Prolog

Short Story Completed 10247

Digelar anak Cina, Korea sudah menjadi perkara biasa bagi Jay a.k.a. Jayden Jazel, anak jati Kuala Lumpur. Sejak kecil, Jay sudah lali digelar begitu. Mula-mula, memang boleh membangkitkan kemarahan Jay. Namun, sejak menginjak remaja, Jay semakin matang. Jay lebih gemar melemparkan senyuman bila dipanggil anak cina, anak korea dan yang paling menyakitkan, apabila dia digelar sepet.

Walaupun hakikatnya Jay memang sepet, namun Jay sebenarnya anak orang Melayu berketurunan Thailand disebelah ibunya dan melayu Kelantan di sebelah bapanya. Sehinggakan Jay pernah merajuk bila ada suara sumbang yang menuduh dia merupakan anak angkat kepada Tuan Haji Kamal Khairullah dan Puan Hajjah Alina Al-Idrus.

Disebabkan itu, Jay pernah merajuk sehingga tidak keluar rumah selama seminggu.

"Mana pulak si Jay ni? Aku dah letih menunggu. Kalau tak sampai dalam masa 10 minit, tinggallah kau, Jay. Malas aku nak tunggu kau lama-lama." Omel Zain.

"Zain...! Tunggu aku, Zain...!"

"Ish kau ni, Jay... Suka buat aku tertunggu... Letihlah aku. Dahlah panas... Kau kata sekejap je... Setengah jam aku tunggu... Letih doh..."

"Sorry, Zain... Aku ada dicussion dengan Ustaz Shamrin tadi... Kau tau jelah... Hujung bulan ni, kan ada penceramah nak datang sini. Nak bagi ceramah dan motivasi untuk pelajar universiti macam kita sebelum final exam... Kau lupa?"

"Yelah... Tapi, kalau kau cakap awal-awal tadi, aku tunggu kau kat kantin... Aku dahlah lapar, haus... Semua ada..."

"Sorry, Zain... Jom kita pergi makan kat kedai seberang sana. Aku belanja kau... Sorry eh... Tak sangka pulak ambil masa lama... Aku ingat sekejap je..."

"Takpelah... Dah kau kata nak belanja aku makan, kan?"

"Pasal makan, terus kau ok, kan?"

"Nak buat macamana... Aku memang tengah lapar... Dah pukul dua, bai..."

"Yelah, yelah... Jom... Sorry tau..."

"Ala, takde hallah... Tapi, serius. Perut aku dah berbunyi lagu dangdut dah ni... Sikit lagi nak tukar goyang inul..."

"Siot je kau, kan... Yelah... Jom cepat. Kang, tak pasal-pasal ada yang pitam kat sini..."

"Tahu takpe..."

"Kali ni, kau makan apa sahaja. Aku belanja..."

"Wah! Ini yang best ni. Tak sia-sia aku berdiri lama-lama tunggu kau..."

"Kali ni je..."

"Ya... Aku tahu." Zain dan Jay merupakan rakan karib dari kampung yang sama. Walaupun berbeza bidang, namun keduanya belajar di universiti yang sama. Keakraban Zain dan Jay tak mampu disangkal kerana mereka berdua memang rapat sejak di sekolah rendah. Jadi, tidak mustahil segala rahsia mereka, tersimpan rapi sehingga ke saat ini.

"Dah?"

"Dah. Alhamdulillah... Thanks Jay. Kenyang aku rasa. Mau sampai ke malam ni..." Jay simpan senyum. Zain dengan loyar buruknya memang tak boleh dipisahkan. Ada saja benda yang nak diguraukan.

"Err, kau nak ke mana lepas ni?"

"Mana lagi...?"

"Oh... Kau nak jumpa buah hati kau eh?"

"Ish... Kau ni... Perlahanlah... Nanti orang dengarlah..."

"Yelah. Sorry. Tahulah awak tu wanted kat sekolah ni..."

"Apa yang kau merepek ni setan? Jangan nak mengarut. Aku nak jumpa wife akukan. Bukannya orang lain. Kau jangan banyak bunyi eh..."

"Hihihi... Yelah. Orang ada bini... Aku ni, takde orang yang nak... Kesiannya aku." Jay gelak kecil.

"Siapa suruh tak kahwin lagi?"

"Kau giler, Jay... Kita baru 23 tahun tau..."

"So? Kalau 23 tahun, tak boleh kahwin?"

"Bukanlah macam tu... Awal giler tu... Aku tak puas enjoy tau..."

"Hah! Itulah kau... Enjoy je kau tahu... Mati, tak tunggu umur... Kalau malaikat maut datang, takde nanti, nanti... Dia kalau dah datang, terus je... Sadaqahallahulazim..."

"Siot ah kau, Jay. Meremang bulu roma aku, tau... Jangan ah, cerita pasal mati bagai... Seram aku."

"Hah... Baru tahu takut."

"Bukan takut, tapi...Cara kau cakap tu, macam boleh buat aku pengsan sekejap."

"Hahaha. Kau jangan lupa, Zain... Macamana pun, mati itu pasti. Setiap makhluk yang hidup di muka bumi Allah ni, tetap akan mati. Itu semua dah termaktub."

"Ya, ustaz. Aku tahu. Kaukan... Kalau bercakap dengan aku, suka bagi aku panas hatikan?"

"Mana ada. Aku bukan ustazlah... Dah kau yang salah cakap. Aku nak buat macamana..."

"Yelah, ustaz sepet. Tak nak kalah... Kau jelah menang. Aku surrender..."

"Ish... Kau ni... Suka sangat panggil aku sepet."

"Dah memang kau sepet. Kau anak Koreakan?" Seloroh Zain sambil tergelak.

"Banyaklah kau Korea..."

"Hihihi..."

"Oklah... Aku nak balik rumah. Kesian wife aku tunggu nanti."

"Eh, kau tak masak ke hari ni?"

"Tak... Tu yang aku tapau untuk wife aku. Lagipun, dah lewat sangat ni. Kesian pulak nak biarkan wife aku kelaparan."

"Aku salute dengan kaulah, Jay. Kau sanggup berasingan dengan wife kau. Sedangkan korang berdua dah sah. Dah jadi husband and wife. Kalau aku, tak sanggup aku nak berjauhan. Dah halal..."

"Ikutkan hati aku, memang aku tak nak. Tapi, aku kesiankan wife aku. Yelah. Kau faham-faham jelah budak-budak kat universiti ni. Ramai makcik bawang rangers. Jadi, sebelum apa-apa berlaku, ada baiknya kami berasingan."

"Yelah, Jay. Aku faham. Kena pulak, kau memang ramai peminat di kalangan siswi... Dan, wife kau pun boleh tahan ramai peminatnya. Silap haribulan, perang dunia meletus nanti."

"Aku tak peduli pasal semua tu. Yang penting, aku dan wife aku tahu batas-batas kami dalam perhubungan."

"In shaa Allah, Jay. Aku percaya, wife kau bukan jenis yang macam geng mak jemah. Wife kau, lemah-lembut orangnya, walaupun kekadang nampak kenakalan di situ. Tentu dia tahu nak jaga batas dia. Dia tentu tahu dan dia sedar yang dia isteri kepada mamat sepet ni."

"Kau ni... Tak sudah-sudah nak panggil aku sepet. Tapi, apapun, aku bersyukur sangat. Setakat hari ni, dah hampir setahun kami bergelar suami isteri, dia tak pernah membelakangkan aku. Dan belum ada lagi, cerita tak baik tentang wife aku, bertebaran."

"Yelah, Jay. Beruntung kau dapat seorang isteri yang cukup pandai menjaga penampilan diri dan status dia. Aku bangga dengan kau, Jay."

"Alhamdulillah. Ini semua dari diri dia sendiri, Zain. Aku tak nak tegur lebih-lebih. Cukuplah dia pandai menjaga kehormatan diri dan penampilan diri. Selebihnya terserah pada diri dia sendiri. Lagipun, aku tak naklah control dia lebih-lebih."

"Bagus cara kau, Jay. Tapi, Jay... Aku tanya sikit, boleh... Privacy sikit ni." Jay simpan senyum.

"Tanyalah. Selagi soalan tu tak menyentuh hal dalaman suami isteri, aku tak kisah."

"Ish, kau ni. Tak naklah tanya soalan mengarut macam tu. Aku cuma nak tanya pasal anak... Korang merancang ke?"

"Merancang tu tidak. Tapi, kami sentiasa berdoa moga Allah makbulkan doa kami agar hal anak ni selesai kami habiskan ujian akhir kat unversiti ni. Kami tak pernah merancang. Awal atau lewat... Anak nikan rezeki dari Allah. Tapi, sebolehnya, izinkan kami habiskan dulu peperiksaan terakhir ni. Peperiksaan yang bakal menentukan masa depan kami berdua." Zain simpul senyum.

"Aku cukup bangga dengan kau. Walaupun korang berdua, suami isteri dah punya kedudukan dalam syarikat papa kau, tapi korang tetap berusaha menggenggam segulung ijazah. Aku bangga sangat dengan semangat korang."

"Zain... Apa yang ada tu, bukan milik kami, Zain. Hanya dengan ilmu je, boleh membezakan kebijaksanaan dan ketrampilan kita sebagai manusia. Bukan harta dan kemewahan, Zain."

"Ya, Jay. Aku faham. Aku akui apa yang kau cakapkan tu."

"Dahlah. Panjang pulak aku membebel hari ni. Aku nak balik dulu. Jumpa lagi, esok..."

"Aku ingat tak ingat nak balik tadi."

"Eh, tak boleh. Wife aku keseorangan nanti."

"Jay, Jay... Satu lagi soalan..."

"Lar... Kau ni... Apa lagi?"

"Macamana kau boleh jatuh hati kat wife kau dan terus terima cadangan papa mama kau untuk jodohkan kau dengan wife kau?"

"Hurm... Itu nantilah, eh..."

"Ala, Jay... Awal lagi ni..."

"No... Aku ada buah hati yang sedang tunggu aku kat rumah. Bye... Assalammualaikum..." Tergeleng-geleng kepala Zain melihat telatah Jay yang terus berlalu pergi.

"Waalaikumussalam... Jay, Jay... Beruntung wife kau dapat kenal kau... Aku juga yang sendirian menyepi."

"Assalammualaikum... Sayang, abang dah balik..."

"Waalaikumussalam... Alhamdulillah." Meera mendapatkan Jay yang baru menutup pintu rumah. Tangan Jay dikucup sebelum Meera mencapai bungkusan plastik dari tangan kiri Jay. Jay mengucup dahi Meera seperti yang lazimnya dilakukan semenjak bergelar suami isteri setahun yang lalu.

"Dah solat?"

"Dah. Meera takut abang balik lambat, jadi Meera solat dulu. Maaf ya, bang."

"It's ok. Sorry, lewat sikit. Abang ada perjumpaan dengan Ustaz tadi."

"Pasal ceramah hujung bulan ni ke, bang?"

"Sayang tahu?"

"Tahu. Dah keluar notis kat papan kenyataan kat universiti tadi. Makin busylah abang."

"Nak buat macamana? Dah tugas. Sayang ok ke?"

"Meera ok. Meera faham. Dah kerja abangkan?"

"Ni yang abang sayang ni." Berbahang wajah Meera dengan usikan Jay.

"Abang dah makan?"

"Emm... Abang minta maaf. Tadi, abang dah makan dengan Zain. Abang minta Zain tunggu abang. Jadi, tak sampai hati pulak nak biarkan Zain balik seorang diri tanpa makan apa-apa."

"Jadi, abang makan dengan Zain?"

"Ya... Abang minta maaf." Meera simpul senyum. Tangan Jay dicapai.

"Abang, Meera tak kisahlah. Meera tahu suami Meera ni memang baik hati."

"Thanks, sayang. Abang temankan sayang makan, ya?"

"Boleh ke? Abangkan penat. Abang kena solat lagi."

"Takpe. Abang temankan sayang dulu. Lepas tu, abang solat. Bolehkan?" Meera simpan senyum.

"Sayang abang."

"Sayang sayang juga."

Alhamdulillah. Dengan izinNya, keluar satu karya terbaru sis... Yang penting, FREE READING. Cuma, slow update ya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience