SBAB 1- AAK - RAJUK

Short Story Completed 10320

"Sayang... Jaga diri." Kekura tangan Jay dikucup.

"In shaa Allah. Abang pun, jaga diri. Jangan nakal-nakal." Jay mengucup dahi Meera.

"In shaa Allah. Trust me. Kasih sayang abang hanya untuk sayang seorang." Tersenyum lebar Meera mendengar omelan Jay.

"Assalammualaikum..."

"Waalaikumussalam." Mereka berpisah di luar rumah kerana Meera dan Jay akan menaiki kenderaan berbeza demi perjanjian yang telah mereka buat bersama. Baik Hay, mahupun Meera... Kedua-duanya enggan menghebohkan hal pernikahan mereka lantaran ingin menghabiskan lagi kurang setahun baki tempoh pengajian mereka. Bila tiba di universiti, mereka akan berlagak biasa. Hanya Zain yang tahu mengenai perkahwinan Jay dan Meera lantaran Zain merupakan sahabat baik Jay.

Manisah dan Ainiza yang merupakan sahabat baik Meera, turut diberi kepercayaan untuk menyimpan rahsia pernikahan Meera dan Jay. Dan, Jay turut meminta jasa baik Manisah dan Ainiza untuk menjaga Meera tatkala Jay tiada bersama mereka.

"In shaa Allah... Abang Jay, jangan risau. Kami akan jaga Meera macamana Abang Jay jaga." Ujar Manisah, sengaja mengusik Jay. Manisha memang gemar membuat rakan-rakannya tak kering gusi dengan loyar buruk dan sikap periangnya.

"Ya, Jay. Tak payahlah risau sangat. Tak lari ke mana Meera ni. Kalau dia lari, tahulah kami tambat dia nanti." Seloroh Ainiza.

"Kau ingat aku kambing ke nak ditambat?"

"Sayang..." Jay menjongketkan keningnya.

"Maaf, abang." Jay mengangguk. Tahu si isteri bergurau dengan Ainiza. Tapi, Jay tidak gemar mendengar perkataan yang kurang cantik digunakan isterinya. Walaupun bergurau, bahasa yang digunakan perlu sesuai. Jay tidak suka mendengar perkataan mencarut, memaki hamun. Apatah lagi, perkataan-perkataan itu disebut oleh orang yang dia kenali.

"Sorry, Meera. Aku bergurau je. Jangan marah, eh?"

"Yelah. Jangan cakap macam tu lagi. Aku yang kena marah, bukan kau."

"Abang tak marah... Tapi, bahasa tu kena jagakan? Isteri abang yang cantik molek ni, nak jadi muslimah sejatikan?" Meera mengangguk.

"Dah. Takmu buat muka macam tu. Abang tak marah. Abang cuma tegur je."

"Meera ok."

"Kalau ok, cuba pandang abang. Pandang bawah tu nak buat apa?" Meera menggeleng.

"Err, Abang Jay, Meera, kami pulang dulu ya... Meera..." Meera angguk kepala. Wajah rakannya ditatap sekilas.

"Jangan merajuk-merajuk. Tak cantik." Bisik Ainiza.

"Ish, kau ni. Pergi balik." Ujar Meera separa berbisik. Meera memandang dengan ekor mata melihat rakan-rakan baiknya pulang ke asrama.

"Jom, balik." Meera angguk sebelum masuk ke dalam kereta Mini Cooper berwarna putih biru yang dihadiahkan Jay ketika majlis pernikahan mereka setahun yang lalu.

"Abang escort sayang sampai rumah." Meera sekadar mengangguk. Jay simpan senyum. Tahu si isteri merajuk lantaran ditegur tadi.

Setibanya di rumah semi-D, remote control digunakan untuk membuka pagar automatik. Kereta Meera masuk ke garaj sebelum Porsche Cayanne warna hitam milik Jay diletakkan ditempat yang sama. Jay mengintai Meera dengan hujung mata. Walaupun Meera melemparkan senyumannya buat Jay, Jay tahu, Meera terasa hati. Jay menghela nafas, beristighfar mohon diampunkan keterlanjurannya.

"Sayang..."

"Hurm..."

"Kenapa ni?"

"Takde apa-apa... Meera nak sambung masak." Ujar Meera dengan nada sebak. Meera mengalihkan pandangannya ke arah sayur yang mahu dipotong.

"Sayang..." Lengan Meera dirangkul. Meera memang spesies yang cengeng dan mudah terasa kerana Meera merupakan anak yatim piatu, yang kekurangan kasih sayang.

"Ameera Aisyah..." Perlahan dan lembut panggilan Jay membuatkan air mata Meera mengalir hiba.

"Ya Allah, sayang abang ni... Meera... Kenapa sedih sangat ni?" Wajah Meera dipaut. Jay tersenyum melihat gelagat maha manja si isteri.Sempat api di dapur dimatikan.

"Meera sayang... Kenapa ni, hurm? Abang tak marah sayang pun... Janganlah sedih sangat. Sayang buat abang serba-salah." Perlahan-lahan wajah si suami ditatap.

"Tengok tu... Merah mata cantik ni." Seloroh Jay sambil mengusap air mata si isteri. Jay bertindak mengucup kelopak mata Meera.

"Dah, takmu nangis lagi. Abang tak marah pun. Kenapa cengeng sangat ni?" Meera tidak menjawab. Sebaliknya hanya beriak biasa.

"Ameera Aisyah..." Meera mendongak mencari mata hazel milk Jayman Jazel, suami yang dinikahinya setahun yang lalu.

"Masih marah kat abang lagi?" Meera menggeleng. Lengan Meera ditarik ke sofa.

"Cakap dengan abang, kenapa sedih sangat ni..." Meera menundukkan kepalanya.

"Sayang..." Meera menggeleng. Jay menghela nafas.

"Jom, kita bersihkan badan, mandi. Lepas tu kita solat sama-sama. Boleh?" Meera mengangguk tanpa memandang wajah sang suami. Jay sedia maklum. Berkahwin pada usia yang muda, memang banyak cabarannya. Dalam situasi begini, Jay perlu bijak mengawal suasana dan yang paling penting, berkomunikasi. Meera yang sebaya dengannya, merupakan anak yatim piatu. Dah tentu, Meeraagak mudah terasa hati.

Sebelum mengambil keputusan untuk bernikah, Jay terlebih dahulu sudah berfikir semasak-masaknya. Jay sudah berbincang dengan mummy daddynya akan hasratnya untuk menyunting Meera menjadi haknya yang halal. Mummy daddy Jay memang tidak ada halangan memandangkan mereka memang berkenan dengan Meera lantaran sikap Meera yang memang bersopan santun dan berbudi bahasa.

Lagipun, Meera dan Jay sudah lama kenal antara satu sama lain. Jadi, tiada alasan untuk mereka tidak merestui keduanya. Apatah lagi, demi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini, maka mereka bersetuju untuk menjodohkan keduanya. Majlis perkahwinan keduanya diadakan dengan penuh meriah di perkarangan rumah agam keluarga Jay. Walaupun banyak suara sumbang yang mengeji dan mengutuk Meera kerana mereka beranggapan Meera mengahwini Jay kerana harta dan kedudukan, Jay sekeluarga tolak ke tepi.

Hampir dua puluh tahun, mengenali Meera, tentunya Jay lebih mengenali Meera luar dan dalam. Bila teringat semula kenangan mereka berdua, Jay dan Meera kenal ketika di sekolah rendah sebelum Meera dimasukkan ke rumah anak-anak yatim lantaran kematian ayah ibunya sejak Meera berusia lima tahun lagi. Bermaksud Meera sudah berada di rumah anak-anak yatim selama empat tahun. Kebetulan, mummy Jay, Datin Normalin, merupakan penaung persatuan di bawah kelolaan NGO, membuat lawatan ke rumah anak-anak yatim yang menempatkan Meera di situ.

Datin Normalin terjatuh suka bila kali pertama melihat Meera yang nampak cukup ceria walaupun sudah kehilangan orang tuanya. Kepetahan dan kebijaksanaan Meera cukup menambat hati Datin Normalin sebelum beliau membuat keputusan untuk mengambil Meera sebagai anak angkatnya. Dari situlah, Meera diberi sepenuh kasih sayang. Kali pertama bertemu dengan Jay, Meera sudah dihadiahkan parut di dahi oleh Jay yang ketika itu agak agresif dan nakal.

Flashback #

"Hoi budak!" Meera menoleh ke arah Jay dengan linangan air mata. Wajhah Meera yang comot, direnung tajam.

"Kenapa kau ada kat sini?"

"Mummy bawak kita datang sini..."

"Siapa mummy kau?"

"Tu..." Seraya itu, Meera menuding jari ke arah Datin Normalin yang sedang mencerlung tajam ke arah Jay.

"Itu mummy kita. Bukan mummy kau!" Marah Jay.

"Jay... Kenapa cakap macam tu? Mummy tak ajar Jay cakap kasar macam tu..."

"Mummy... Siapa budak ni?" Soal Jay sambil bercekak pinggang.

"Ini, Meera. Mulai hari ini, saat ini, Meera akan duduk dan tinggal dengan kita sekeluarga. Meera akan bersekolah sama dengan Jay. Faham?"

"Ish, tak naklah! Dahlah comot!"

"Jayden... Tak baik cakap macam tu... Nak mummy cakap dengan daddy ke?"

"Tak nak, mummy. Tapi, Jay tak suka dengan budak ni. Dia busuk!"

"Jayden!" Tersentak Jayden mendengar sergahan daddy.

"Kenapa cakap macam tu? Jay nak kena rotan?"

"Sorry, daddy. But, I don't like her."

"Jay..." Bahu Jay dipegang daddy.

"Ini Meera. Meera akan jadi adik Jay. Meera ni anak yatim piatu. Takde ayah, takde ibu. Tak kasihan ke dengan Meera. Mummy dan daddy nak Jay terima Meera."

"Tapi, daddy..."

"Jay.. Cuba Jay bayangkan keadaan Jay macam Meera..." Jay tertunduk.

"Besar pahala orang yang menerima anak yatim ni. Dipandang mulia, tau. Nabi suka, Allah pun suka dengan orang yang berbuat baik pada anak-anak yatim."

"Jay... Jay tahukan mummy daddy takde anak lain selain Jay... Jadi, kehadiran Meera dalam keluarga kita sebagai pembuka rezeki buat kita sekeluarga. Jay faham tak?" Jay masih tertunduk membisu.

"Macam nilah... Kalau Jay tak dapat terima Meera, mummy hantar Jay ke asrama. Biar Meera duduk sini. Meera akan sekolah di sini. Mummy dan daddy akan jaga Meera macam kami jaga Jay."

"Mummy...?"

"Terpulang pada Jay. Take it or leave it..."

"Baiklah, mummy. Jay ikut cakap mummy daddy."

"Good."

"Alhamdulillah. Mulai hari ini, mummy tak mahu Jay dan Meera bergaduh. Dua-dua anak mummy daddy. kasih sayang mummy daddy sama rata. Faham?"

"Faham, mummy."

"Meera, mari. Mummy tunjukkan bilik Meera. Lepas tu, mandi, bersihkan diri. Kita keluar cari pakaian Meera yang lebih elok, ya?"

"Baik, mummy. Terima kasih, mummy daddy."

"Sama-sama."

'Ish! Ni tak boleh jadi ni... Nampak gayanya, aku kena bersaing dengan budak comot ni! Mummy daddy tentu tak sayangkan aku lagi nanti.'

"Hah, dah kenapa kamu tercegat kat situ, Jay? Nak ikut tak?"

"Eh, mestilah nak."

"Dah, pergi naik, bersihkan diri."

"Baik, daddy." Jay melangkah naik ke biliknya.

'Nak shopping baju untuk kau ya, budak... Baik... Aku tahu macamana nak buat kau keluar dari rumah ni... Nanti kau!'

"Meera pilihlah pakaian yang Meera nak..."

"Mummy... Meera tak pandai. Lagipun, harga pakaian kat sini... Meera takut..." Mummy simpan senyum.

'Eleh! Takut konon... Ke kau memang suka nak mummy aku belikan semua untuk kau! Mengada.'

"Mengada!" Sindir Jayden. Walaupun perlahan, namun masih dapat didengari Meera. Meera menundukkan kepalanya.

"Language, Jayden!" Marah daddy.

"Sorry, daddy..."

"Meera, jangan layan budak nakal ni. Mari, mummy pilihkan untuk Meera. Biarkan budak nakal ni."

"Baik, mummy. Terima kasih."

"Jayden... Jangan buat perangai kalau tak nak mummy daddy hantar kamu ke asrama penuh. Remember that, young man!" Ugut daddy.

"I'm sorry, daddy." Ujar Jayden sambil menundukkan kepalanya.

'Siap kau! Sebab kau, mummy daddy marahkan aku!'

Ist chapter updated. Jemput baca...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience