BAB 7 - AAK - HANI/HANISAH

Short Story Completed 10222

"Abang..."

"Hurm..."

"Abang...!" Meleret panggilan Meera.

"Apa yang? Abang mengantuk ni..."

"Yelah.. Meera tahu abang mengantuk... Tapi, perut Meera ni..."

"Kenapa, yang? kenapa dengan perut? Baby ok ke?"

"Ya Allah... Abang ni... Perut Meera oklah... Tangan abang ni..."

"Dah kenapa pulak dengan tangan abang?"

"Ni... Tangan abang kat perut Meera ni... Berat..."

"Oh... Sorry, eh... Abang nak usap perut sayang je..."

"Sudah-sudahlah tu... Meera nak bangun."

"Nak bangun? Nak pergi mana?"

"Abang, Meera nak buang air kecil..."

"Air kecil? Bukan air besar?"

"Ya Allah, abang ni... Malas Meera nak layan abang." Omel Meera seraya itu mengalihkan tangan kekar Jayden dari perutnya. Mengingatkan perkara yang berlaku sebelum ini, Jay benar-benar bimbang. Takut dengan apa yang bakal Meera tempuhi. Bukan sebab Irwan... Tapi, Hanisah... Hanisah sudah berkali-kali menyuarakan perasaannya pada Jayden.

Flashback #

"Jay, tolonglah Jay. I sukakan you, Jay..."

"Tapi, saya tak suka awak. Awak faham tak?"

"Jay..."

"Saya tak pernah simpan apa-apa perasaan pada perempuan lain selain isteri saya. Saya tak pernah sukakan sesiapapun selain isteri saya."

"You tipu, Jay. You tipu. I tahu you tipu. You sengaja nak buat I jauhkan diri dari you, kan? I tahu, you sayangkan I..."

"Hoi perempuan! Kau tak tahu malu ke, hah? Kau sedar tak, aku ni, suami orang... Aku sayangkan isteri aku seorang je!" Hilang sudah rasa hormat Jayden pada Hanisah.

"Tipu! You tipu Jay! I tahu, you takde isteri. You belum berkahwin."

"Huh! Aku tak perlukan kepercayaan kau. Aku tak peduli apa perasaan kau pun. Yang aku tahu, perasaan aku hanya untuk isteri aku. Isteri yang aku sayang dan aku cintai. Faham?"

"You takkan bahagia, Jay! I akan buat you menderita! I akan pastikan you tergila-gilakan I!" Jerit Hanisah. Tergeleng kepala Jay. Demi keselamatan dirinya dan Meera, Jay telah membuat aduan kepada Prof Hani, selaku kakak kepada Hanisah sambil ditemani Zain untuk menjadi saksi.

"Sorry, Prof... Saya dah tak tahan dengan sikap Hanisah. Malu saya, Prof. Prof sendiri tahu yang saya dah beristeri. Mana mungkin saya boleh terima Hanisah dalam hidup saya."

"Saya minta maaf, Jay. Saya tak tahu apa saya nak buat dengan Hanisah tu. Saya dah berulang-kali nasihatkan dia, tapi, dia tak percaya semua kata-kata saya."

"Saya cuma bimbangkan isteri saya, Meera. Sebelum ni, Hanisah dah mengugut akan cederakan sesiapa sahaja yang cuba rapat dengan Jay, Prof."

"Apa? Betul ke, Zain, Jay?"

"Betul, Prof. Soal begini tak boleh buat main. Saya hanya risaukan keselamatan Meera. Kalau Hanisah tahu, Ameera Aisyah isteri saya, macamana Prof?"

"Macam ni, Jay... Saya sebenarnya kebuntuan idea. Saya minta tolong awak jaga Meera. Atau awak suruh Meera belajar dari rumah."

"Tapi, Prof... Ujian hanya tinggal lagi tiga minggu je."

"Ya, saya tahu... Sebab itu saya suruh Meera belajar di rumah. Tiba hari peperiksaan nanti, saya sendiri akan teman Meera."

"Saya kena bincang dengan Meera dulu, Prof... Saya takut Meera tak setuju dengan rancangan ni..."

"Baiklah, Jay. Awak bincang dulu. Bukannya apa... Saya cuma tak nak Hanisah buat sesuatu diluar kawalan."

"Tapi, Prof... Demi Allah, Prof. Kalau Meera diapa-apakan, saya tak jamin, Hanisah akan selamat."

"Saya faham, Jay. Awak berhak pertahankan isteri awak. Saya akui semua tu. Cuma, kalau boleh dielakkan, elakkanlah."

"Saya cuba, Prof. Terima kasih, Prof. Kami balik ke bilik dulu."

"Ya..."

"Jay..."

"Apa lagi, Hanisah? Apa lagi yang kau nakkan ni? Kau tak faham ke? Aku tak nak kau ganggu aku!"

"Jay... I sukakan you, Jay. I sayangkan you."

"Tapi, aku benci kau! Kau faham tak? Aku benci kau!"

"Jay, Jay!"

"Hoi, lepaskanlah!" Jay merentap lengannya yang dirangkul Hanisah.

"Kau tak tahu malu ke? Kau sentuh aku yang bukan mahram... Kau tak belajar ke?"

"Jay, I sukakan you, Jay. I sayangkan you. Tolonglah terima I dalam hidup you."

"Kau gila! Aku dah ada isteri yang jauh lebih dari kau, Hanisah... Tolong jangan ganggu aku lagi..."

"Jay... Sampai hati you, Jay. I dah bertahun simpan perasaan pada you. Takkan sedikit pun dalam hati you takde perasaan sayang kat I?"

"Ya Allah, Hanisah... Astaghfirullahalazim... Boleh tak kau beristighfar... Memang sejak dulu lagi, hati aku hanya untuk isteri aku. Takde orang lain yang ada dalam hati aku ni... Takde! Takde!" Jerkah Jayden.

"Tapi, Jay... I betul-betul cintakan you, Jay... I boleh mati kalau sehari tak jumpa you... Please, Jay. Tolong terima I, Jay. I sanggup buat apa sahaja untuk you terima I, Jay... Please..."

"Ya Allah, Hanisah... Apa kena kau ni, Hanisah? Kau tak faham bahasa ke? Jayden dah ada isteri... Dia dah kahwin, Hanisah..."

"Kau diam, Zain! Kau tak perlu campur tangan."

"Macam nilah, Hanisah. Apa kata kau terima je Zain dalam hidup kau."

"What?"

"Zain pun takde kurangnya. Dia ok. Hemsem... Bergaya. Bijak pandai lagi."

"Jay, apa pulak aku yang kau babitkan dalam hal ni?"

"I tak nak orang lain, Jay I hanya nakkan you. Please Jay..." Jay melepaskan keluhan.

"Hanisah, tolonglah faham... Aku tak nak lukakan hati isteri aku, Hanisah. Aku tak nak dia terluka sebab kau. Macamana kalau dia nampak aku dengan kau dalam keadaan macam ni? Tentu dia terluka nanti."

"Tapi, Jay... Macamana dengan I?"

"Hanisah, aku rasa kau dah gila."

"Ya! Memang I gila! I gilakan you, Jay. I gilakan you!"

"Istighfar, Hanisah... Kau tak malu ke orang tengok kelakuan kau yang tak matang ni..." Beberapa orang pelajar sekadar menjadi pemerhati kelakuan gila Hanisah. Zain dah tak tahu nak pujuk Hanisah macamana lagi. Melihat kegilaan Hanisah, Zain hanya mampu beristighfar.

"I tak peduli semua tu... I hanya nakkan you je, Jay... Please, Jay... Jangan tolak cinta I, Jay..." Rintih Hanisah sambil menghenyakkan punggungnya di lantai koridor dengan linangan air mata. Jay memerhatikan keadaan sekelilingnya.

"Oh, shit!"

"Kenapa Jay?" Soal Zain.

"Meera... Allah..." Ujar Jay separa berbisik. Tidak beberapa jauh dari mereka, Jay memandang sayu wajah si isteri. Zain turut menoleh ke arah Meera yang kemudiannya menarik tangan Manisah beredar dari situ.

"Masak aku macam ni, Zain..."

"Kau bincang baik-baik dengan Meera. Lagipun, tadi, aku ada dengan kau, kan?" Jayden mengangguk perlahan.

"In shaa Allah. Meera faham tu."

"Jomlah kita blah. Aku tak nak malukan diri aku stay kat sini, lama-lama."

"Aku pun fikir macam tu, Jay. Baik kita blah dari sini dari terus melayan perempuan kurang siuman ni..."

"Jay! Jay! Jayden!" Laungan Hanisah sedikitpun tidak diendahkan Jayden. Apa yang paling dia takuti kini bakal berlaku. Jayden berdoa agar tiada masalah yang timbul ketika di rumah nanti.

"You tunggu, Jay! I akan buat you gilakan I, Jayden!" Jerit Hanisah tanpa ada segan silu.

"Berambus! Pergi! Tak pernah tengok orang ke? Blah!" Marah Hanisah pada beberapa pelajar yang lalu-lalang di situ.

"Hanisah!" Tertoleh Hanisah. Air liur ditelan kesat dirasakan.

"Bangun!" Jerkahan Prof Hani, membuatkan tubuhnya terhinjut sedikit.

"Masuk bilik I!" Arah Prof Hani. Hanisah mengesat air matanya. Pakaian yang sedikit kusut, dibetulkan sebelum dia membontoti kakaknya masuk ke bilik.

"Apa masalah you ni, Nisah? You tak malu ke terjerit-jerit macam orang gila? You seronok ke jadi perhatian orang?"

"Ah! You apa tahu? Ini masalah I..."

"Hei, Hanisah! I ni, salah seorang pensyarah kat sini. You boleh tak, jangan buat I malu dengan perangai you yang tak henti-henti bagi I masalah?"

"Hello... I tak pernah susahkan you, tau!"

"Shit! You dari mula masuk universiti ni, takde satu hari pun yang you tak buat masalah dan setiap kali, I yang kena cover untuk you. Sampai bila, Nisah? Sampai bila I kena selamatkan kelakuan bodoh you ni?"

"I tak suruh pun..."

"Ya Allah... Tolonglah, Nisah... Tolonglah berubah. Takkan you tak sedar yang selama ini, you syok sendiri? Jayden tu bukan hak you. Dia dah kahwin, Nisah... Tolonglah sedar, Nisah. Jangan malukan mummy daddy you..."

"Hei, I tak peduli semua tu... Yang I tahu, Jayden bakal menjadi milik I.."

"Jangan melampau, Nisah! He's married..."

"So, what? Orang lain, elok je kahwin dua... Lagipun, apa bukti yang mengatakan yang dia dah kahwin? You ada bukti?" Prof Hani melepaskan keluhan. Hanisah memang satu-satunya adik yang paling bermasalah dalam kalangan adik-beradiknya.

"Hanisah... Jangan sampai I akan buat sesuatu yang boleh you malu nanti, Nisah... I akan bagitahu mummy daddy pasal perangai you ni... Jangan main-main, Nisah. Orang lain datang sini, nak belajar. Bukan macam you... Asyik nak cari jantan je..."

"Eleh! You tak payah nak ugut I, ok... I cari jantan sebab I tak jadi macam you, andalusia... Takde jantan nakkan you..." Sindir Hanisah sambil menjeling.

"Kurang ajar you, kan? Jodoh ni bukan boleh dipaksa, Nisah... Jangan jadi orang bodoh! Sekarang ni, bukan persoalan takde jantan nak atau apa... Kita berbicara pasal you mengganggu suami orang... Jodoh akan datang bila tiba masanya, Nisah... Jadilah orang yang matang..."

"Ah... Dah memang dasar anak dara tua... You tak payah nak ajar I, Hani... I tahu apa yang I perlu buat. Hidup I, tak perlu you masuk campur... You jaga diri you sendiri."

"Hanisah! Kenapa you semakin kurang ajar ni? You nak I call mummy daddy bagitahu pasal perangai you ni, ke? You nak I suruh daddy hantar you belajar jauh? You nak?"

"I peliklah, Hani... Kenapa you suka sangat campur tangan dalam masalah I? Kenapa? You ingat, you bagus sangat ke, Hani? You ingat, you prof kat sini, you boleh suka-suka nak arahkan orang?"

"Ya Allah, Hanisah... Kenapa you ni, Nisah? Kenapa you jadi macam ni, Nisah? You tahu tak, peperiksaan hujung tahun, hanya tinggal tiga minggu je lagi. You tak takut ke kalau keputusan you tidak memberangsangkan?"

"So what?"

"Astahgfirullahalazim... Apa nak jadi dengan you ni, Nisah? You nak jadi apa? You dah dua kali tukar tempat belajar, tau? Orang lain sebaya you dah pegang jawatan besar... Dah bekerja... You?" Hanisah menjeling.

"Sibuk je!"

"Nisah... I tegur you, I concern about you, Nisah. You, adik I... I sayangkan you, Nisah... Tolonglah, jangan malukan I. Jangan malukan nama baik mummy daddy."

"Oh... Ini sebenarnya, nak suruh I jaga nama baik you, nama baik mummy daddy? Macam tu?"

"Hanisah! Boleh tak sekali dalam hidup you, dengar cakap I? I'm your sister!"

"Do I care?"

"Ya Allah... I dah tak tahu nak cakap apa lagi dengan you, Nisah... I tak tahu di mana silapnya mummy daddy dalam mendidik you. Serious... I memang tak faham dengan perangai you. Agak-agaknya, betullah cakap orang luar yang you ni memang anak pungut. Anak angkat mummy daddy."

"Hei, watch your mouth!"

"Hah? Kenapa you nak marah? Betulkan? Atau you memang dah tahu siapa you sebenarnya, Hanisah?" Hanisah menggenggam erat penumbuknya.

"I takkan berdamia lagi dengan you, Nisah... I akan jelaskan segalanya pada mummy daddy and you what, Nisah? I akan pastikan you dibuang dari universiti ni, seperti mana yang pernah you alami sebelum ini di universiti lain."

"You...!" Jari runcingnya dituding ke arah Hani.

"You, what? Cakaplah! I dah tak boleh bertahan lagi dengan you, Hanisah. Cukuplah selama ini, I pertahankan you... Sayang... You memang dasar tak faham bahasa. Tak reti nak balas budi orang. Tak tahu malu! Dasar anak pungut!"

"Jangan cabar I, Hani..."

"Memang I cabar you, Hanisah... I cabar you... You memang tak sedar dek untung. Hidup mati you ditanggung mummy daddy I... Belajar tak nak, malas! Hidup menyusahkan orang je... Bangga ke hidup menyusahkan orang macam ni?" Berombak dada Prof Hani melepaskan amarahnya yang sudah sekian lama ditahan.

"Huh! I tak hadap semua ni!"

"Bodoh sombong! I akan pastikan you menangis nanti, Hanisah!"

"Blahlah!" Ujar Hanisah dengan angkuh sebelum berlalu keluar dari bilik Prof Hani. Itulah sikap Hani yang sebenarnya. Disebabkan Hanisah, keluarga Prof Hani terpaksa menebalkan muka. Ini semua gara-gara Hanisah yang sejak mula, gemar mencari masalah dan bergaduh disebabkan merebut jantan.

"Aarrgghh!!!" Hanisah menarik rambut panjangnya yang berwarna blonde sambil menjerit dan mencampakkan beg serta buku-bukunya ke dalam kereta sebaik sahaja Hanisah masuk ke dalam kereta Honda Jazz miliknya.

"Sial kau, Hani! Kau memang suka mengganggu hidup aku! Kau memang manusia yang tidak berhati perut! Aku benci kau! Aku benci kau!"

"Kau, Jayden... Aku dah lama simpan perasaan pada kau, Jay. Aku sayangkan kau. Aku cintakan kau... Tapi, kau hancurkan perasaan aku... Sampai hati kau, Jay. Sampai hati kau..." Rintih Hanisah seraya menggosok gincu merahnya dengan belakang tangan. Wajahnya yang comot dengan make-up yang tidak sekata, direnung melalui cermin pandang belakang di dalam kereta.

"Aku takkan mengalah, Jay. Aku takkan biarkan orang lain memiliki kau, Jay... Kau milik aku. Hanya milik aku... Milik aku!!!" Jerit Hanisah di dalam kereta. Beberapa pelajar yang lalu-lalang di situ, sekadar memerhatikan tingkah laku Hanisah yang tidak ubah macam perempuan gila.

"Aku akan cari, siapa isteri kau, Jayden. Aku akan pastikan tiada siapa dapat miliki kau selain aku... Hahaha!"

Assalammualaikum... Selesai terawih, balik terus update chapter baru ni... Khas untuk pembaca tersayang. Maaf, ambil masa sebab sibuk sangat dua tiga hari ni. Salam Ramadhan buat semua

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience