"Irwan, apa yang nak kamu perkatakan sekarang ni?" Irwan menggelengkan kepalanya.
"Tan Sri... Saya minta maaf bagi pihak pelajar ini, Tan Sri. Saya akan mengambil tindakan susulan pada pelajar ini."
"Tak perlu, prof." Semua mata tertumpu pada Jayden.
"Jayden..."
"Aku harap ini kali terakhir aku tegur kau pasal perkara ini, Irwan. Aku tak nak dengar lagi kau cuba buat sesuatu atau katakan sesuatu pada isteri aku. Jangan cabar aku, Irwan. Kau belum kenal siapa aku yang sebenarnya. Aku takkan teragak-agak untuk bertindak lebih teruk dari ini. Mark my word!" Irwan mendongak perlahan-lahan.
"Aku lepaskan kau, kali ni... Aku tak sekejam kau, Irwan. Peperiksaan akhir bakal menyusul sebulan dari sekarang. Aku harap, kau muhasabah diri kau sendiri."
"Pastikan kau tidak bertembung dengan isteri aku lagi. Ingat, Irwan... Aku takkan bersabar lagi selepas ini. Sayang, mari." Lengan Meera dirangkul sebelum Jayden dan Meera berlalu pergi.
"Prof, maafkan kami." Professor Halim mengangguk dan berdiri memberi hormat pada Tan Sri Haji Kamal Khairullah dan Puan Sri Hajah Alina Al-Idrus.
"Maafkan saya, Tan Sri, Puan Sri. Saya berjanji, benda begini takkan berlaku lagi."
"Baguslah begitu. Kami cuma bimbang. Menantu kami, anak yatim piatu. Kalau sampai dah difitnah sebegitu rupa, siapa saja akan marah dan kecewa."
"Saya faham, Tan Sri. Saya akan pastikan ianya tidak berulang di sini."
"Baiklah. Kami pulang dulu." Daddy dan Prof Halim, berjabat tangan sebelum melangkah keluar dari pejabat Prof Halim tanpa sedikitpun mengalihkan pandangan mereka ke arah Irwan yang masih tercegat di situ.
"Apa yang kamu dah buat, Irwan? Kamu merupakan salah seorang pekajar cemerlang di universiti ini... Tapi, kelakuan kamu langsung tidak menunjukkan yang kamu pelajar cemerlang." Irwan menelan air liurnya berulang kali.
"Disebabkan kamu, reputasi universiti ini dah buruk. Malah, ianya sedikit sebanyak akan menjejaskan reputasi kamu juga, Irwan."
"Saya, minta maaf, Prof. Saya betul-betul kesal dengan tindakan saya. Saya tak sengaja, Prof."
"Semudah itu kamu minta maaf? Macamana dengan perasaan Ameera dan Jayden selaku orang yang difitnah?" Irwan menundukkan kepalanya.
"Kamu rasa, sebab apa Jayden tampar kamu?" Irwan tidak menjawab. Sebaliknya, dia hanya mampu menekur ke lantai.
"Kalau saya sendiri yang berada di tempat Jayden, saya akan lakukan benda yang sama kalau isteri saya difitnah sebegitu rupa."
"Istighfar, Irwan... Istighfar. Awak tahu apa hukuman pada mereka yang menaburkan fitnah pada seorang wanita tanpa saksi dalam Islamkan, Irwan?" Lambat Irwan menganggukkan kepalanya."
"Awak fikirkanlah sendiri. Sekarang, balik bilik awak."
"Prof, hukuman untuk saya..."
"Nantilah. Saya perlu fikir secara mendalam kes ini. Saya perlu fikir dari segala aspek. Masuk bilik awak."
"Baik, Prof. Terima kasih."
"Hurm..." Prof Halim melepaskan keluhan. Pen dijari diletakkan di atas meja. Wajah diraup. Semakin dekat dengan peperiksaan akhir tahun, semakin banyak masalah yang timbul akhir-akhir ini di universiti. Selaku dekan di situ, Prof Halim bertanggungjawab menjaga nama baik dan reputasi universiti selaku salah satu universiti terbaik di Malaysia.
"Sayang ok?"
"In shaa Allah, ok. Abang jangan risau, ya..."
"Macamana abang tak risau... Sayang tu, asyik pening kepala je. Kita ada kurang sebulan je dari tarikh peperiksaan hujung tahun."
"In shaa Allah, Meera oklah. Abang tu yang risaukan sangat. Meerakan kuat..."
"Kuatlah sangat."
"Abang marahkan Meera?"
"Taklah... Kenapa abang nak marah sayang?" Meera mengangkat kedua bahunya.
"Sayang tak salah apa-apapun..."
"Sebab Meera yang paksa abang rahsiakan status kita."
"Tak. Abang tak marah dan abang tak salahkan sayang pun. Benda dah berlakukan... Nak buat macamana... Kita teruskan je kehidupan..."
"Bunyi macam kecewa je..."
"Ameera Aisyah... Kenapa ni? Sayang marahkan abang ke?" Meera menggeleng.
"Habis tu?" Air mata mula bergenang di tubir mata. Jayden melepaskan keluhan. Tangan Meera ditarik penuh kelembutan sebelum Meera didudukkan di birai katil.
"Kenapa ni? Sayang nak share apa-apa dengan abang?"
"Meera minta maaf. Meera tak tahu kenapa Meera jadi macam ni. Meera... Meera dah susahkan abang, mummy dan daddy..."
"Sayang, kenapa cakap macam ni? Sayang tak susahkan sesiapa pun. Apa yang abang bimbangkan sekarang ni, keadaan sayang." Meera menoleh ke arah Jayden.
"Meera tak apa-apa..." Ujar Meera sambil meleretkan senyuman.
"Betul ni sayang tak apa-apa?"
"Betul. Meera ok je..."
"Sayang takde apa-apa nak bagitahu abang ke?"
"Takde..."
"Ini apa, Ameera Aisyah?" Terkedu Meera. Pregnancy test dicampakkan ke arahnya.
"Sayang nak explain apa-apa kat abang?" Tiada jawapan.
"Kenapa? Kenapa sorokkan dari abang?" Meera buntu. Tak tahu nak jawab apa.
"Ameera Aisyah... Abang tanya ni..."
"Meera..."
"Kenapa sorokkan dari abang?"
"So...sorok? Meera sorok apa?"
"Kalau tak sorok, ini apa? Apa ni Ameera Aisyah?" Meera terdiam seribu bahasa.
"Ameera Aisyah... Kenapa tak cakap dengan abang yang sayang mengandung?"
Bam! Meera rasakan satu tamparan melekat di pipinya. Bagaikan batu menghimpap dadanya. Air liur ditelan kesat. Ah, sudah. Rahsia sudah terbongkar.
"Ini ubat apa? Ini apa?" Meera tak berani mengangkat wajahnya bila ubat yang dibekalkan klinik kesihatan dan pregnancy test dicampakkan ke katil.
"Kenapa sayang sorokkan hakikat yang sayang sedang mengandungkan anak abang?" Air mata merembes laju.
"Meera..."
"Meera apa?" Terkedu Meera bila Jayden meninggikan sedikit suaranya. Jayden meraup wajahnya sendiri. Jayden beristighfar. Sedar kesilapan diri.
"Meera... Meera minta maaf. Meera tak nak susahkan abang lagi. Abang dah banyak susah sebab Meera..."
"Sayang... Sayang mengandungkan anak abang. Bukan anak orang lain. Kenapa sayang rahsiakan dari abang? Abang tak berhak ke nak tahu?"
"Meera..." Meera menelan air liurnya buat kesekian kali.
"Meera tak nak susahkan abang..."
"Balik-balik cakap macam tu... Sayang tak susahkan abang. Sayang tahu tak, macamana kecewanya abang bila sayang rahsiakan kandungan sayang dari pengetahuan abang? Abang ni siapa pada sayang?" Makin laju air mata Meera.
"Meera minta maaf. Meera tahu Meera salah. Meera takut abang belum bersedia nak timang cahayamata."
"Apa yang sayang merepek ni? Sejak bila abang cakap yang abang tak bersedia nak anak? Sayang tahukan, abang sukakan baby dan selama ini, abang mengharapkan dalam ni..." Perut Meera diusap.
"Dalam ni, terkandungnya cinta hati abang. Anak abang dan sayang. Tanda cinta kita. Kenapa sayang susah sangat nak faham?" Terhinjut sikit tubuh Meera bila suara Jayden naik seoktaf.
Tok! Tok! Tok!
"Jay! Meera! Buka pintu ni! Apa yang bising-bising ni?" Mummy dan daddy berada di luar bilik. Meera berlalu masuk ke dalam kamar mandi dengan air mata yang berjujuran. Jayden melepaskan keluhan, lantas pintu dikuak.
"Mummy, daddy... Kenapa ni?"
"Kenapa tanya mummy daddy? Kenapa dengan kamu berdua? Apa yang bising-bising ni?"
"Takde apa-apa mummy... "
"Mana boleh tak apa-apa... Mummy dengar bunyi bising tadi. Kamu bergaduh ke?"
"Tak, mummy..."
"Meera mana, Jay?"
"Dalam toilet, daddy..."
"Betul ni, takde apa-apa?"
"In shaa Allah, mummy. Kami oklah. Saja bergurau senda."
"Yelah tu... Jangan buat hal. Mummy pasang telinga tau."
"Ya, mummy..." Jayden melepaskan nafas lega sebaik sahaja mummy dan daddy berlalu. Pintu bilik ditutup rapat. Jay cuba memusingkan tombol kamar mandi. Ternyata Meera menguncinya dari dalam.
Jay cuba bermuhasabah diri. Cuba berfikiran positif. Tentu si isteri ada sebab sendiri kenapa dia menyembunyikan kandungannya dari pengetahuan semua. Jay tak senang duduk, bila Meera masih tak keluar dari kamar mandi walaupun sudah hampir setengah jam Meera berada di dalam kamar mandi.
"Sayang... Sayang... Buka pintu ni, sayang. Ameera Aisyah... Buka pintu, sayang... Sayang..." Berkali-kali pintu kamar mandi diketuk, namun tiada jawapan.
"Ameera Aisyah... Sayang... Buka pintu ni... Sayang..." Masih tiada jawapan dari Meera.
"Ya Allah... Sayang, abang minta maaf... Tolong buka pintu ni, sayang. Ameera Aisyah... Buka pintu ni, sayang..." Jayden cuba melekapkan telinganya ke pintu, namun tiada kedengaran apa-apa. Hati rasa tidak tenteram. Bimbang keadaan Meera yang sedang mengandung.
"Sayang, buka pintu ni... Abang minta maaf." Jayden semakin gelisah bila tidak kedengaran apa-apa bunyi dari dalam kamar mandi. Jayden mengambil keputusan untuk merempuh masuk ke dalam kamar mandi sebelum perkara yang tidak diingini berlaku.
Gedegang!
Kali ketiga rempuhan, baru Jayden berjaya membuka pintu kamar mandi.
"Sayang... Sayang!" Kelibat Meera langsung tidak kelihatan.
"Ya Allah... Meera... Sayang..."
"Sayang... Sayang. Bangun sayang... Bangun!" Pipi Meera ditepuk perlahan tatkala Jay mendapatkan Meera yang tidak sedarkan diri di dalam tab mandi.
"Ameera Aisyah... Bangun, sayang. Bangun. Jangan takutkan abang, sayang... Abang minta maaf. Bangun sayang..." Pipi Meera ditepuk lagi.
"Jay... Kenapa ni? Apa yang berlaku?" Soal mummy bertubi-tubi. Jay hanya mampu menggelengkan kepalanya. Entah bila mummy dan daddy menjengah masuk, tidak Jayden tahu.
"Jay, angkat Meera. Letak atas katil."
"Baik, daddy." Dengan berhati-hati, tubuh isterinya dicempung lalu diletakkan di atas katil kelamin mereka.
"Meera... Bangun, sayang. Sayang, bangunlah. Jangan takutkan abang. Abang minta maaf. Tolong abang sayang... Jangan buat abang takut." Daddy mengusap bahu Jayden.
"Meera, bangun sayang... Kenapa anak mummy ni? Ameera Aisyah..." Wajah Meera dielus dengan diusap dengan air.
"Jay... Apa yang berlaku ni, Jay? Kenapa Meera macam ni? Meera tak pernah pengsan-pengsan macam ni, Jay... Jawab, Jay... Apa yang berlaku sebenarnya...?"
"Meera... Meera mengandung..."
"Apa? Mengandung?" Jay mengangguk perlahan.
"Alhamdulillah... Kita nak dapat cucu, bang. Kita nak dapat cucu... Allahuakhbar... Syukur Alhamdulillah... termakbul juga doa mummy, Jay..."
"Mummy suka?"
"Hei... Mestilah mummy suka. Mummy nak dapat cucu... Tentulah mummy suka sangat. Tak sabar rasanya nak dapat pegang cucu sendiri..." Keterujaan mummy terserlah. Dapat Jay lihat betapa mummy benar-benar gembira mendapat tahu perkhabaran yang dia bakal menjadi nenek sikit masa lagi.
"Tapi, daddy rasa, ada sesuatu yang Jay sorokkan dari kamikan?" Jay kelu lidah. Air liur ditelan kesat.
"Maafkan Jay, daddy, mummy... Sebenarnya, ada sedikit salah faham antara Jay dengan Meera."
"Salah faham? Jadi, tadi yang terjerit tu, salah fahamlah tu?"
"Maaf, mummy. Jay tak sengaja tinggikan suara pada Meera. Sumpah! Jay tak sengaja. Cuma, sedikit terkilan."
"Apa masalahnya ni? Salah faham apa?"
"Meera sorokkan kandungan dari pengetahuan kita semua. Jay ni, suami Meera. Takkan dengan Jay pun, Meera nak sorokkan? Jay kecil hati, mummy." Jay meraup wajahnya sendiri. Rambut depan yang terjuntai, ditolak ke belakang. Terserlah kekacakan Jay dengan mata sepetnya.
"Tentu ada sebab Meera buat macam tu..."
"Meera suka bagi alasan yang dia dah terlalu banyak susahkan kita sekeluarga. Dia tak nak susahkan kita lagi."
"Astagfirullahalazim... Habis tu, takkan dia nak diamkan saja. Nak tunggu perut besar, baru nak bagitahu?"
"Entahlah mummy. Jay tak tahu nak cakap apa lagi."
"Jadi, selama ini... Meera emosi tu, sebab mengandunglah..."
"Mungkin... Dia tak cakap apa-apapun dengan Jay. Bila Jay tanya, dia kata pening kepala je. Nanti, dah makan ubat, sapu minyak kat kepala, dah ok... Itu je jawapan dia."
"Sabarlah, Jay... Ibu mengandung ni, emosi dorang tak stabil... Tak menentu... Jay kena banyak bersabar."
"Memang Jay bersabar, daddy. Tapi, sampai sorokkan kandungan, itu yang Jay sedih. Rasa macam diri ni tak berguna pulak. Sedangkan Jay suami Meera."
"Jangan cakap macam tu, Jay. Tak baik." Tegur mummy.
"Jayden... Anggaplah ini pengalaman pertama dan pengajaran buat Jay dan Meera... Takmulah marah-marah macam ni. Tak bagus. Dalam keadaan macam ni, Jay kena banyak bersabar, banyak mengalah. Jangan terbawa-bawa emosi dan perasaan marah tu. Istighfar... Ingat Tuhan."
"Thanks, daddy. Jay ingat pesan daddy."
"Sabar eh... Mummy tahu, Jay sedih sangat. Tapi, Meera tentu ada sebab lain kenapa dia cuma nak sorokkan hal mengandung ni dari Jay." Bahu Jay diusap.
"Ya, Jay. Barangkali, mungkin dia nak bagitahu Jay selepas habis peperiksaan akhir nanti. Mana tau... Meera nak surprisekan kita semua."
"Allah..." Jay meraup wajahnya sekali lagi bersama helaan nafas yang dilepaskan kasar.
"Tak baik mengeluh, Jay."
"Tak. Jay tak mengeluh." Ada sedikit rasa lapang di dada selepas dipujuk daddy dan mummy.
"Dahlah tu. Daddy nak call Doktor Fahmi. Suruh dia datang dengan wife dia ke mari. Biar Doktor Tini yang periksa Meera, ya?" Jay hanya mengangguk. Dalam kepalanya hanya memikirkan kesalamatan si siteri dan anak dalam kandungan Meera.
"Macamana doktor? Menantu saya tak apa-apakan?" Soal mummy usai Doktor Tini keadaan Meera yang terbaring lesu. Meera sudah sedar dari pengsan. Cuma, Meera tidak larat hendak bangun dari pembaringan. Lantas, mummy dan Doktor Tini membantu Meera duduk dan bersandar di kepala katil.
"Takde apa-apa, Puan Sri... Meera cuma, sedikit tertekan. Tekanan darah tak cantik sangat."
"Oh... Ada cara nak turunkan tekanan darah ni, doktor?"
"Banyakkan berehat. Jangan stress..."
"Terima kasih, doktor."
"Sama-sama, Puan Sri. Meera, nanti jangan lupa datang ke klinik buat pemeriksaan ya... Lepas tu, dah boleh buka buku pink untuk ibu-ibu mengandung."
"Baik, terima kasih, doktor..." Perlahan namun masih dapat didengari Doktor Tini dan mummy.
"Sama-sama. Meera kena ingat, emosi ibu-ibu mengandung ni, cepat tersentuh. Belajar kawal emosi tu. Kalau tak kawal, effect pada kandungan Meera nanti. Jangan biar perasaan tu tertekan. Takut tekanan darah tiba-tiba naik, bahaya. Meera fahamkan?"
"Faham, doktor."
"Baiklah. Saya pulang dulu. Nanti, ada apa-apa persoalan, Meera boleh hubungi saya, ya?" Meera mengangguk perlahan. Doktor Tini melangkah keluar dari bilik ditemani mummy.
"Mummy, boleh Jay masuk tengok Meera?"
"Pergilah... Jangan berkasar dengan Meera. Jay dengarkan apa doktor cakap tadi?"
"Jay faham, mummy."
Tok! Tok!
"Assalammualaikum..."
"Waalaikumussalam..." Perlahan dan penuh kelembutan suara Meera menjawab salam dari sang suami. Secara tiba-tiba, air mata mula bertakung di tubir mata bila Jay duduk bersebelahan dengannya.
"Hei... Kenapa ni?" Air mata Meera merembes keluar.
"Takmu nangis. Tak bagus untuk kandungan, sayang." Air mata Meera diusap dengan ibu jari Jay.
"Abang tak marah, sayang... Sayang jaga kesihatan. Jaga kandungan ni baik-baik, ok..." Meera mengangguk perlahan. Entah kenapa, lidahnya kelu untuk berkata-kata.
"Abang..."
"Ya, sayang..."
"Maafkan, Meera." Tangan Jayden terus dikucup dengan juraian air mata. Jayden sendiri menjadi sebak melihat si isteri yang beria-ia meminta maaf. Jayden mendongakkan kepalanya bagi mengelakkan air matanya turut mengalir. Jay tak mahu kelihatan lemah di hadapan isteri.
New chapter dah update. Macamana setakat ni? Kalau ada penambahan untuk pembaikkan, dm sis ok. Enjoy guys.
Share this novel