"You lupa, you punca mummy dimasukkan ke hospital... You lupa, you punca daddy terpaksa tukarkan you ke sekolah lain?" Hanisah terkedu. Mata masih merenung tajam ke arah Hani.
"Mummy daddy menahan malu disebabkan kenakalan you. You pukul pelajar lain, you curi barang pelajar lain... Macam-macam you buat. You tak ingat ke?"
"Dan disebabkan mummy daddy terlalu sayangkan you, I jadi menyampah dengan you. Mummy daddy masih sanggup tebalkan muka untuk tempatkan you di sekolah lain, walaupun, dah macam-macam masalah yang you timbulkan... Itu you nak cakap macamana, Hanisah?" Hanisah menundukkan kepalanya.
Ya... Apa yang Hani katakan itu semuanya benar belaka. Disebabkan dia juga, mummy hampir keguguran kerana dia menolak mummy selepas daddy merotan tangannya lantaran sikapnya yang suka mengambil hak orang lain tanpa meminta kebenaran.
"Apa yang you cakap ni, Hani?"
"Hanisah... Dengar cakap I, Hanisah... I dah lama simpan rahsia ni... Sebab you. mummy hampir keguguran dan I bakal kehilangan adik kembar I disebabkan kenalan you." Hanisah terkedu mendengar kata-kata Hani.
"You tahu tak, apa yang daddy cakap pasal you?"
"Cakap apa?"
"Daddy dah berjanji akan hantar you ke rumah anak-anak yatim, kalau mummy keguguran. Tapi, mummy pertahankan you. Sebab itu, daddy dah tak suka nak layan you lebih-lebih. Tapi, mummy... Mummy tetap sayangkan you macam anak dia sendiri walaupun macam-macam you dah buat."
"Sampai hari ini, mummy sedih dengan perangai you, Nisah. Mummy ingat you akan jadi lebih baik dan sedar kesilapan you selepas peristiwa you ditampar isteri lelaki yang you gilakan tu... Tapi, sayang... You tetap dengan degil dan nakal you. Apa nak jadi dengan you Nisah? You tak tahu malu ke? tak sedar lagi ke?" Nisah terdiam seketika.
"Macam nilah, Nisah. Ini teguran I selaku kakak buat kali terakhir... Selepas ni, I takkan ambil tahu pasal you lagi, Nisah. I tak nak ambil kisha pasal you lagi. i takkan cover you atau tolong you lagi. I akan anggap you bukan lagi keluarga I, Nisah." Ujar Hani sebelum berlalu.
Terjelepuk Hanisah ke lantai setelah mendengar kata-kata Hani. Bergenang air mata di tubir matanya. Kebenaran yang terlalu pahit untuk dia telan. Dengan sisa-sia kekuatan yang masih ada, Hanisah meneruskan pemanduannya ke lokasi yang dia inginkan. Air mata dikesat kasar.
"Takpe, aku nak lihat sendiri... Aku nak jumpa sendiri keluarga kandung aku, jika benar ianya satu kebenaran yang terpaks aku telan." Omel Hanisah sebelum menghidupkan enjin Honda Jazznya.
Sepanjang perjalanan yang mengambil masa hampir empat jam Hanisah tiba di alamat yang dimaksudkan.
"Ini ke rumah keluarga aku? Ini ke? Ya Allah... Tak mungkin... Takkan keluarga kandung aku duduk di rumah macam ni? Betul ke alamat yang dimaksudkan Hani?"
Hanisah menelan air liurnya tatkala melihat keadaan luar rumah yang dikatakan keluarga kandungnya. Rumah yang terletak di pinggir ibu kota dengan keadaan yang tidak terurus, membuatkan Hanisah berasa kurang selesa. Ditambah lagi dengan bau yang kurang menyenangkan membuatkan Hanisah ingin muntah dan terpaksa menutup hidungnya.
"Ini ke rumah keluarga aku? Biar betul... Macam setinggan je..." Hanisah memberanikan diri turun dari kereta dan cuba mencari penghuni rumah.
Tok! Tok!
"Assalammualaikum..."
"Assalammualaikum..." Sudah tiga kali memberi salam, Hanisah terdengar pintu dikuak dari dalam.
"Waalaikumussalam... Ya cik, cari siapa?"
"Err... Tumpang tanya... Ini rumah Puan Habsah Haji Halim...?" Soal Hanisah pada seorang lelaki yang dalam lingkungan umur enam puluhan.
"Cik siapa? Apahal cari Puan Habsah..."
"Err, saya sekadar nak bertanya dan mencari Puan Habsah... Saya dah lama tak jumpa Puan Habsah."
"Siapa tu, tok?"
"Entah... Cik ni cari ibu kamu..." Seorang anak muda berumur dalam lingkungan sepuluh tahun, memunculkan diri di muka pintu dengan keadan kusut masai, selekeh dan berpakaian compang camping.
"Ya, kak... Akak cari siapa?"
"Err... Maaf dik. Puan Habsah ada?" Anak kecil itu menoleh ke arah orang tua tadi.
"Err... Kak... Ibu saya dah meninggal dunia minggu lepas..."
"Allahuakhbar... Meninggal dunia? Sakit apa?"
"Ibu dan ayah bergaduh, kak. Lepas tu, ayah tikam ibu dengan gunting jahit ibu..." Ujar anak kecil itu selamba.
"Ya Allah..."
"Akak ni siapa?"
"Err... Akak nak sampaikan duit bantuan ni..." Bohong Hanisah sambil mengambil beberapa keping duit not lima puluh ringgit lalu diserahkan pada anak kecil itu.
"Ni... Duit untuk ibu adik. Akak minta maaf, akak tak tahu pasal ni..."
"Takpe, kak..."
"Adik tinggal berdua je dengan atok?"
"Taklah. Ramai... Saya, enam beradik. Sepatutnya, ada lapan beradik. Tapi, dua kakak saya dah diserahkan ke orang lain. Jadi kami tinggal enam orang."
"Adik nombor berapa?"
"Saya nombor empat. Yang tiga atas, kerja, cari duit. Bawah saya ada dua. Kecil lagi. Saya kena jaga. Ni, atok saya... Dia dah tak sihat sangat."
"Oh... Takpe. Ini ada tambahan bantuan untuk adik sekeluarga. In shaa Allah... Ada rezeki nanti, akak datang lagi ya..."
"Banyaknya kak. Alhamdulillah... Terima kasih kak. Murah rezeki akak." Hanisah simpan senyum sebelum berlalu.
"Tok... Muka akak tu macam muka arwah ibukan?" Soal si kecil selepas Hanisah sudah jauh. Atok mengangguk perlahan. Dari jauh, atok sekadar memandang belakang Hanisah sehingga hilang dari pandangan.
'Kamu tentu mencari keluarga kandung kamu juga, cu... Sayang, ibumu telah kembali ke rahmatullah sebelum sempat melihat kau, cu... Habsah... Anak kamu dah kembali...'
Di dalam keretanya, Hanisah menghamburkan tangisannya. Ibu kandungnya telah meninggal dunia. Adik-adiknya, kini hidup merempat. Jadi, ini bermakna, Hanisah merupakan anak kandung keluarganya.
"Allahuakhbar... Kenapa begini hidup keluarga aku, Ya Allah... Kenapa begini, Ya Allah? Kenapa sadis sekali hidup keluarga aku, Ya Allah... Aku hidup senang-lenang, sedangkan adik-adik aku kebuluran. Pakaian compang-camping..."
"Tapi, mana ayah aku? Siapa ayah kandung aku? Mana dia? Apa yang berlaku sebenarnya?"
"Aku akan kembali mencari jawapannya... Hanisah... Kau boleh, Hanisah..." Hanisah meneruskan pemanduan kembali ke Lembah Klang tanpa terfikir untuk menetap di hotel yang berdekatan. Hanisah nekad. Dia akan kembali usai selesai peperiksaan akhir kelak.
***************************
"Sayang..."
"Abang..."?
"Jom balik..."
"Jom..."
"Larat lagi tak ni?"
"In shaa Allah, bang. Larat lagi ni... Bukannya ke mana pun. Pergi balik pun naik kereta je. Itupun, abang yang drive..."
"Baru tiga bulan, tapi, sayang punya tak larat ni lain macam. Kenapa macam ni, eh?"
"Abang, alahan orang mengandung ni, tak sama. Lagi-lagi anak pertama. Lain tau..."
"Tapi, sayang punya tak larat ni, lain macamlah... Abang risau tau..."
"In shaa Allah, takde apa yang perlu dirisaukan, bang. Abang doakan yang baik-baik, ya. Meera nak ambil peperiksaan akhir tahun ni. Ini cita-cita Meera selepas bertungkus-lumus selama empat tahun ni."
"Ya, abang tahu. Abang sentiasa doakan sayang abang ni. Abang nak yang terbaik buat sayang dan baby kita..." Perut Meera yang udah kelihatan, diusap penuh kasih sayang
"In shaa Allah... Meera akan jaga baby kita baik-baik. Abang jangan risau, ya?"
"Hurm... Abang sayang Meera. Abang sayangkan baby kita ni. Dah lama abang nantikan detik-detik indah ni." Rambut Meera yang sedikit terjuntai menutup dahi, diselitkan ke tepi telinga.
"Meera pun sayangkan abang. Kita dah kenal dari kecil lagi. Bukan setahun dua... Meera hanya harapkan abang tak tinggalkan Meera kalau Meera dah berkedut nanti."
"Apa yang sayang merepek ni?"
"Meera tak nak kehilangan abang. Meera tak nak kehilangan baby, mummy daddy. Meera anak yatim. Meera takde sesiapa selain abang, baby, mummy dan daddy." Rintih Meera.
"Hei... Kenapa sedih sangat ni... Hurm?" Air mata Meera dikesat dengan ibu jarinya.
"Apapun yang berlaku, abang janji dengan sayang, abang takkan tinggalkan sayang dan baby. Sayang dan baby keutamaan abang sekarang ni selain mummy daddy." Meera simpan senyum.
"Baby, jangan sedih-sedih macam mummy tau..." Perut Meera diusap lagi.
"Sayang rasa, agak-agaknya, baby ni nanti, girl ke boy?"
"Meera tak kisah, bang... Lelaki ke perempuan ke, yang penting baby sihat walafiat dan sempurna."
"Hurm... Betul jugakkan?"
"Tapikan yang... Dapat kembar tentu lagi seronokkan?"
"Kembar? Mestilah seronok. Meera dah lama idam nakkan anak kembar. Dapat sepasang pun dah okay."
"Hurm... Kalau kembar, dua kali bersalin, dapat empat. Itu kalau kembar dua. Kalau kembar tiga, empat, lima... Wah... Mesti meraihkan rumah kita?"
"Hah? Kembar empat, lima? Abang biar betul... Ramai tu?"
"Apa salahnya? Kita berdua pun tak ramaikan adik-beradik. Jadi, abang nak anak ramai. Tentu seronok. Mummy daddy tentu setuju dengan abang."
"Cakap memang seronok, abang. Masalahnya, Meera yang tanggung semua ni... Meera yang mengandung. Yang bawa perut pun Meera. Yang melahirkan pun, Meera. Meera yang tanggung segala kesakitan tau."
"Tu sebab, kalau isteri mengandung, adakalanya si suami yang mendapat alahannya."
"Ya ke, mummy?"
"Ya, sayang. Semua tu tak mustahil. Tapi, kata orang, kalau isteri mengandung, suami dapat alahan, itu maknanya, si suami tu sayang sangat pada si isteri."
"Oh..."
"Abang, abang..."
"Ya, sayang..."
"Abang sayang Meera tak?"
"Ish! Apa punya soalan tu? Dan tentulah abang sayang Meera. Meera isteri abangkan?"
"Kalau macam tu, Meera berharap sangat abang akan turut merasai alahan mengandung."
"Hei, boleh ke doa macam tu?"
"Boleh je. Nak tak nak je..."
"Hihihi..."
"Nasiblah, Jay... Dapat isteri yang maha manja ni..."
"Ala, mummy. Mana ada, Meera manja... Meera biasa je kan?"
"Itu kata sayang... Kalau dulu, sikit-sikit nak menangis... Kena usik sikit je, nak mengadu kat mummy. Manja..." Pucuk hidung Meera dicuit.
"Hish, abang ni... Suka tau usik Meera..."
"Hurm... Malas mummy nak layan korang berdua. Mummy nak tengok dady kamu kat bilik kerja. Jangan nak bergaduh pulak..."
"Mana ada, mummy. Kami tak gaduhlah..."
"Yelah tu. Mummy ingat lagi waktu korang berdua bergaduh pasal Jayden mengusik Meera sebab rebutkan anak kucing tu."
"Ada ke mummy?"
"Ada. Mummy ingat lagi. Sudahnya, Jay menangis datang kat mummy lepas kena hentam dengan Meera. Tak ingat?"
"Kucing? Mummy! Time tu Meera tak sengaja... Abang yang tarik rambut Meera masa Meera main dengan anak kucing tu. Dengki!"
"Eleh... Dia yang mengada, busuk hati... Tak kasi orang nak main kucing tu sekali."
"Abang yang kacau Meera. Padan muka kena sepak dengan Meera. Usik Meera lagi."
"Amboi... Seronok ke dapat sepak abang?"
"Masa tu, tak ingat apa-apa lagi. Yelah... Kita kan kecil lagi."
"Tapikan, yang... Time tukan... Abang kesian tengok sayang menangis."
"Menangis? Meera menangis?"
"Yap! Meera kena marah dengan mummy sebab sepak abang. Abang ingat mummy cakap, kalau Meera sepak abang lagi, mummy nak ikat kaki Meera."
"Ada ke mummy?"
"Malaslah mummy nak layan korang berdua. Eloklah tu. Dari kecil asyik nak bercakar je. Sudahnya, dah melekat pun. Dah mengandung pun. Hurm... Malas mummy nak layan."
"Good night, mummy."
"Night... Abang, dan request something, boleh tak?"
"Nak apa lagi, yang? Dah malam ni. Tak mengantuk ke? Tak elok nak makan lewat malam ni..."
"Ish, abang ni. Bebel je... Meera belum cakap pun lagi, dah kena tentang..."
"Ok ok. Sorry. Sayang nak apa? Cuba cakap denagn abang. Kalau abang boleh tolong, abang tolong. Kalau tak... Tidur..."
"Kedekut!" Marah Meera usai masuk ke bilik kelamin mereka. Sejak kandungan Meera disahkan masuk ke bulan ketiga, Meera dan Jayden duduk di rumah keluarga mereka atas nasihat mummy daddy demi keselamatan Meera. Apatah lagi sekarang ini, mereka berdua sudah selesai ujian akhir tahun.
"Sayang... Habislah, baby... Mummy dah merajuk."
"Sayang... Sayang. Janganlah merajuk. Nanti baby pun merajuk... Sayang..." Pujuk Jayden.
"Sayang tak sayang abang, eh?"
"Meera sayanglah!"
"Kalau sayang takkan cakap macam tu... Garang, tengking abang..."
"Meera tak marah abang. Meera tak merajuk." Ujar Meera dalam keadaan dia baring membelakangkan Jayden.
"Tak baik, tidur membelakangkan suami, tau. Berdosa..."
"Ish!" Meera mendengus dan seraya itu memusingkan tubuhnya menghadap Jayden dengan mata tertutup.
"Ok. ok. Cakap dengan abang, sayang nak apa?"
"Takde apa-apa. Meera nak tidur..."
"No... Abang tak izinkan. Cakap dulu, sayang nak apa. Lepas tu baru tidur."
"Takde apa... Meera nak tidur..." Suara Meera semakin berubah. Ada serak-serak di situ. Jayden melepaskan keluhan.
"Sayang... Buka mata tu." Meera menggeleng. Jayden perasan air mata si isteri mengalir di pipi mulusnya.
"Ameera Aisyah... Abang minta maaf. Cakap dengan abang, Meera nak apa sebenarnya?"
"Takde apa-apa. Meera nak tidur je. Meera mengantuk." Ujar Meera dengan mata tertutup.
"Mengantuk apa macam ni... Air mata ni untuk apa, sayang?" Meera menggeleng. Jayden buntu. Lantas Jayden membaringkan tubuhnya bersebelahan Meera sambil menghadap Meera. Pinggang Meera dirangkul perlahan.
Meera dapat rasakan kehangatan tubuh sang suami. Perlahan-lahan tangannya naik membalas pelukan Jayden. Jayden simpan senyum dan faham kehendak si isteri yang sedang mengandungkan zuriatnya.
"Abang minta maaf. Abang sayang Meera..." Dahi Meera dikucup sebelum remote control dicapai dan lampu ditutup.
Alhamdulillah. Siap juga chapter baru ni. Sorry, guys. Kesibukan melanda. Jemput baca... Tinggal satu je lagi chapter untuk sis tamatkan short love story ni. Nama pun short love storykan... Enjoy reading
Share this novel