"Hati-hati sayang..." Tegur Jayden bila Meera berjalan dengan agak laju membawa perutnya yang semakin membesar.
"Tahniah sayang..."
"Tahniah abang. Alhamdulillah. Dapat juga Meera merasa nak pakai jubah ni sebelum bersalin."
"Alhamdulillah... Dan tahniah juga sebab sayang dapat pakai selempang dekan ni. Wah... Bertuah babies. Mummy terima anugerah dekan."
"Eleh, abang ni. Abang pun terima anugerah dekankan? Saja je kan nak usik Meera." Jayden simpan senyum.
"Alhamdulillah. Tahniah Jay, tahniah Meera. Mummy daddy bertuah sangat bila anak menantu mummy daddy berjaya dengan cemerlang."
"Terima kasih mummy, daddy."
"Ni, untuk Meera dan ini untuk Jayden."
"Thanks, mummy." Jambangan bunga dan hadiah, disambut dari mummy dan daddy.
"Emm, Jay... Budak perempuan yang kacau Jay tu dengan budak lelaki yang ganggu Meera tu, macamana?"
"Dorang ada je..."
"Dorang konvo juga ke?"
"Ya, daddy."
"Alhamdulillah..."
"Alhamdulillah, daddy. Dorang dah banyak berubah. Dorang pun dah tak ganggu kami lagi."
"Baguslah macam tu. Harap mereka berdua muhasabah diri."
"In shaa Allah, mummy. Dorang berdua pun dah datang jumpa Jay dengan Meera untuk minta maaf."
"Dan Meera pun dah maafkan dorang berdua."
"Alhamdulillah. Itu yang sebaiknya." Tiba-tiba wajah Meera berkerut seribu.
"Sayang, kenapa ni?"
"Sa...kit... A...bang... Sa...kit..." Adu Meera sambil memegang perutnya.
"Ya Allah, Jay. Meera nak bersalin agaknya..."
"Bersalin?"
"Ya... Cepat Jay. Bawa Meera ke hospital..."
"Sa...kit..."
"Sabar, yang... Sabar." Suasana sedikit kelam-kabut. Mana tidaknya. Mereka berdua baru sahaja habis majlis konvokesyen. Dengan berjubah bagai... Dengan selempang yang baru mereka berdua terima.
"Jay, cempung Meera. Daddy drive kereta tu."
"Baik, daddy..."
"Hati-hati, Jay... Meera bawa perut tu."
"Ya, mummy..."
"A...bang... Sa...kit..."
"Sabar, sayang... Sikit je lagi nak sampai... Sabar, istighfar, selawat, berzikir... Ingat Tuhan, sayang..."
"Alhamdulillah... Kus semangat, cucu-cucu nenda... Ya Allah... Rezeki dari Allah..." Ujar mummy sebaik sahaja Meera dan babies ditolak ke wad biasa memandangkan Meera dan babies tiada sebarang masalah.
"Macamana mummy daddy tak tahu yang Meera mengandungkan sikembar?"
"Mummy... Jay pun tak tahu, mummy... Menantu mummy ni yang sembunyikan sikembar ni."
"Mana ada Meera sembunyikan babies... Sebelum ni, Meera ada cakap dengan abang. Abang yang tak concentrate..."
"Ya ke? Sayang ada cakap dengan abang ke?"
"Yelah, bang. Kalau tak, kenapa Meera beli baju babies dua set? Kita pergi berduakan?"
"Eh, ya ke?"
"Hai, Jay... Baru ada anak dua, dah jadi pelupa ke? Jay baru nak masuk dua puluh lima tahun, tau? Baru suku abad... Dah jadi pelupa?"
"Bukan lupa, daddy... Tak ingat je..."
"Yelah tu... Tak nak mengaku..."
"Hurm... Nama sikembar ni?"
"Meera dah sediakan, mummy..."
"Hah? Sayang dah ada nama untuk babies?"
"Ya Allah, abang ni... Mummy daddy tengoklah anak mummy daddy ni... Abang... Abang lupa ke, nama ni, kita sama-sama cari kat google?" Jayden menggelengkan kepala sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Daddy menepuk dahinya sendiri sementara mummy hanya mampu menggelengkan kepalanya.
"Yang abang, Jazmin Jazel. Si adik, Amanda Auliya."
"Jazmin Jazel, Amanda Auliya... Emm... Sedap nama tu..."
"Pandai sayang cari nama..."
"Kita berdua, bang..." Tergeleng-geleng kepala Meera dengan telatah Jayden.
"Yang pasti, anak-anak ikut daddynya... Sepet..."
"Hei... Sepet-sepet ni yang sayang cari nak tidur malamkan?"
"Ish... Abang ni... Suka tau usik Meera macam tu..."
"Betul apa?"
"Dahlah, Jay... Siapkan barang-barang Meera. Mummy nak kemas. Kita dah nak balik..."
"Alhamdulillah. Nasib baik takde apa-apa masalah pada babies. Tak payah kena tahan bagai."
"Alhamdulillah... Allah permudahkan urusan kita..."
"Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir batin mummy."
"Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin, daddy." Meera dan Jayden mengucup kedua tangan mummy daddy di pagi hari raya yang mulia.
"Selamat Hari Raya, Meera, Jayden..."
"Mana cucu-cucu nenda ni... Meh sini, sayang nenda..." Mummy dan daddy mencempung sikembar Jazmin dan Amanda.
"Ya Allah, comelnya sikembar nenda ni. Cantik berbaju raya... Pandai mummy daddy pilih baju sikembar ni ya..." Bertubi-tubi kucupan diwajah sikembar.
"Meera, Jay... Daddy nak cakap sesuatu ni..." Tegur daddy selepas hampir dua bulan Meera berpantang di rumah agam dan mereka sempat beraya bersama di hari yang penuh bermakna ini.
"Apa dia daddy...?"
"Daddy mummy harap sangat Meera dengan Jay tinggal di sini. Kami takde sesiapa lagi melainkan Jay dan Meera dan cucu-cucu kami ni. Sementara daddy mummy ada kat sini, masih bernyawa, kami hanya mengharapkan Jay dan Meera sekeluarga menemani kami sehingga nafas yang terakhir."
"Daddy... Apa yang daddy cakap ni? Kenapa cakap macam ni?"
"Daddy takde anak lain, Jay... Daddy dan mummy hanya ada Jay dan Meera je..." Meera mendekati daddy dan seraya itu memegang kekura tangan mummy daddy.
"Daddy, mummy... In shaa Allah... Kami akan teman daddy dan mummy di sini. Daddy jangan risau ya." Pujuk Meera.
"Bolehkan, abang?" Jayden simpul senyum.
"Thank you so much, sayang. Abang hargai sangat sebab faham keadaan mummy daddy."
"Jangan cakap macam tu... Meera bahagia ada family yang terlalu mengambil berat pasal Meera. Meara faham. Kita semua memerlukan antara satu sama lain. Dalam keadaan macam ni, mummy daddy semakin berusia dan perlukan rehat. Dah tiba masanya untuk abang mengambil alih tugas-tugas daddy."
"Ya, Jay... Memang itu yang daddy harapkan. Dah tiba masanya untuk mummy dan daddy menghadap sang pencipta. Kami dah lama simpan impian nak menunaikan umrah, haji... Nak belajar agama... Hidup kita tak lama Jay..."
"In shaa Allah, daddy. Kami faham. Kami doakan mummy daddy dipermudahkan segala urusan. Pasal kami di sini, daddy jangan risau, ya? In shaa Allah, nanti Jay usahakan."
"Tapi, Jay..."
"Emm... Abang..."
"Ya, abang tahu..."
"Mummy daddy tunggu sini sekejap..." Jay berlalu masuk ke bilik.
"Kenapa tu, Meera...?" Meera simpan senyum.
"Mummy tunggu sebentar ya... Sekejap ja. Abang ada hadiah untuk mummy daddy."
"Mummy, daddy. Ini ada sedikit hadiah untuk mummy daddy dari kami berdua."
"Apa ni, Jay?"
"Daddy bukalah..." Dengan perlahan-lahan, daddy dan mummy membuka sampul surat bersaiz A4. Dengan wajah dan riak yang terkejut, mummy daddy memeluk Meera dan Jayden.
"Ya Allah... Terima kasih Jay, Meera. Allahuakhbar..."
"Mummy, daddy... Ini hadiah tak seberapa dari kami berdua..."
"Jay... Besar maknanya hadiah ni untuk mummy daddy, Jay."
"Mummy... Daddy... Kami tahu, mummy daddy dah lama impikan nak mengerjakan umrah bersamakan? Jadi, ini sebagai hadiah untuk mummy daddy..."
"Tapi, ni Jay... Haji ni?"
"Daddy, mummy... Ini semua hadiah dari Meera sebab daddy mummy dah kutip Meera, jaga Meera, bagi Meera pendidikan, buat Meera macam anak sendiri dan sebab mummy daddy, Meera dapat jodoh dengan si sepet ni sampailah dua ketul sepet junior ni muncul..." Seloroh Meera sambil tertawa kecil.
"Amboi, sayang... Sayang belum minta maaf dengan abang lagi tau..."
"Hihihi... Sorry, abang. Meera bergurau jelah... Jangan marah tau. Nanti Meera beraya dengan abang ya..." Jayden mengecilkan matanya yang sememangnya dah sepet.
"Bertuah punya bini... Dia mainkan kita pulak, ya..."
"Meera bergurau tu, Jay..."
"Meera, terima kasih banyak. Mummy terharu sangat. Mummy bertuah ada menantu sebaik Meera." Pipi Meera dikucup mesra.
"Meera pun bertuah dapat mertua sebaik mummy daddy." Meera mendakap tubuh berisi mummy.
"Dah, dah... Takmu buat drama air mata kat sini. Mari, kita bergambar sebelum kita makan. Cucu-cucu tokdi... Meh sini... Kita bergambar bersama. Tokdi nak simpan buat kenangan." Jayden dan Meera menoleh ke arah daddy sebelum berpandangan sesama sendiri.
*****************************
Setahun sudah berlalu. sikembar sudah berusia setahun dua bulan.
Takbir raya berkumandang. Hati Jayden semakin sayu dan sebak menguasai diri.
"Abang... Mari kita makan... Anak-anak dah tunggu tu."
"Hurm..."
"Abang okay?"
"In shaa Allah..."
"Abang rindukan mummy daddy?" Secara tiba-tiba, air mata jantan Jayden mengalir hiba. Meera sendiri sebak melihat keadaan Jayden. Tidak pernah dia lihat Jayden serapuh itu. Tubuh sasa sang suami dipeluk erat bagi menyalurkan kekuatan pada sang suami. Belakang Jayden diusap perlahan. Tanpa segan silu, Jayden menghamburkan tangisannya dibahu si isteri.
"Meera tahu, abang rindukan mummy daddy. Abang kena kuat, bang. Jangan lemah macam ni. Kesain kat arwah mummy daddy. Kita doakan mummy daddy tenang di sana ya..." Terasa ada pergerakkan dibahu Meera.
"I miss them so much..." Ujar Jayden dengan esakan kecil.
"Me too... Meera pun rindukan arwah mummy daddy. Anak-anak pun rindukan tokmi dan nenda mereka. Kalau abang sedih macam ni, nanti Meera dan anak-anak pun sedih."
"I'm so sorry... I just can't imagine, mummy daddy dah meninggal dunia." Ujar Jayden sambil mengusap air matanya sendiri.
"Abang, ini semua suratan takdir, abang. Qadaq dan qadar, ketentuan Allah... Tiada siapa yang dapat menahannya dari berlaku... Abang fahamkan?" Jayden mengangguk perlahan.
"Abang minta maaf. Abang cuma rindukan mummy daddy je. Abang rasa, macam tak lengkap hidup abang ni..."
"Ya, Meera tahu... Tapi, abang ada Meera, ada anak-anak..."
"Abang tak keseorangan, abang... Kami ada dengan abang..." Jayden tertoleh.
"Jasnita..." Tubuh langsing si adik, dipeluk erat sebelum Jasnita memeluk erat Meera, kakak iparnya.
"Zain..." Zain memeluk erat badan bang ipar merangkap sahabat baiknya sendiri.
"Bila sampai?"
"Dah lama... Tapi, kami nak tengok drama air mata. Bukan senang nak tengok si sepet ni menangis..."
"Kurang ajar, kau kan?"
"Jangan marah, abang ipar..."
"Banyaklah kau, abang ipar... Mari, kita makan dulu... Nanti kita boleh bersembang panjang."
"Abang, okay?" Soal Jasnita, selesai mereka menjamu selera.
"Sejujurnya, tidak... Abang rindukan mummy daddy."
"Nita pun... Tapi, tak payahlah sedih sangat macam ni. Kesian Kak Meera... Dia pun sedih juga."
"Abang tahu..."
"Abang tak boleh tunjukkan kesedihan sangat. Kak Meera tu nampak je macam kuat. Hati dia rapuh sangat."
"Macamana Nita tahu?"
"Nita perempuan, bang... Nita boleh nampak kelainan di wajah Kak Meera. Perempuan ni, jarang nak tunjukkan kesedihan dia, bang."
"Abang minta maaf. Abang tak perasan semua tu."
"Takpe... Nita faham. Tapi, kesian Kak Meera. Dia kuat sebab dia tak nak abang nampak Kak Meera lemah macam abang."
"Terima kasih sebab tegur abang."
"Nita faham... Abang jangan terbawa-bawa sangat perasaan sedih tu. Tak bagus..."
"Ya, abang tahu. Terima kasih, Nita. You're such a good sister..."
"Disebabkan Nita dah tolong abang, duit raya Nita kena lebih."
"Eh... Dah tua bangka pun, nak duit raya lagi?"
"Eh, mesti... Nita belum ada anak pun..."
"Tu, dalam perut tu..."
"Yelah... Maksud Nita, anak Nita belum lahir pun. Next year, in shaa Allah... Baby kami dah lahir nanti, abang kena sediakan duit raya untuk baby pulak..."
"Amboi, demand..."
"Zain... Nampak gayanya, kau kena kerja keras, Zain... Boleh tahan maintenance wife kau ni... Demanding..."
"Adik kau, sepet... Nak buat macamana, dah bini aku..."
"Sekali lagi, kau panggil aku sepet, potong duit raya korang..."
"Eh, jangan Boss! Sorry boss! Wahai abang ipar ku tersayang. Janganlah kejam dengan adik iparmu ini... Hamba mohon ampun dan maaf, boss." Usik Zain. Zain sudah setahun mengahwini Nita sebelum arwah mummy daddy berangkat ke tanah suci bagi mengerjakan haji.
Arwah daddy dan mummy meninggal dunia di tanah suci sebaik di dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan bas persiaran yang dinaiki keduanya mengalami kecelakaan jalan raya dan sekaligus menyebabkan kematian termasuk arwah mummy daddy.
Aryan yang menerima panggilan itu, pengsan sebaik sahaja dihubungi pihak berkaitan. Atas persetujuan semua, arwah mummy dan daddy dikembumikan di tanah suci Mekah atas permintaan Aryan. Dengan bantuan pihak perkuasa tempatan dan pihak Tabung Haji, Aryan diterbangkan ke tanah suci bagi pengecapan mayat.
Hampir sebulan Aryan hilang semangat diri dan Meera, Nita dan Zainlah yang menjadi pembakar semangat untuk dia terus bangkit. Memandangkan syarikat daddy yang telah diambil alih oleh Aryan memerlukan dia untuk terus menerajui syarikat, Aryan bangkit semula dengan bantuan si isteri. Meeralah yang banyak berkorban untuk Aryan selama ini.
Aryan menoleh ke arah Meera yang sedang sibuk melayan sikembar yang semakin lasak. Wajah si isteri direnung dalam. Perasaan bersalah mula menguasai diri. Aryan terlalu melayan perasaan sehingga lupa perasaan Meera, isterinya yang satu.
"Terima kasih..."
"Hah? Untuk apa?"
"Sebab sentiasa ada dengan abang selama ini..." Meera simpul senyum. Kedua tangan sang suami dikucup mesra.
"Kenapa abang cakap macam tu?"
"Abang salah. Abang terleka melayan perasaan sendiri sehingga terlupa pada tanggungjawab abang pada sayang, pada anak-anak."
"Meera faham keadaan abang. Meera nak bagi abang ruang untuk abang bermuhasabah diri. Meera tak nak abang bertambah tertekan."
"Tapi, abang abaikan perasaan sayang... Abang terlalu melayan perasaan sendiri sehingga abang terlupa abang dah abaikan perasaan isteri abang..." Meera simpan senyum.
"Abang minta maaf..."
"Meera tak berkecil hati pun. Meera faham keadaan abang. Abang jangan sedih lagi, ya? Ini semua ujian Allah pada kita sebagai hambaNya... Yang penting sekarang ni, Meera nak abang kuat. Kuat untuk Meera dan anak-anak."
"Terima kasih, sayang. Abang hargai kebaikan bidadari syurga abang ni. Semoga syurga buatmu." Terpejam mata Meera tatkala Jay melabuhkan kucupan hangat di dahinya.
"Selamat hari raya aidilfitri, abang."
"Selamat hari raya aidilfitri, sayang."
Alhamdulillah. AAK menemui penghujungnya. Macam yang sis katakan sebelum ni, ini short love story. Santai-santai je... Salam aidilfitri semua...
Share this novel