"Assalammualaikum... Sayang... Abang dah balik." Pintu ditutup. Jelas kelihatan kenderaan yang Meera pandu ada di depan rumah.
"Sayang? Mana pulak bini aku ni? Tidur ke?" Makanan yang dibeli diletakkan di bawah tudung saji.
"Ameera Aisyah..." Pintu bilik dikuak.
"Lar... Tidur rupanya..." Jayden merapati si isteri lalu duduk di birai katil. Wajah Meera dielus.
"Air mata... Sayang menangis ke? Sayang...?" Jayden cuba mengejutkan Meera. Ternyata si isteri benar-benar terlelap. Air mata yang masih bersisa dipipi Meera, diusap. Jayden yakin, Meera menangis dan tertidur. Mungkin disebabkan kejadian di universiti tadi membuatkan Meera terluka.
"Abang minta maaf. Abang dah terangkan keadaan sebenar pada Hanisah. Cuma, dia yang tak faham bahasa... Abang dah letih. Abang tak tahu nak buat apa pada Hanisah lagi. Jangan marah abang, sayang. Abang dah report hal Hanisah pada Prof Hani dan terpulanglah apa jua keputusan Prof Hani nak buat. Yang penting, abang hanya sayangkan Ameera Aisyah." Dahi Meera dikucup.
"Jangan benci abang, sayang." Ujar Jayden sebelum turut sama baring disebelah isterinya sambil merangkul pinggang Meera.
Meera tidak lelap, rupanya. Sekadar merajuk akibat kejadian siang tadi. Sakit hatinya melihat Hanisah merangkul lengan Jayden dalam paksa. Mata Meera terkebil-kebil. Dia tidak tidur sebenarnya. Tapi, lebih kepada mogok. Dia tahu, Jayden tak bersalah. Cuma, Meera benar-benar sakit hati.
Melihat aksi Hanisah yang bagaikan tidak tahu malu, menggedik dengan suaminya, cukup menyakitkan hatinya sebagai seorang isteri. Memandangkan Jayden suami yang sudah dia kenali sejak dari zaman kanak-kanak lagi, Meera kenal benar sikap Jayden.
Cuma, Meera akui... Dia hanya manusia biasa yang lemah. Marah dan cemburu sudah sebati dalam diri seorang wanita sepertinya. Mana mungkin dia dapat menahan diri dari perasaan cemburu bila sang suami disentuh oleh wanita lain.
"Abang tahu, sayang tak tidur lagi." Meera tergamam bila rangkulan Jayden semakin erat di pinggang Meera.
"Abang minta maaf. Sumpah, yang. Abang tak layan langsung perempuan tu. Dia je yang terhegeh-hegeh nak pegang abang. Tapi, nasib baik abang pakai long sleeve. Abang tak tipu, sayang." Esakan halus mula kedengaran.
"Sayang..." Tubuh Meera ditarik lalu dipusingkan ke arah Jayden.
"Ameera Aisyah... Jangan nangis, sayang. Abang tak buat semua tu. Abang tak buat. Abang dah cakap dengan sayang, kan... Demi Allah, yang..." Air mata Meera diusap.
"Meera tak salahkan abang. Meera tak marahkan abang. Meera marahkan diri Meera sendiri."
"Kenapa?"
"Meera marah bila hak Meera diusik. Meera tak suka bila hak Meera disentuh orang lain. Abang hak Meera. Hanya Meera je yang boleh sentuh abang... Meera cemburu bila hak Meera disentuh." Rintih Meera dengan esakan halusnya. Jayden kulum senyum sebelum dahi Meera dikucup.
"Abang tahu, sayang abang ni cemburu. Tapi, jangan cemburu sangat, sayang... Tak bagus untuk sayang ngan baby..." Perut kempis Meera diusap.
"Nanti baby keluar, baby ikut mummy dia yang kuat cemburu ni..." Pucuk hidung dicuit.
"Meera minta maaf. Meera tak sepatutnya ada perasaan syak wasangka kat abang. Meera tak dapat nak tahan api cemburu dan perasaan marah Meera." Rintih Meera.
"Abang faham... Tapi, sejujurnya sayang lebih kenal abang macamana, kan?" Meera angguk perlahan.
"Abang takkan simpan apa-apa perasaan pada perempuan lain. Kalau tidak, dah lama abang kahwin dengan orang lain. Bukan dengan sayangkan?" Usik Jayden.
"Abang nak kahwin dengan orang lain? Abang tak sayangkan Meera?"
"Ya Allah, sayang abang... Abang cakap lain, sayang. Bukan cakap pasal kahwin dengan orang lain. Dahlah.. Nanti lagi banyak sayang mengarut... Nak makan tak?" Meera tak memberi sebarang tindak balas.
"Abang belikan sayang nasi kerabu..."
"Nasi kerabu? Nak makan, nak makan..."
"Ingat tak nak... Kalau tak nak, abang nak habiskan nasi kerabu tu..."
"Abang, janganlah... Abang tak kesiankan Meera ke? Meera dari semalam nak sangat makan nasi kerabu... Terliur Meera tengok nasi kerabu dalam fb."
"Ya, abang tahu. Sebab tu, abang cari dan belikan sayang nasi kerabu ni... Nasib baik, Zain tahu mana nak cari..."
"Jom kita makan, bang... Baby dah tak sabar nak makan nasi kerabu ni..." Ajak Meera sambil mengusap perutnya sendiri.
"Ni... Baby yang nak makan ke, mummy yang nak makan sangat ni?"
"Dua-dua..." Usik Meera sambil melangkah keluar dari bilik kelamin mereka.
"Sayang..."
"Opss... Sorry, abang..."
"Lupa suami sendiri eh, nak makan nasi kerabu punya pasal..."
"Hihihi... Jangan marah, bang. Nanti cepat tua."
"Yelah tu... Dah, jom. Kesian baby dah lapar, ya..."
"Baby dan mummy sama-sama lapar." Jayden kulum senyum.
****************************
"Ingat, Nisah! Kau buat hal lagi, I akan pastikan kau tersingkir dari universiti ni. I takkan cover kau lagi. I dah penat, bosan nak menahan malu nak pujuk dekan. Ingat! I takkan bagi muka lagi kat you!"
"Blahlah, Hani... Ingat I heran sangat dengan bantuan you tu... I tak sangaplah... I mampu nak berdikari sendiri..."
"Hoi perempuan! You lupa ke? Selama ini, mummy daddy I yang besarkan you? You lupa ke yang you tu anak angkat, anak pungut je dalam keluarga I? Kalau tidak disebabkan mummy daddy I yang pungut you, dah tentu you tak sesenang ini, tau?"
"Do I care?"
"Huh! Dasar anak pungut!"
"Siapa suruh bijak pandai pungut I? Ada I suruh ke?" Tergeleng-geleng kepala Hani dengan keangkuhan Hanisah.
"You memang sejenis perempuan tak tahu malu. Takde perasaan punya orang. Memang takde orang suruh pun, tapi mummy daddy I kesiankan keluarga you... Sampai dorang nak jual you sebab nak selesaikan hutang, you tau tak?" Terkedu Hanisah mendengar kata-kata Hani.
"You..."
"You apa? You tak percaya? You boleh tanya mummy daddy kalau I tipu you..." Hanisah rasa tercabar.
"Fine! I akan tanya mummy daddy... Kalau you tipu, Hani... I akan buat sesuatu agar you tahu nak jaga mulut you. Biar takde orang lelaki nakkan you. Biar dorang tahu, Professor Hani ni macamana orangnya. Dasar andalusia!" Marah Hanisah sambil membuka pintu bilik Hani.
"Biarpun I andalusia ke, apa ke... I tak macam you. Perempuan gedik. Tak sudah-sudah nak rampas hak orang lain. Macam takde maruah diri... Habis semua laki orang you nak. You dah bosan, you tinggalkan... Semuanya pasal duitkan?"
"Hei, perempuan tua! You tak payah busybody hal I... You jaga tepi kain you sendiri."
"Hah! Kenapa? I salah cakap ke? Perempuan jalang! Hidup you takkan selamat, Nisah! Hidup you takkan bahagia selagi you mengganggu hidup orang lain. Ingat kata-kata I, Nisah... You lupa kedudukan you, you lupa Tuhan tu wujud. Hari ni you buat orang, esok lusa orang buat you, Nisah. Ingat tu!"
"Ah! tak peduli, Hani... Selagi I tak dapat apa yang I impkan, I takkan mengalah, Nisah..."
"Ya Allah, Nisah. Tolonglah... Tolonglah jangan fikirkan diri you sendiri, Hani. Jayden tu suami orang. Suami orang!"
"I tak peduli, Hani. I tak peduli. You selalu cakap, Jayden tu suami orang. Siapa isteri dia? Cakap dengan I, siapa isteri dia?"
"You nak buat apa, kalau you tahu siapa isteri Jayden?"
"I nak ajar perempuan yang berani rampas Jayden dari I..."
"I rasa you ni dah gila, Nisah. You memang dah gila. Hak orang lain juga yang you mahukan. Takde jantan lain ke dalam dunia ni yang boleh you pilih jadi pasangan you?"
"I peduli apa! You jaga diri you sendiri, Hani... Tak perlu campur tangan dalam hal I..."
"Nisah!"
"Apa lagi, Hani?"
"Ambil ni..."
"Apa?"
"Ni... Kertas ni ada tertera alamat kediaman keluarga kandung you."
"What?"
"I cakap, ini alamat keluarga kandung you. Ambillah! Dorang masih hidup, Nisah. Kalau you betul-betul berani sangat, pergilah hadap ibu ayah kandung you tu..." Hanisah tergamam mendengar kata-kata yang meluncur keluar dari mulut Hani.
"By the way, jangan salahkan dorang sebab dah serahkan you pada mummy daddy I... Dorang ada sebab tersendiri kenapa dorang buat macam tu..." Sekali lagi Hanisah tergamam mendengar jawapan panjang lebar dari Prof Hani.
"Ambil ni... I sibuklah... Cepatlah!" Lambat pergerakkan Hanisah mengambil kertas kecil dari tangan Hani.
"I rasa, ada lebih baik you pergi cari parents you. Dorang masih hidup, Nisah. Jangan jadi anak derhaka. Tak selamat hidup you dunia akhirat. Dah, keluar! I banyak kerja nak buat!" Halau Hani sambil menyambung kerja-kerjanya yang masih tertangguh disebabkan Hanisah.
Hanisah mati kata. Alamat rumah yang menunjukkan ianya berada agak jauh dari lokasi dia berada, direnung dalam.
"20, Jalan Murni I..." Perlahan namun masih dapat didengari.
"Keluarga kandung? Aku anak pungut, anak angkat? Mak ayah jual aku?"
"Tak... Tak mungkin. Aku bukan anak pungut. Aku bukan anak angkat. Aku anak mummy daddy..." Omel Hanisah sendirian.
"Aku anak mummy daddy... Aku bukan anak angkat... Bukan..."
Tinggal lagi dua minggu sebelum peperiksaan akhir tahun, Hanisah mengambil keputusan drastik untuk mencari keluarga kandungnya walaupun sudah dihalang oleh Professor Hani.
"Hanisah!"
"Apalagi Hani? I takde masa nak dengar leteran, bebelan youlah..."
"You nak ke mana, Nisah? You jangan cari pasal tau... You tinggal dua minggu je lagi nak periksa hujung tahun..." Tehur Hani bila melihat Hanisah menarik beg troli sederhana besar masuk ke dalam kereta Honda Jazznya.
"Apa masalah you lagi, Nisah? I peduli apa dengan peperiksaan tu?"
"Nisah, you jangan buat gila boleh tak? Takkan nak ulang lagi, Nisah? Berapa lama nak you nak habiskan study you?"
"Hello, Professor Hani... You memang suka sibuk jaga tepi kain I, eh?"
"You ni, Nisah... Tak pernah serik ke? Berapa kali you nak susahkan mummy daddy? Berapa banyak duit mummy daddy nak habis sebab you?"
"Hei! Yang you busybody sangat ni, kenapa?"
"You ni, kalau I cakap you bodoh sombong, you marah... Sekarang ni, you dah banyak menyusahkan mummy daddy I, tau... Mummy daddy I..." Sengaja Hani menekankan perkataan mummy daddy I.
"You boleh tak jangan suka buatkan I sakit hati, Hani?"
"Kenapa? Terasa? I cakap benda betulkan?"
"Hani, you ni memang suka buat I marahkan?"
"Sorry, kalau you terasa..."
"Huh! I tak peduli, Hani... I akan pergi juga untuk cari keluarga kandung I... You tentu sukakan kalau keluar dari rumah tu?"
"I tak cakap, okay... You nak bebel yang bukan-bukan."
"Tapi, you tentu sukakan?"
"Hanisah... Kita dah membesar bersama-sama lebih dari dua puluh tahun, tau? Boleh tak sehari you jangan fikir bukan-bukan? I sayangkan you macam adik kandung I sendiri, Nisah. I tak pernah ketepikan you selama ini... You yang suka buat andaian you sendiri."
"Huh! Tak payah nak berdrama dengan I, lah Hani... I tahu, selama ini you bukan sukakan I sangat..."
"Nisah... You memang jenis tak sayang mulutkan? I dah cakap, jangan buat andaian sendiri. Kenapa susah sangat you nak faham?" Hanisah mengherotkan bibirnya.
"Kalau I tak sayangkan you, Nisah... Dah lama I biarkan you kena buang dari universiti, tau... Kalau I bencikan you, I takkan tolong you, Nisah. Bukan sekali I bagi pertolongan kat you, Nisah. Dah berpuluh kali. Itu bukan tanda I sayangkan you ke?"
"Yelah tu... Entah-entah, you lagi nak suruh I dibuangkan?"
"Astaghfirullahalazim Hanisah... Kenapa degil sangat you ni, Nisah? Kenapa susah sangat you nak faham cakap I, Hanisah? Boleh tak buang sikap bongkak you, tu? Boleh tak, kali ni, you buang perangai bodoh sombong you tu?" Hanisah menjeling.
"Jangan sampai, you menyesal seumur hidup nanti, Nisah... I dah lama bersabar dengan you... I dah puas bertahan dengan you. Itupun sebab mummy daddy. Ikutkan hati I tak ingin ada kaitan dengan you langsung.."
"So, puas hatilah dapat tahu I bukan adik kandung you?" Professor Hani melepaskan keluhannya. Dahinya ditepuk sendiri.
"Allahuakhbar... Hanisah... Kenapalah perangai you ni tak pernah berubah, Nisah? You tak boleh fikir secara rasional ke, Nisah? Umur you dah dua puluh lima tahun, tau... Dah suku abad, Nisah... Tolonglah berubah, Nisah..."
"l punya sukalah nak berubah ke apa? Kenapa you sibuk sangat ni?"
"Nisah... I, kakak you, Nisah... Selama ini, kita berdua elok je... Tapi, disebabkan sikap you sendiri, hubungan kita jadi renggang, Nisah..."
"Renggang? Kita berdua?" Hanisah menunjukkan dua jari ke arah Hani.
"You cakap kita berdua okay je? Sejak bila, Hani? Sejak bila, kita berdua okay? You lupa ke, selama ini, sejak kecil lagi, you yang paling kurang bertegur sapa dengan I... I rasa you dah lupa semua tu..."
"I tak lupa, Nisah. I tak lupa. I tak suka dengan cara you, Nisah. Sejak kecil, you selalu susahkan mummy daddy. You selalu memberontak... I jadi menyampah dengan perangai you yang menjengkelkan tu..." Hanisah mencerlung tajam ke arah Hani.
"Hampir setiap hari, mummy terpaksa buat pemeriksaan darah, sebab darah tinggi mummy selalu naik disebabkan you, Nisah. You lupa macamana mummy daddy terpaksa dipanggil ke sekolah disebabkan perangai nakal you?" Hanisah terkedu. Tak sangka sampai ke situ, Hani boleh ungkit dan sekaligus mengingatkan Hanisah akan peristiwa lama.
Alhamdulillah... Siap juga chapter baru ni. Jemput baca guys...
Share this novel