diri. Keadaan semakin panik.

"Ba...baik mummy." Berlarilah Jay mendapatkan kunci dan handbag mummy.

"Jay masuk belakang. Mummy letakkan Meera kat paha Jay ya?"

"Baik, mummy." Menggigil tubuh Jayden tatkala kepala Meera yang dipenuhi darah, diletakkan dipahanya. Habis basah seluar Jayden dengan darah Meera. Perasaan bersalah mula menyelubungi diri Jayden.

"Jay, tolong pegang kain kat kepala Meera tu."

"Ya, mummy. Jay buat." Jayden merenung wajah Meera yang masih basah dengan darah. Perlahan-lahan Jayden mengelap darah yang masih bersisa walaupun tidak bersih.

'Maafkan Jay, Meera. Jay cemburu. Jay kecewa mummy daddy sayangkan Meera.'

Tanpa Jay sedari, dia turut mengalirkan air mata melihat Meera yang tidak sedarkan diri. Ya, Jay cemburu. Dia cemburu dan sakit hati melihat Meera disayangi dan menjadi pilihan mummy daddy. Sedangkan, mummy daddy sudah mempunyai Jay.

'Meera, bangun Meera. Jay minta maaf. Jay janji, Jay takkan ganggu Meera lagi.'

Meera ditahan semalaman di sebuah hospital swasta kerana mengalami trauma dan dahi Meera menerima dua belas jahitan akibat luka yang dialaminya.

"Mummy..." Meera tersedar selepas tiga jam tidak sedarkan diri.

"Ya, sayang. Mummy kat sini... Meera nak makan?" Meera menggelengkan kepalanya perlahan.

"Meera nak apa, sayang? Daddy sekejap lagi sampai..."

"Meera nak balik kat rumah anak yatim." Tertoleh Jay mendengar permintaan Meera.

"Eh, kenapa? Meera nak balik sana nak buat apa? Meerakan dah ada rumah sendiri..."

"Meera..." Meera merenung Jay. Mata mereka bertentangan.

"Meera rindukan umi..." Bohong Meera. Umi, merupakan penjaga anak-anak yatim di rumah itu. Jayden menelan air liurnya.

'Meera tipu mummy. Kenapa dia tak cakap perkara yang sebenar?'

"Meera tak tipu mummykan?"

"Tak, mummy. Meera rindukan umi." Mummy mencerlung ke arah Jay.

"Meera tak nak bagitahu mummy apa yang berlaku sebenarnya?"

"Meera minta maaf, mummy. Meera salah. Kaki Meera tersadung kat selipar. Meera terjatuh. Kepala Meera tak sengaja terhantuk kat pasu bunga tu." Tipu Meera. Jayden menundukkan kepalanya.

'Kenapa dia baik? Kenapa dia selamatkan aku sedangkan dia tahu, aku yang menjadi punca dahi dia berjahit?'

"Betul ke Meera? Bukan Jay yang buat Meera jadi macam ni?"

"Tak, mummy. Jay tak buat apa-apapun. Dia takde masa kejadian tu."

"Baik. Mummy percayakan Meera. Mummy harap, lepas ni, kalau Jay ganggu Meera, cakap dengan mummy."

"Baik, mummy."

"Tunggu sekejap. Mummy belikan makanan. Jay, jaga Meera."

"Baik, baik mummy." Mummy melangkah keluar dari wad yang menempatkan Meera. Jayden melangkah merapatkan diri ke katil.

"Kenapa kau selamatkan aku? Kenapa kau tak berterus-terang pada mummy aku yang menjadi penyebab dahi kau berjahit?"

"Untuk apa? Untuk awak didenda dan dihantar ke asrama? Awak nak ke duduk asrama?" Jayden menggeleng.

"Kalau saya bagitahu mummy daddy, saya tak ubah macam awak. Saya terima apa yang awak dah lakukan pada saya. Terima kasih. In shaa Allah. Saya akan pujuk mummy daddy untuk benarkan saya pulang ke rumah anak-anak yatim nanti. Lepas ni, saya takkan ganggu hidup awak lagi."

"Kenapa perlu balik ke sana? Rumah kami dah jadi rumah kaukan?"

"Maaf. Itu bukan rumah saya. Saya selayaknya duduk di rumah anak-anak yatim je. Saya tahu, awak memang tak boleh terima kehadiran saya dalam rumah tu. Saya anak orang miskin. Anak yatim piatu. Awak anak orang kaya. Dunia kita berbeza." Ujar Meera dengan lelehan air mata.

"Meera, saya minta maaf. Saya betul-betul minta maaf. Ya, saya cemburu sebab mummy daddy sayangkan awak. Tapi, saya takde niatpun nak buat awak macam ni. Saya minta maaf, Meera." Pujuk Jayden.

"Takpelah. Saya tahu awak rasa bersalah. Tapi, saya tetap nak balik ke rumah anak yatim tu. Di situ tempat saya yang selayaknya."

"Tak! Awak tak boleh pergi. Awak tak boleh tinggalkan rumah tu. Itu rumah awak. Kalau awak nak saya mengaku apda mummy daddy, saya akan buat! Saya akan bagitahu mummy daddy perkara sebenar. Saya tak kisah kalau daddy nak hantar saya tinggal di asrama. Saya terima hukuman daddy." Rintih Jayden.

Teresak-esak Jay. Meera yang memerhatikan segala perlakuan Jay, turut sama mengalirkan air mata. Nampak keikhlasan Jay di situ. Parut di dahi, disentuh perlahan.

"Aduh!" Adu Meera.

"Jangan usik. Nanti berdarah." Ujar Jayden seraya mengesat air matanya dengan belakang tangan.

"Awak rehatlah. Saya akan jaga awak sampai mummy datang semula." Meera merenung dalam mata Jayden.

"Saya minta maaf sangat. Saya janji, saya takkan ganggu awak lagi." Ujar Jayden seraya itu melabuhkan punggungnya di kerusi menunggu di situ. Jayden benar-benar rasa bersalah. Melihat jahitan di dahi Meera, cukup menyentuh perasaannya.

Flashback end #

Jayden tersenyum sendirian mengingatkan kenangan lama yang mengusik jiwa.

"Abang teringatkan apa, tersenyum-senyum tu?" Jayden menghulurkan tangannya dan disambut Meera. Meera melabuhkan punggungnya di sisi Jayden.

"Teringat zaman kanak-kanak dulu..."

"Zaman kanak-kanak?"

"Hurm... Zaman nakal dulu." Serta-merta Meera mengusik parut di dahinya.

"Ya, abang tahu. Abang punca sayang dapat parut kat dahi ni." Jayden mengucup parut di dahi Meera. Meera tersimpul malu.

"Abang minta maaf, ya? Abang nakal. Sebab abang, sayang dapat parut ni. Sampai kena dua belas jahitan."

"Dahlah tu, bang. Benda dah lama berlaku pun. Lupakan jelah."

"Susah nak lupa, sayang. Abang nyaris kena pukul dengan daddy dan nyaris kena masuk asrama."

"Meera minta maaf."

"Untuk apa? Sayang tak salah pun. Abang nakal sangat. Dengki kat sayang."

"Tapi, kalau Meera tak masuk dalam family abang, semua tu takkan berlakukan?"

"Sayang, kenapa cakap macam tu? Semua yang berlaku ni, ada hikmahnya. Allah tu dah tetapkan semuanya, sayang. Tak perlu rasa bersalah."

"Tapi..."

"Ameera Aisyah... Abang tak pernah menyesal pun kenal sayang. Sayang tahukan macamana sayangnya abang pada sayang?" Meera mengangguk perlahan. Tangan Meera digenggam erat sebelum dibawa ke bibir dan dikucup Jayden.

"Abang rasa bertuah dapat kenal seorang gadis bernama Ameera Aisyah... Cuma, waktu kanak-kanak tu, abang tak fikir apa pun. Abang anak tunggal masa tu. Manja sangat. Sampai sayang muncul, abang jadi dengki sangat. Sebab sayang dah rampas sebahagian dari kasih sayang mummy daddy."

"Tapi, abang frust sikit sebab mummy daddy terlebih sayangkan sayang sampai lahir Jasnita. Masa tu, kurang sikit cemburu abang sebab mummy daddy dah beri tumpuan pada Jasnita."

"Meera rindu Nita..."

"Nita je? Abang?" Meera merangkul pinggang Jay. Dapat Meera dengar degupan jantung Jay yang tidak teratur.

"Setiap masa, setiap saat, setiap ketika, Meera rindukan abang. Abang syurga Meera dunia akhirat. Meera sayangkan abang." Lebar senyuman Jayden mendengar luahan hati isterinya.

"Abang pun sayangkan Meera dunia akhirat. Sayang bidadari syurga abang selamanya. Jangan marah abang lagi ya? Tak keruan abang bila sayang merajuk pada abang."

"Meera minta maaf. Meera tak sengaja. Meera cuma terasa hati je..."

"Abang maafkan. Jangan simpan apa-apa dalam hati. Kalau tak puas hati, cakap, terus-terang dengan abang. In shaa Allah, abang akan cuba perbaiki diri abang."

"Tak. Abang tak salah. Meera yang salah. Meera teremosi sangat."

"Kita sama-sama tak salah. Abang terlupa, isteri kesayangan abang ni, maha manja... Sorry, ok?" Meera mengangguk.

"Sayang abang tak?"

"Sayang sangat."

"Abang pun sayangkan sayang, sangat-sangat. Tesis dah siap?"

"Dah, alhamdulillah."

"Sabar ya... Sikit masa je lagi untuk kita nak habiskan tahun akhir ni... Hanya tinggal dua bulan je lagi sebelum final exam. Nanti, kita spend time together."

"In shaa Allah, bang. Meera faham. Lepas ni, Meera dah tak nak sembunyikan apa-apa lagi. Sakit mata Meera tengok ramai peminat abang keliling abang setiap masa."

"Jealous?"

"Mestilah. Abang hak Meera seorang! Meera belum bersedia nak share abang dengan orang lain."

"Ish, apa cakap macam tu? Macam doa je..."

"Abang?"

"Hihihi... Ala, abang gurau jelah. Bukannya betul pun. Tapi, serius, sayang memang kuat jealouskan?"

"Mestilah. Meerakan perempuan. Perempuan dengan perasaan cemburu, memang tak dapat dipisahkan. Bukan normal kalau perempuan tu takde perasaan jealous tau."

"Tapikan sayang... Kalau ada orang cuba nak masuk jarum, macamana?"

"Ok, abang jawab soalan Meera dulu. Kalau ada lelaki lain yang masuk jarum, mengurat Meera macamana?"

"Berani dorang nak usik wife abang?"

"Hah, macam tu jugalah perasaan Meera. You're mine and always be mine..."

"Wow... Garangnya..."

"Tak kisahlah garang atau tidak. Tapi, kalau ada perempuan yang berani nak kena tanam hidup-hidup, cubalah. Meera dah lama tak keluarkan bunga silat ni..."

"Ya Allah, garangnya isteri abang ni... Dah, dah. Takmu cakap macam tu. Sayang tahukan, abang bukan macam tu...?"

"Tahu takut... Kalau rasa, muka hemsem ni nak senget sebelah, trylah. Jangan cabar Meera."

"Ya Allah... Sayang abang ni... Sudahlah tu. meremang bulu roma abang, sayang cakap macam tu. Sumpah! Abang tak buat jahat belakang sayang..."

"Hihihi... Meera gurau jelah, bang. Sorry..." Meera dan Jay, tersenyum riang. Bahagia, perkataan yang paling tepat buat mereka.

Jemput baca chapter baru... Kita santai-santai je hujung minggu ni

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience