BAB 3 - AAK - CABAR

Short Story Completed 10222

"Meera, ada bunga untuk kau." Tegur Jina bersama jambangan bunga kecil di tangannya.

"Bunga?"

"Ya..."

"Dari siapa? Aku tak naklah kalau dari orang yang aku tak kenal..."

"Ala, terima jelah. Letihlah aku, jadi orang tengah."

"Jina... Aku tak suruh pun kau jadi orang tengah. Maaf, aku tak nak terima. Maaf." Meera berlalu meninggalkan Jina yang terpinga-pinga bersama jambangan bunga di tangannya.

"Meera! Meera!" Jerit Jina. Tapi, Meera terus berlalu meninggalkan Jina.

"Haish! Geramlah aku. Dahlah aku penat jadi orang tengah. Boleh dibiarkan je aku macam ni... Hailah, bunga... Kesian kau bunga... Kenalah balik kat pemilik kau, ya?"

"Sudahlah, Jina. Jangan dipaksa Meera tu. Dia tak sukakan... Bukan kau tak tahu perangai Meera macamana?" Tegur Mala.

"Aku bukannya apa. Letihlah aku."

"Kau tak cakap ke dengan si Irwan tu..."

"Dah banyak kali, Mala. Banyak kali aku tegur. Aku dah cakap kat Irwan tu... Aku dah remind dia, Meera tak suka terima apa-apa dari orang lain, tapi, Irwan tu degil sangat."

"Susah-susah kau ambik jelah bunga tu. Habis cerita."

"Memang aku nak ambil pun. Lantaklah. Nanti aku bagitahu kat Irwan, Meera tak nak, aku yang nak."

"Kenapa ni? Masam je muka tu... Tak cantiklah..." Meera menggeleng bila Jay mengajukan soalan ketika mereka tiba di rumah.

"Ameera Aisyah... Cuba cakap dengan abang, kenapa ni?"

"Meera tak suka dengan Irwan tu... Dah banyak kali dia bagi bunga kat Meera, Meera tolak. Tapi, dia tetap degil. Meera bencilah..." Jay simpan senyum. Jay sedia maklum, Meera memang ramai peminatnya. Bukan dua tiga orang, tapi, berpuluh orang yang meminati Meera.

"Habis tu, bunga tu sayang buang...?"

"Tak... Meera tak ambil pun. Meera suruh Jina ambil bunga tu. Letihlah Meera... Tak faham langsung dengan orang macam ni..."

"Takpelah, Meera. Biarkan... Selagi dia tak sentuh Meera, takpe. Kalau dah melebih, tahulah abang nak ajar macamana nanti."

"Meera dah cakap... Meera dah kahwin. Tapi dia tak percaya. Sampaikan Meera dah tunjuk cincin, gelang tangan ngan rantai yang Meera pakai yang suami Meera hadiahkan. Dia tak percaya jugak."

"Macamana orang nak percaya, sayang... Kita kahwin umur dua puluh dua... Muda sangat. Memang taklah orang nak percaya."

"Takpe... Tunggulah. Dia banyak bunyi nanti, Meera suruh dia jumpa abnang sendiri."

"Nak buat apa?"

"Biar dia tahu, siapa suami kesayangan Meera."

"Berani ke? Sayang yang tak nak perkahwinan kita diketahui orangkan?"

"Kalau terpaksa, Meera sanggup pecahkan rahsia. Lantaklah!"

"Istighfar sayang... Istighfar..."

"Meera dah penatlah bang. Meera dah cakap baik-baik dengan Irwan... Meera bagitahu dia yang Meera dah kahwin. Tapi, dia gelakkan Meera. Siap ejek Meera, kononnya Meera ni tak laku? Ada orang nak ke selain dari dia?"

"Kenapa Irwan cakap macam tu?"

"Sebab Meera anak yatim piatu..." Sugul wajah Meera.

"Kurang ajar, dia! Nanti dia, abang ajar dia cukup-cukup!"

"Tak perlu, bang. Meera dah bagi dia last warning... Sekali lagi, dia buat Meera macam tu, Meera akan pastikan dia meratap hiba nanti. Meera dah bagitahu dengan Professor Anita dan Professor Hani pasal perkahwinan kita."

"Hah? Serius?"

"Ya, bang. Professor perasan kita berdua kat mall minggu lepas. Dia sangsi tengok kemesraan kita berdua. Jadi, Meera dipanggil untuk berterus-terang."

"Jadi, reaksi dorang?"

"Terkejut dan mereka ucap tahniah."

"Alhamdulillah..."

"Cuma... Professor Hani, minta Meera berhati-hati."

"Kenapa?"

"Abang lupa ke, Hanisah, adik Professor Hani, sukakan abang."

"Tapi, apa kena-mengena dia dalam hal ni?"

"Sebenarnya, Professor Hani cakap, Hanisah dah hebohkan kisah percintaan abang dengan dia."

"What? Sayang tahu pasal ni?" Meera mengangguk lemah.

"Allahuakhbar... Kenapa tak cakap dengan abang?"

"Meera tak nak keruhkan keadaan. Hanisah dah ugut satu kelas..."

"Ugut macamana?" Meera menatal Iphone miliknya, hadiah dari Jayden lalu sebuah video ditayangkan dan dihalakan ke arah Jayden.

'Aku dapat tahu, ada orang lain cuba cantas Jayden dari aku, siaplah korang! Aku akan pastikan korang menyesal lahir kat dunia ni!'

"Kurang ajar! Dia ingat, ini universiti bapak dia ke?"

"Sebab tu, Meera diamkan diri. Meera takut... Meera tak nak dia apa-apakan abang."

"Dia tahu ke Meera dengan abang?"

"Meera tak pasti. Tapi, Hanisah selalu bising dalam kelas... Dia cakap, dia tahu ada perempuan gatal selalu dengan abang. Meera takut, dia..."

"Sayang..." Bahu Meera dipegang kiri dan kanan.

"Sayang dengar sini... Sebelum keadaan semakin rumit, tolong dapatkan bantuan dari kawan-kawan sayang. Kelas kita jauh, sayang. Abang takut, Irawan, Hanisah akan apa-apakan sayang waktu abang tiada. Abang tak nak semua tu berlaku. Please, dengar cakap abang."

"Abang, Meera dah minta tolong dengan Manisah dan Ainiza. Dengan Prof Hani dan Prof Anita, pun Meera dah bagitahu. Dorang semua janji akan bantu Meera kalau apa-apa berlaku pada Meera."

"Betul ni?"

"Betul, bang. Meera janji dengan abang, Meera akan jaga diri Meera sendiri." Jay menghela nafas lega. Walaupun sebenarnya, hatinya gelisah memikirkan keselamatan si isteri.

"Baiklah... Abang percayakan sayang. Tolong jaga diri sayang sendiri. Abang tak dapat maafkan diri abang andai apa-apa berlaku pada sayang."

"Abang jangan cakap macam tu. In shaa Allah, Meera ok. Meera nak abang bertenang." Jayden simpul senyum.

"Abang percayakan sayang. Tapi, jangan kasar sangat. Sayang tu, perempuan."

"Hah? Apa yang abang cakapkan ni?"

"Sudahlah tu... Jangan nak buat-buat tak faham, eh? Abang tahu, sayang faham maksud abang."

"Hihihi... Abang ni, tahu-tahu je..."

"Sayang tu bukan baru hari ni, abang kenal tau. Semua tahi lalat sayang, abang tahu kat mana tempatnya... Abang tahu perangai satria sayang tu."

"Ala, itu bukan salah Meera. Siapa suruh dia kacau Meera dulu? Kan mendapat..."

"Tapi, sayang tu garang sangat. Nasib baik, tangan dia patah je... Kalau putus, macamana?"

"Kalau putus, kudunglah jadinya."

"Hurm..." Tergeleng-geleng kepala Jayden dengan gelagat sang isteri.

Flashback #

"Woi, pompuan!" Tertoleh Meera.

"Kau memang tak diajar panggil orang dengan nama yang elok, eh?"

"Ah! Kenapa aku kena panggil kau elok-elok? Kau bukannya ada mak bapak pun." Ben mendekati Meera. Beg galas Meera dirampas dan dicampak ke jalan raya sehingga menyebabkan beg itu koyak dan buku-buku Meera bersepah.

"Hoi! Kau jangan kurang ajar! Jangan sesekali nak persendakan aku! Bagi beg aku!" Jayden pulang agak lewat dari Meera memandangkan Jayden adalah pengawas di sekolah.

"Memang kau takde mak bapakkan?"

"Kalau takde pun, apa masalah kau? Aku tak kacau hidup kau, pun!" Meera menyinsing lengan baju kurungnya.

"Huish! Garang... Tak padan dengan anak yatim piatu..."

"Ben, sudahlah! Jangan kacau aku, boleh tak? Aku tak pernah pun ganggu hidup kau..."

"Kenapa aku tak boleh kacau kau? Cuba kau bagi aku sepuluh sebab, kenapa aku tak boleh kacau hidup kau?" Soal Meera sambil membetulkan rambutnya yang ditarik Ben. Rakan-rakan subahat Ben hanya mentertawakannya.

"Kau ni, Ben... Dari mula lagi, kau selalu sangat ganggu hidup aku... Apa yang kau tak puas hati snagat dengan aku, hah?"

"Aku tak suka kau..."

"Kau tak suka aku, bukan masalah aku."

"Hahaha... Melawan. Menjawab... Tak padan dengan anak yatim piatu..."

"Kalau aku anak yatim piatu pun, apa masalah kau? Aku usik kau ke?"

"Aku benci kau..."

"Ada aku kisah?"

"Kau cabar aku, pompuan!" Ben mahu menampar wajah Meera... Tapi, Meera beriak biasa.

"Ben!" Terhenti segala rancangan Ben, bila Jayden mula muncul.

"Kenapa kau kacau Meera?"

"Eh, kau ni Jay... Apa hal pulak kau nak back-up pompuan ni!"

"Meera ni, adik aku... Kau faham tak?"

"Eleh... Adik angkat je pun... Bukannya adik kandung. Kau sendiri pun takde adik-beradikkan? Mak kau, mandulkan?" Meera mendekati Ben.

"Apa yang kau tak puas hati dengan kami ni, hah? Kau ingat, kau ramai, kau boleh nak buli-buli kami ni?"

"Wow! Beranilah... Kau ni Jay... Macam pondan... Penakut."

Pang!

Terteleng kepala Ben dilempang Meera. Kawan-kawan Ben yang lain mengundurkan diri mereka. Bimbang diapa-apakan Meera.

"Sial kau! Kau tampar aku, pompuan!"

"Ya... Aku tampar kau, sebab kau kurang ajar! Mak bapak kau tak ajar kau cara beradab selama ni, eh? Ke, mak bapak kau, dah tak ingin jaga kau lagi?"

"Meera, sudahlah tu..." Pujuk Jayden. Lengan Meera ditarik perlahan.

"Woi! Jangan nak petik nama mak bapak aku!"

"Oh... Mak bapak kau, kau tak bagi usik... Mak bapak orang lain, suka hati mak bapak kau je, nak petik... Kau ingat kau anak orang kaya, orang kena respek kau, bagai!"

"Yang korang ni... Nak jadi apa? Jadi balaci si Ben ni? Sebab dia belanja korang makan, kau sanggup jadi barua Ben?" Marah Meera ke arah rakan-rakan subahat Ben.

"Woi! Kau ni memang kurang ajar. Kau belum kenal aku lagi, pompuan!"

"Hahaha... Dasar pondan!" Ejek Meera.

"Sial kau pompu..."

Buk! Buk! Tak sempat Ben menghabiskan bicaranya, Ben ditumbuk dan dibelasah.

"Arrgghh! Tangan aku! Tangan aku! Sa...kit!" Ben meraung sambil memegang tangan kirinya. Semua terkejut. Berombak dada Meera menahan amarahnya. Jayden tercengang. Sungguh tidak dia sangka, yang Meera berani dan sehebat itu.

"Meera..."

"Lepaskan Meera! Biar Meera ajar jantan pondan ni! Kurang ajar. Kau ingat, kau anak orang kaya, kau boleh sesuka hati nak ejek, kutuk orang? Kau ingat, kau anak orang, kau boleh buat apa yang kau suka?"

"Kau, kau... Dan kau... Ada berani? Marilah! Kita tengok, siapa yang hebat... Kau atau aku?" Cabar Meera.

"So...sorry, Meera... Aku tak campur... Aku ikut Ben, je..." Jawab salah seorang dari rakan mereka.

"Meera, bertenang Meera..." Pujuk Jayden.

"Korang bawak balik pondan ni! Aku cabar korang bagitahu perkara sebenar pada mak bapak korang... Aku nak tengok, siapa yang salah, siapa yang benar. Pergilah! Bawak kawan pondan korang ni sekali, Pergi!!!" Jerit Meera.

"Ba...baik... Mari Ben..." Meera mencerlung tajam ke arah Ben sehingga hilang dari pandangan.

"Meera..." Meera terduduk di situ. Esakan Meera membuatkan hati Jayden semakin gundah. Perasaan bersalah semakin kuat terasa. Kalau dia dapat lakukan sesuatu pada Ben, tentu Meera takkan terluka begini. Dan tentunya, Ben takkan disakiti.

"Mari, kita balik... Nanti, mummy tunggu. Kita balik eh?" Pujuk Jayden seraya itu menarik perlahan lengan Meera.

"Assalammualaikum... Mummy..."

"Waalaikumussalam... Anak-anak mummy dah balik..." Mummy tersentak melihat keadaan Meera yang kusut-masai.

"Meera, kenapa ni? Kenapa menangis? Jayden, apa yang berlaku?"

"Maafkan Ben, mummy. Ben ta sempat nak selamatkan Meera. Meera diganggu Ben lagi."

"Ben? Budak bermasalah tu?"

"Ya, mummy. Mummy tengok ni... Habis beg Meera, koyak. Buku-buku bersepah disebabkan Ben."

"Ya Allah, budak jahat ni... Apa masalah dia ni, hah? Mummy nak jumpa parents dia..."

"Mummy, nanti... Kita tunggu je esok lusa, ya..."

"Tapi, kenapa Jay... Mummy nak adukan pada pihak pentadbiran sekolah, biar dia diberhentikan dari sekolah tu." Jay serba-salah. Wajah sugul Meera dipandang sekilas.

"Mummy sabar ya. Kita tunggu esok, ya. Jay nak tengok, berani tak Ben datang sekolah lagi lepas ni..."

"Kenapa, Jay? Apa yang berlaku?"

"Ben dah dapat balasan dia..."

"Mummy tak faham..."

"Meera patahkan tangan kiri Ben." Jawab Meera selamba.

"What? Meera apa?"

"Meera dah patahkan tangan Ben masa pertahankan diri tadi, mummy. Tak sengaja. Jay kebetulan lalu kat situ... Maafkan Jay, mummy. Jay balik lambat tadi..."

"Betul ke, Meera?" Meera mengangguk perlahan.

"Tapi, sumpah mummy. Meera tak bersalah. Ben dah selalu ganggu Meera. Pernah sekali dia cuba nak buat benda tak baik pada Meera. Nasib baik, Jay dan Zain kebetulan baru balik dari silat, masa tu."

Meera hampir dicabul oleh Ben ketika baru pulang dari latihan silat di sekolah. Kebetulan, Meera mengalami masalah senggugut akibat datang bulan, jadi Meera mengambil keputusan untuk pulang cepat tanpa ditemani Jay dan Zain.

Nasib Meera baik, bila Jay dan Zain menyelamatkan Meera dari menjadi mangsa kerakusan nafsu gila Ben dan rakan-rakannya.

"Allahuakhbar... Apa nak jadi budak Ben ni? Tak sudah-sudah buat masalah. Ada mak bapak pun, tak habis-habis dengan masalah dadah... Anak yang jadi mangsa..."

"Harap-harap, lepas ni, Ben insaf. Jay pun tak faham dengan Ben... Sebelum ni, dia elok je... Sejak kawan dengan budak-budak dari taman sebelah ni, perangai dia berubah. Tak sekolah, ponteng kelas, hisap rokok."

"Tapi, kejadian dia cuba nak cabul Meera tu, memang Jay tak boleh bagi peluang."

"Jay buat apa kat Ben?"

"Jay dengan Zain belasah Ben. Walaupun dorang ramai, Alhamdulillah. Jay dan Zain dapat tewaskan mereka semua. Cuma, Jay terkejut, bila Ben panggil kawan-kawan dia dari taman sebelah untuk berlawan dengan kami berdua."

"Budak tu dah melampau. Takpe... Mummy akan buat sesuatu. Mummy terpaksa. Mummy tak nak lagi ada orang macam ni kat kawasan kita ni. Silap haribulan, bukan Meera je yang jadi mangsa dorang ni... Tapi, apapun, mummy bangga dengan Jay. terima kasih tolong jaga Meera."

"Mummy, Meera yang jaga Jay selama ni... Jay jadi jaga je."

"Hihihi... Mana ada? Jay ni, pandai je... Kita jaga diri kita sama-samakan?" Celah Meera dengan gelak tawa. Jayden meleret senyuman melihat senyuman yang terukir di wajah Meera.

"Alhamdulillah... Anak mummy dah ok. Takpe... Kalau dorang nak buat report polis, kita lawan. Mummy takkan biarkan anak-anak mummy dianiaya."

"Terima kasih, mummy. Meera tak takut pun. Berani kerana benar, takut kerana salah."

"Bagus... I'm proud of you..." Dahi Meera dikucup. Jayden terkesima melihat senyuman manis Meera dan buat pertama kalinya, Jayden terjatuh hati pada Meera.

Flashback end #

Hi guys... New chapter updated.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience