"Oh... Maknanya, abang dah lama suka dengan Meera?"
"Sejujurnya, ya..."
"Sebab apa?"
"Sebab apa ya? Emm... Ni... Senyuman yang terukir di pipi ni, nampak... Comel sangat... Geram je abang tengok masa tu."
"Tapi, takkan sebab senyuman Meera je boleh buat abang suka dekat Meera?"
"Sebab sayang comel, cantik, baik hati, berbudi bahasa, bersopan santun, rajin, pandai masak. Tapi, masa sayang mengamuk dan belasah Ben... Ya Allah... Serius, sayang... Abang takut sangat."
"Dah tahu takut, kenapa sukakan Meera?"
"Sayang memang tak puas hatikan selagi tak dapat jawapan?" Meera menggeleng.
"Hahaha... Mestilah. Cepatlah, bang... Jawablah soalan Meera." Lengan Jayden digoyang-goyangkan.
"Ya, ya... Sabar sikit. Abang cakap sekarang..."
"Abang... I'm waiting..."
"Abang terpesona melihat keikhlasan dan kejujuran sayang. Abang betul-betul jatuh cinta kat sayang waktu sayang tunjukkan yang sayang betul-betul Ameera Aisyah yang abang cari selama ini..."
"Wah, jiwang karat..."
"Hei... Itu pulak yang diusiknya..."
"Yelah, sorry. Apapun, Meera ucapkan terima kasih sebab abang pertahankan Meera dari Ben."
"Sama-sama. Abang pun nak ucapkan terima kasih sebab sayang selamatkan abang dari Ben. Kalau tidak, abang dah cedera parah dah masa tu. Tapi, pelikkan, macamana sayang boleh hebat macam tu?"
"Abang lupa, Meera cakap Meera ada belajar silat kat rumah anak-anak yatim?"
"Sayang ada cakap ke?"
"Ada... Meera cakap, Pak Hamid, salah seorang penjaga kat rumah anak-anak yatim tu yang ajar kami semua ilmu persilatan. Kata Pak Hamid, ini untuk mempertahankan diri, bukan untuk kita bermegah."
"Baguslah macam tu. Tapi, agak-agaknya, kalau sekarang ni, sayang boleh lagi tak nak berlawan macam tu?"
"Kenapa tanya soalan macam tu?"
"Tidaklah. Abang tanya je... Kot-kot ada yang cuba mencabar sayang..."
"Why not? Kalau selama ini dorang ingat perempuan ni lemah, cubalah kalau berani?"
"Garangnya... Kalau abang yang cabar sayang?"
"Hurm... Abang berani ke?" Soal Meera sambil menjongketkan keningnya.
"Sayang, cabar abang ke?" Soal Jayden pula sambil mengangkat kedua belah keningnya. Jayden semakin mendekati Meera. Meera berundur ke belakang selangkah demi selangkah.
"Abang serius nak cabar Meera?"
"Sayang sedia dicabar?"
"We'll see..." Jayden semakin rapat dengan Meera. Meera dapat lihat halkum Jayden bergerak. Meera simpan senyum sebelum bibir bawah digigit.
"Please, don't do that..."
"Why?"
"You're asking for it..."
"Argh, abang!" Lantas tubuh Meera dicempung dan bawa masuk ke dalam bilik kelamin mereka.
*****************************
"Kenapa ni? Manisah, apa yang berlaku?"
"Abang Jay..."
"Kenapa? Apa yang bising-bising ni? Kecoh satu universiti."
"Irwan... Irwan kena tampar." Jay tak sedap hati.
"Kena tampar? Siapa yang tampar dia?"
"Meera. Meera dah hilang sabar bila Irwan canang nama dia sebagai kekasih Irwan selama ni." Ujar Manisah, rakan baik Meeera.
"Jadi?"
"Meera tak tahan, bila disindir dan diperli. Tu yang Meera mengamuk tu..."
"Mana Meera?"
"Dalam bilik air."
"Manisah, tolong panggil Meera. Abang tunggu sini."
"Baik, Abang Jay." Apa yang Jay takutkan sudahpun berlaku. Meera hilang sabar. Jay bimbang Meera akan lakukan perkara yang lebih teruk pada Irwan sepertimana yang pernah Meera lakukan pada Ben suatu ketika dulu.
"Sayang..."
"Abang..." Meera terus menghamburkan tangisannya dalam dakapan Jayden sebaik sahaja Jayden muncul di hadapannya.
"Sayang, kenapa ni? Apa yang berlaku?" Meera measih menangis teresak-esak. Basah kemeja Jayden akibat air mata Meera.
"A...bang... Meera benci. Meera benci dia..." Rintih Meera.
"Sayang, dengar cakap abang. Tarik nafas dalam-dalam. Lepaskan..." Meera mengikut segala arahan Jayden dengan esakan yang masih berlagu. Jayden mengusap air mata si isteri. Nasib baik, tiada sesiapa di situ melainkan Manisah.
"Kenapa ni? Apa yang dah berlaku? Sayang..."
"Meera tampar Irwan..."
"Kenapa? Dia buat apa kat Meera?"
"Dia canang satu universiti, Meera kekasih hati dia."
"Tapi, abang tak fikir sebab itu, sayang sedih sangat macam ni. Betulkan?" Meera mengangguk lemah.
"Dia tuduh Meera dah tidur dengan dia. Meera tak buat, bang. Meera tak pernah curang belakang abang. Abang sendiri tahu Meera macamana, kan?" Ujar Meera dengan juraian air mata.
"Sabar, sayang... Bawa bertenang. Istighfar banyak-banyak."
"Meera benci dia, bang. Kenapa Meera dituduh macam ni? Meera tak buat semua tu. Meera isteri abangkan?" Rintih Meera dengan juraian air mata membasahi wajah mulusnya. Lencun kemeja Jayden akibat tangisan si isteri. Manisah hanya mmapu memandang dengan pandangan sayu.
"Shu... Sudah tu... Abang percaya sayang. Takmu nangis macam ni. Kita balik eh?"
"Tapi, abang ada kelaskan?"
"Takpe. Abang inform prof nanti. Abang teman sayang balik."
"Meera tak nak balik..."
"Sayang nak pergi mana?"
"Meera nak balik rumah mummy, boleh?"
"Yelah. Kita naik satu kereta je. Kereta sayang biarkan kat sini." Meera mengangguk lemah. Meera memicit pelipisnya.
"Sayang ok?"
"Sakit kepala sikit."
"Agaknya sebab menangis lama sangat tadi."
"Mungkin..."
"Dahlah tu. Kita lupakan benda ni dulu. Kita balik rumah mummy. Nak tidur rumah mummy ke?"
"Tak. Meera nak jumpa mummy ngan daddy, je. Meera rindu..." Ujar Meera dengan esakan yang masih bersisa.
"Sayang... Sudahlah tu. Takmu nangis lagi. Tak cantik dah." Usik Jayden. Meera senyum kelat.
Jayden meneruskan pemanduan. Jayden perasan, ramai yang memerhatikan gelagat mereka berdua. Jayden tak peduli. Jayden akan terangkan pada mulut-mulut puaka yang dia dan Meera adalah pasangan suami isteri yang sah. Jayden tak mahu lagi, Meera diperkotak-katikkan oleh manusia yang busuk hati.
Bagi Jayden, menjaga perasaan dan hati Meera jauh lebih penting dari menjaga hati teman-teman yang lain. Sesekali, Jayden mengalihkan pandangannya ke arah Meera yang dari tadi memicit pelipisnya. Jayden beranggapan yang Meera mengalami sakit kepala sebab banyak menangis.
Signal kiri diberikan sebelum kenderaan Range Rover miliknya diberhentikan di tepi jalan. Tali pinggang keledar, ditanggalkan sebelum tempat duduk isteri diselaraskan bagi keselesaan si isteri yang sedang terlena.
Wajah Meera yang masih bersisa dengan air mata, diusap perlahan, sebelum dahi Meera dikucup penuh kasih sayang. Perjalanan dari universiti ke rumah mummy daddy mengambil masa selama lebih kurang sejam. Jayden berdoa agar perjalanan mereka dipermudahkan.
"Sudahlah tu. Takmu menangis lagi." Pujuk mummy sebaik sahaja Meera habis menceritakan perkara sebenar pada mummy dan daddy. Mummy mengusap air mata Meera.
"Apa jadi pada budak tu, Jay?"
"Jay tak sempat jumpa dia lagi."
"Jay, daddy ingat Jay kena bagitahu perkara sebenar yang Jay dan Meera dah berkahwin."
"Daddy, Meera yang salah sebenarnya. Meera yang tak nak abang hebahkan pasal perkahwinan kami."
"Kenapa?"
"Meera pernah diugut, daddy."
"Diugut? Siapa yang ugut Meera? Cakap, Meera? Siapa yang ugut Meera? Berani budak-budak ni..."
"Salah seorang adik professor yang mengajar kat universiti tu. Dia dah ugut Meera jangan ganggu Jay. Walaupun Jay dah bagitahu perkara sebenar yang Jay dah berkahwin."
"Apa masalah budak ni? dia ingat, dia adik professor, dia boleh buat sesuka hati ke?"
"Entahlah mummy. Jay tak tahu nak cakap apa. Cuma, apa yang Jay geramkan... Budak Irwan ni dah melampau. Dia cakap..."
"Abang..." Meera menggeleng tanda tidak mahu mummy dan daddy tahu perkara sebenar.
"Dai cakap apa, Jay? Cakap dengan daddy... Cakap, Jay. Jay? Meera?" Jay menggenggam erat tangan Meera, demi memberi kekuatan pada Meera.
"Dia cakap, dia dah tidur dengan Meera." Ujar Jay seraya itu membuatkan Meera meleleh semula.
"Astaghfirullahalazim... Ya Allah. Melampau betullah budak ni."
"Jay, benda macam ni, tak boleh dibiarkan. Sedikit sebanyak akan memberi tekanan pada Meera nanti. Lagipun, peperiksaan akhir tahun, kurang dari dua bulan je lagi, kan?" Jay dan Meera mengangguk.
"Sudah tu, Meera... Jangan bimbang. Serahkan pada daddy. Daddy akan buat sesuatu."
"Kali ni, Jay jangan campurtangan. Kalau Jay dipanggil, berterus-terang je."
"Jay tak nak susahkan mummy dan daddy."
"Tapi, ini dah melampau, Jay. Benda macam ni, fitnah tau. Fitnah yang boleh merosakkan hubungan suami isteri. Dan sekaligus, membuat orang lain memandang serong pada Meera."
"Ya, mummy. Jay tahu."
"Tak payah banyak bunyi, Jay. Daddy rasa, ini bukan kali pertama, kamu berdua dilanda masalah macam ni... Dah berkali-kali dan kamu masih nak bersabar lagi? Nak tunggu benda tak baik berlaku pada Meera baru kamu nak bertindak?"
"Jangan cakap macam tu, daddy. Jay takkan izinkan sesiapapun melukakan hati Meera atau mencederakan Meera."
"Jadi, bertindak sekarang! Daddy tak kira. Esok pagi, kita jumpa budak tu dan dekan di universiti. Daddy nak settlekan benda ni. Tiada masa untuk bertangguh."
"Jay faham, daddy."
"Good."
"Sudah tu. Jom kita makan dulu. Mari, Meera. Kita makan. Mummy kebetulan dah masak lauk kegemaran kamu berdua."
"Mummy masak ikan stim nyonya?"
"Ya. Apa lagi?"
"Yes! Sayang, mummy." Meera mengucup pipi mummy.
"Sayang, mummy je?"
"Sayang abang juga..." Tersenyum Jayden bila Meera mengucup pipinya.
"Dah. Malam ni, tidur sini. Esok pagi, kita bergerak ke universiti sama-sama."
"Ala, mummy..."
"Jangan nak mengada... Barang-barang kamu, pakaian kamu berdua, masih ada ditempat yang sama, dibilik yang sama. Mummy dah suruh Kak Ita kemaskan bilik tu pagi tadi."
"Mummy ni, instinct mummy, dahsyatlah."
"Mummy kamu, kalau dia rasa lain je, adalah tu. Dia suruh kemas bilik kamu, dia suruh masak makanan kegemaran kamu. Dia boleh tahu, kalau kamu nak balik sini."
"Itulah kehebatan seorang ibu."
"Yelah, mummy." Ujar Jay dan Meera serentak.
"Sayang pening lagi?"
"Dah kurang. Dah makan ubat sakit kepala tadi."
"Tapi, tadi, makan... Selera je abang tengok."
"Meerakan memang kuat makan. Lagi-lagi kalau mummy yang masak lauk kegemaran Meera. Berselera sangat."
"Yelah. Selalu abang bungkuskan nasi je. Mana nak sama dengan air tangan ibu."
"Ish, abang ni. Takdelah macam tu. Cuma... Meera rindukan masakan mummy. Kitakan dah lama tak balik sini."
"Sorry, sayang. Abang lupa. Rasa abang, dah hampir tiga bulankan kita tak balik rumah ni?"
"Tahupun..."
"Yelah. Abang busy sangat. Kena pulak ini tahun akhir kita kat universiti ni."
"Yelah, bang. Meera tahu. Kita bukan tak nak balik sini. Tapi, keadaan tidak mengizinkan. Betul tak?"
"Betul, sayang..."
"Nak abang picit kepala tak?"
"Tak susahkan abang ke?"
"Sikit pun tidak. Isteri abangkan? Kenalah layan macam tuan puteri... Baring sini..."
"Thank you, abang." Meera baring di tengah katil sebelum Jayden mula menggerakkan jari-jemarinya memicit pelipis Meera.
"Emm... Sedap. Pandai abang picit." Ujar Meera tatkala kepalanya dipicit Jayden sehingga terpejam mata Meera.
"Sayang..."
"Hurm..."
"Harap-harap, lepas ni, takde lagi manusia yang busuk hati yang nak ganggu kehidupan kita."
"Meera pun harap macam tu juga. Meera tak suka orang cakap bukan-bukan pasal kita."
"Mulut orang, sayang. Bukannya boleh ditutup."
"Boleh, bang." Tegak kepala Meera.
"Maksud sayang?"
"Boleh tutup mulut dorang. Dengan tapak kaki, tapak tangan. Biar dia tahu, langit tu tinggi ke rendah."
"Ya Allah... Isteri siapa ni, ganas sangat ni." Usik Jayden.
"Isteri abanglah."
"Tapi, tadi.. Kenapa tak belasah je, si Irwan tu?"
"Abang tengoklah. Tadi, Meera pakai apa... Kalau Meera angkat kaki nanti, semua terkejut." Ya. Jayden baru teringat yang Meera memakai baju kebaya tadi. Pakaian tu sedikit mengikut badan Meera yang langsing.
Tapi, tak mustahil, kalau ramai yang meminati Meera kerana kecantikkan asli yang dimiliki si isteri. Cuma, cara mereka ni, agak kejam. Sehingga mendatangkan fitnah dan melukakan hati isterinya, Ameera Aisyah.
"Abang harap sangat, lepas ni, Irwan tu sedar dari kesilapan dia."
"Ya, Meera pun harap macam tu. Sakit hati Meera bila dituduh macam tu. Sedangkan, Meera tak buat pun benda terkutuk tu. Kalau pun Meera ada pilihan hati, Meera takkan terima lamaran dan cinta abang."
"Ya, abang tahu. Isteri abang ni, memang seorang yang baik hati. Tapi, sayang kena berhati-hati. Jangan percayakan sesiapa. Bahaya."
"Ya... Meera tahu, bang."
"Dah lega?"
"Alhamdulillah. Terima kasih, abang..."
"Sama-sama. Tidurlah... Esok, nak bangun pagi. Sejam jugak perjalanan nak ke universiti nanti."
"Ya, abang. Maaf... Meera dah susahkan abang, mummy, daddy."
"Kenapa cakap macam tu? Sayang, isteri abang. Itukan mummy daddy, sayang. Apa yang berlaku, mereka kena tahu. Lagipun, ini je keluarga kita, kan?"
"Hurm... Maaf, abang."
"Dahlah. Meh, kita tidur. Sini, kat abang. Abang nak peluk permaisuri abang ni."
"Peluk je?"
"Habis tu?"
"Habis two, three..."
"Loyar buruk, eh? Nak kena geletek ke?"
"Tak, tak, tak. Tak nak... Sorry, sorry. Meera janji. Meera tak buat lagi."
"Tahu takut... Dah, tidur."
"Selamat malam, abang."
"Selamat malam, sayang."
***************************
Pang!
"Apa hal kau tampar aku, Jayden?" Pipi kirinya diusap.
"Kurang ajar kau, kan? Perempuan yang kau tuduh tidur dengan kau ni, isteri aku. Isteri aku yang sah! Aku dah bernikah dengan Ameera Aisyah sejak setahun yang lalu." Ada riak terkejut pada wajah Irwan. Meera ditenangkan mummy. Daddy memegang tangan Jayden. Bimbang Jayden akan bergerak lebih teruk.
"Irwan, apa yang kamu lakukan ini, adalah kesalahan besar, Irwan..." Ujar Professor Halim, selaku ketua dekan di situ.
"Selama ini, aku hanya berdiam diri, kau fitnah isteri aku macam-macam. Tapi, kali ini, aku tak boleh berdiam diri. Kau tuduh isteri aku pernah tidur dengan kau... Itu tuduhan yang amat berat, Irwan."
"Astaghfirullahalazim... Muhammad Irwan Irwansyah. Apa yang kamu buat ni, Irwan? Kamu sebagai pelajar Usulluddin... Ya, Allah. Itu tuduhan yang berat, Irwan..." Irwan hanya mampu menundukkan kepalanya.
Amacam chapter baru ni, ok tak? Kalau ada kekurangan, boleh komen sis, ya? Sis terima dengan hati terbuka... Kot-kot, ada pembaca yang ada idea yang bernas, yang menarik utnuk sis kongsikan bersama... Boleh pm sis ya...
Share this novel