GOD OF WAR

Romance Series 4257

"A King Only Bows Down To His Queen"

Slenada Kingdom,
301 before christ (b.c)

Selepas Kota Macedonia dibawah pimpinan Raja Alexander The Great, Kota Slenada juga kota yang digeruni oleh wilayah-wilayah yang lain. Kota Slenada merupakan kota yang maju dan penduduknya kaya-raya dengan hasil pertanian dan industri pembuatan logam.

Kota Slenada bukan sahaja berjaya menjulang nama di dalam ekonomi serantau tapi kekuatan tenteranya akan menyebabkan para pemimpin wilayah-wilayah kecil akan menggeletar ketakutan. Tembok peperangan Kota Slenada lebih teguh dari batu karang serta tidak akan pernah retak meskipun ditelan berjuta tahun.

Kota Slenada, kota makmur yang dibawah pimpinan Raja Xavian Zicarus IV. Lahir daripada setitiknya darah Zicarus dan Magora, seorang wanita parsi yang cantik jelita. Meskipun nama Kota Slenada tampak megah di persada kota-kota lain, tapi tetap ada kebusukan pada nama Kota Slenada.

Kota Slenada yang kejam

Kota Slenada menginjak maruah wanita. Kanak-kanak seawal umur sebelas tahun akan dihantar untuk berkerja serta dipaksa untuk menjadi buruh kasar. Di dalam pegangan Raja Xavian, Kota Slenada bukan kota yang mementingkan kesejahteraan penduduknya. Raja Xavian bukan raja untuk dihormati tapi untuk ditakuti.

Pagi itu, tatkala rakyat Kota Slenada masih sibuk menjalani rutin harian, pada sipi-sipi mereka tiba-tiba menjengah bunyi teriakan dan laungan ketua tentera iaitu Jeneral Logolas.

Bunyi rengekan kuda berkumandang

"Kehadapan rakyat-rakyat Kota Slenada, Ratu Zasvia sudah melahirkan seorang putera yang comel!"Maka, tersebarlah berita tersebut hingga ke pelosok Kota Slenada.

Rakyat Kota Slenada teruja. Ada yang sempat mengalirkan air mata dan mengucap syukur kepada Tuhan yang maha berkuasa. Ada yang menyembah kaki kuda Jeneral Logolas.

"Slenadian akan dijemput untuk hadir ke Agora, iaitu dewan majlis Kota Slenadian hari ini. Rakyat akan diberikan cuti selama 18 belas hari 18 malam mulai hari ini. Makanan dan minuman percuma juga akan diagihkan selama 18 hari ke setiap keluarga .Terima kasih!"

Jeneral Logolas dan anak-anak buahnya pun berundur dari pasar tani yang sibuk ini setelah menyebarkan berita tersebut kepada pengunjung dan penjual di pekan kecil itu. Mereka berarak ke daerah lain untuk memastikan berita gembira yang hendak disampaikan oleh mereka tidak terlepas dari seorang rakyat Kota Slenada.

"Hail to the King Xavian! Hail to the King Xavian! Hail to the King Xavian!"

Penduduk Slenada bersorak-sorai dengan penuh bahagia kerana akhirnya Ratu Zasvia melahirkan putera sulung mereka setelah lima belas tahun menjadi isteri kepada Raja Xavian Zicarus IV.

***

Hujan panas akhirnya berhenti. Pelangi memunculkan diri di utara. Penduduk Kota Slenada masih setia menunggu akan kehadiran bayi kecil yang seberat lima kilogram tersebut.

Ada yang mengipas-ngipas badan kerana panas di dalam situasi mereka berhimpit-himpitan setelah setengah jam beribu-ribu penduduk Slenadia berjuang di dalam kesesakan, Raja Xavian dan Ratu Zasvia akhirnya menjelma keluar di pintu gerbang istana.

"Rakyat Slenada yang disayangi, Raja Xavian dan permaisuri Zasvia sudah berada di singgahsana bersama dengan putera raja Kota Slenada!"Laungan Thorus, seorang mahkluk berkepala manusia dan separuh badannya seperti kuda menggemakan seluruh Agora.

"Slenada! Slenada! Slenada! Hidup Slenada!"Penduduk-penduduk Slenada yang mengunjungi Agora mengangkat tangan mereka tanda gembira dan bersemangat dengan kehadiran cahaya mata Raja Xavian dan Ratu Zasvia di Agora sekarang ini.

"Dengan segala hormatnya, saya menjemput Orak Aragorn ,iaitu penilik nasib terhandal di Slenada untuk menilik nasib putera raja Slenada!"

Slenada! Slenada! Slenada!

Suasana jenuh dan sepi setelah munculnya Orak Aragorn di atas singgahsana sambil diiringi oleh dua orang pengawal peribadinya. Seorang tabib istana manakala seorang lagi ialah budak kecil berumur lingkungan lapan tahun iaitu anak didiknya.

Ketiga-tiga mereka datang mendekat ke arah Ratu Zasvia yang sedang mendukung bayi kecil tersebut. Setelah bayi itu bertukar tangan dengan Orak Aragorn , si bayi terus tersenyum. Lesung pipitnya terpapar. Hidungnya mancung dan matanya berkilau-kilauan berwarna coklat hazel.

Orak Aragorn mengukir senyum

Orak Aragorn menyelak kain bedung warna putih yang sedang membaluti tubuh badan si bayi. Walaupun terkejut, Orak Aragorn cuba beriak biasa.

Bayi itu mempunyai kepak kecil

"Ya Tuhan, bayi ini akan membawa perubahan besar untuk Kota Slenada dan Kota Yinem,musuh ketat Slenada. Bukan itu sahaja, empayar Slenada akan meluas ke empat puluh wilayah selama 5000 tahun."Orak Aragorn berdiskusi sendirian.

Slenada ! Slenada!

Orak Aragorn sesak nafas.

Puteri Kota Yinem akan melahirkan zuriat Putera Kota Slenada

Ya, masih bergema lagi suara penduduk Slenada di luar sana. Manakala hati Orak Aragorn tidak senang dengan tilikan dia tadi. Kalau Raja Xavian tahu, bayi yang tidak berdosa ini akan direjam secara kejam kerana Slenada dan Yinem tidak boleh bersatu walau apa-apa jua pun yang akan berlaku.

Keturunan Zicarus tidak boleh berkahwin dengan keturunan Yinem kerana akan terkena sumpahan cacat tujuh keturunan ,mudah terkena wabak penyakit kulit dan cenderung akan menjadi manusia yang malas tahap gaban.

"Tuanku, boleh beta tahu siapakah nama bayi yang comel ini?"Tanya Orak Aragorn kepada Ratu Zasvia.

"Bayi ini sangat istimewa. Dia juga mempunyai kepak kecil seperti Zicarus. Sudah lama keturunan moyang Zicarus tak ada kepak macam macam ni"Ujar Orak Aragorn.

Ratu Zasvia senyum tayang gigi. "Beta namakan dia Icarus. Icarus yang gagah perkasa, walaupun berhati batu tapi ada terselit kebaikan dan keadilan serta cekal di dalam kepimpinan."Ratu Zasvia mencium kening bayi lelaki yang masih merah itu.

"In the name of God!"Orak Aragorn menjerit dengan penuh kesyukuran. Kedua-dua tangan ditadah ke langit. Berbahagialah Kota Slenada selepas ini!

Orak Aragorn mengangkat bayi kecil itu dengan tinggi di hadapan para hadirin yang hadir. Suasana diam tidak berkutik. Tiada seorang pun mengeluarkan suara sekarang ini. Masing-masing mengangakan mulut untuk mendengar jawapan dari Orak Aragorn.

"Ha-"

"Hail to the Prince Xavier Icarus! Rakyat Slenada, keistimewaan Putera Xavier ialah mampu memecahkan tembok tujuh lapisan, mampu mendengar pada jarak 3000 kilometer dan kepantasan Putera Xavier ialah 0.001 saat. Selain itu, Putera Xavier juga boleh hidup selama 400ribu tahun! Putera Xavier Icarus, Putera Mahkota Kebanggaan dan Kemakmuran Empayar Slenada akan membawa lebih banyak lagi kesejahteraan kepada Slenada! Amen!"

Kisah Putera Xavier akan bermula...

Dan tertulislah didalam hikayat yang tidak pernah diceritakan mulut ke mulut. Muka demi muka surat ditiup silir hingga ke mukasurat yang terakhir....

Putera Xavier, akan naik takhta pada umur 25 tahun .Sikap dan tatasusilanya seperti ayahandanya, Raja Xavian. Pantang dicabar seperti moyangnya, Zicarus.

Cuma satu.

Cinta sahaja yang menyembuhkan...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience