BAB 9 : FROM MEMPHIS TO HELIOPOLIS

Romance Series 4257

"A king only bows down to his queen"

"Kau orang baru ke? Kenapa aku tak pernah nampak pun kau sebelum ini?"Seorang gundik berwajah latin tiba-tiba datang menyapa setelah lama agak lama Puteri Ora menyendiri di dalam harem gundik.

Tiada kawan, tiada teman.

"Ya, aku baru sampai di Slenada pagi kelmarin. By the way, aku Ora."Puteri Ora menyembunyikan siapa sebenar dirinya dan dari mana asal usulnya.

"Aku Boleyna."Gumam gadis lain tersebut.

"Kau dah lama kerja dalam istana ni?"

"Dah dekat lima tahun. Kami memang dikhaskan untuk melayan dewa perang. Kau tahu siapa dewa perang?"

Puteri Ora tersengih. Siapalah yang tak kenal dengan Dewa perang itu. Ini ialah tanah kerajaannya.

"Aku belum tengok lagi muka dewa perang tu."Gumam Puteri Ora.

"Alahai, ruginya kau belum tengok! Matanya tajam, hidungnya mancung, tinggi seperti Raja Xavian. Tapi dia kerek tau. Banyak-banyak gundik dalam ni, satu pun dia tak layan."Boleyna berbisik-bisik ke dalam telinga Puteri Ora.

"Boleyna, aku nak tanya kau satu benda boleh tak?"

Boleyna kerut dahi. "Apa dia? Tanyalah."

"Kau tahu pintu keluar rahsia dalam istana ni?"Puteri Ora melilaukan kepalanya takut ada telinga lintah yang dapat mendengar perbualan antara dia dengan Boleyna.

Gadis latin itu mula membesarkan bebola matanya. Tubuh Puteri Ora segera ditolak ke tepi dinding. "Kau gila ke? Kau nak larikan diri dari harem ni?  There is no way! Gundik-gundik disini tak akan dibiarkan bawa haluan sendiri kalau belum bersuami."

"Boleyna, sini bukan tempat aku."

"Habis tempat kau dimana?"

"Yinem!"

Mendengar pengakuan Puteri Ora, Boleyna jadi beku. Terpempan. Tubuh Puteri semakin ditolak ke dalam. "Janji dengan aku. Kau kena rahsiakan siapa yang bagitahu kau jalan keluar dari kota ni."

Tidak lama kemudian, datang seorang perempuan lingkungan umur 30-an. Menghampiri mereka. "Korang buat apa dekat tiang ni? Sekarang ni dah pukul berapa korang asyik nak sembang kari dekat tiang ni hah?!"

Puteri Ora dan Boleyna terkejut beruk. Masing-masing menayangkan muka pucat.

"Ampunkan kami Cik Puan Anthea."Boleyna menundukkan kepalanya lalu melangkah pergi dari situ dengan tergesa-gesa.

"Ampun Cik Puan Anthea."Giliran Puteri Ora pula merendahkan kepalanya.

Lady Anthea memeluk tubuhnya. Sumbing senyumannya menatap penampilan Puteri Ora dari pangkal kepala hingga ke pangkal kaki. Tidak pernah dia melihat gundik muda secantik gadis itu."Aku tak suruh kau beredar lagi."

Puteri Ora menghentikan kakinya. "Yes, madam?"

"Aku nampak Putera Xavier bunuh orang disebabkan kau, perempuan Yinem. kau kena ingat asal-usul kau dari mana. Jangan malukan aku sebagai ketua pelayan. Gundik tetap gundik. Gundik tak akan jadi permaisuri raja. Jadi, buang segala niat gatal kau. Faham?!"

Lady Anthea menunjal kepala Puteri Ora setelah gadis itu mengangguk faham."Nah, pakai ni cepat! Aku tak nak tunggu lama. Terhegeh-hegeh!"Tengkingnya.

Sehelai baju seksi penari Egypt iaitu kalanisiris dilemparkan ke muka Puteri Ora yang sedang tertunduk.

***

Muzik berjudul From Memphis To Heliopolis sudahpun berkumandang, iaitu satu muzik dari Mesir yang hanya bermain dengan drums, Lyres, Sistrum, Later, Tamborines,  loceng dan Cymbals.

"Para penonton yang dihormati, selamat menyaksikan tarian Belly dan tarian Tathib yang diketuai oleh ketua pelayan wanita istana, iaitu Cik Puan Anthea!"

Raja Xavian dan keluarganya sudahpun menunggu di singgahsana. Penonton-penonton mulai bertepuk tangan dengan gamat sekali. Tidak sabar hendak menonton tarian dari gundik-gundik istana.

Tatkala muzik hendak bermula,  Putera Xavier tiba-tiba bingkas dengan muka garang. "Stop! Hari ni beta bosan tengok muka orang yang sama menari gelek depan beta. Beta nak orang lain."

Pelayan-pelayan wanita yang hendak memulakan tarian mereka tadi terus terpinga-pinga sesama sendiri. Begitu juga dengan penonton-penonton yang memenuhi ruang Agora.

"Ampun tuanku, beribu-ribu ampun. Gundik-gundik baru belum lagi diajar untuk menari di depan umum. Hanya kami ini sahaja pelapis yang tinggal."Ujar Lady Anthea.

Putera Xavier mengeluh kasar. Wajah Ratu Zasvia dikerling. Selepas itu, jatuh lagi pada wajah Lady Tamara yang tidak senang. Kelihatan sedang memandang seorang gundik baru di hujung sana dengan pandangan menyampah.

"Beta nak-"

Putera Xavier melangkah memijak karpet merah. "Beta nak kau yang buat depan beta."

Keras keputusannya

Putera Ora perlahan mengangkat kepalanya. Air liur diteguk. Berpasir rasanya. Mata helang si Putera jahat sangat lancip memandangnya saat mata mereka bersandingan.

"Ampun Tuanku. Patik tak reti menari. Masih banyak benda lagi yang patik perlu belajar dalam istana ni termasuk bagaimana untuk menari bogel di depan tuanku. Kalau tarian patik tak menjadi, tuanku panas pula nanti."Lafaz Puteri Ora seraya menyindir si putera bermata helang.

"Beta tak peduli."Putera Xavier menitipkan arahan. Jejaka itu lalu meninggalkan Puteri Ora. Duduk semula di atas singgahsana.

Puteri Ora melepaskan nafas. Mata-mata hadirin juga kian menumpu ke arah muka saja. Panas telinganya menapis setiap jelingan ceruncup itu.

Puteri Ora naik ke atas pentas. Berdepan dengan benar-benar dengan Putera Xavier. "Ampun tuanku. Terima kasih kerana memilih patik. Patik akan mencuba yang terbaik untuk menghiburkan tuanku"

Putera Xavier mengorak senyuman jahat

"Pastikan aku terhibur. Kalau aku tak terhibur, siap kau."

"Jika tuanku tidak terhibur, tuanku boleh hantar patik ke Lasgard. Tuanku boleh buang patik dari Slenada."Tutur Puteri Ora.

"Langkah mayat beta dulu jika kau nak beta hantar kau ke Lasgard. Kau dah jadi rakyat Slenada. Sekejap lagi akan jadi sebahagian dari keluarga Zicarus"Putera Xavier mengumam datar.

Ratu Zasvia dan Lady Tamara berpandangan sesama sendiri seusai mendengar kata-kata yang terletus dari mulut Putera Xavier.

"Tak apa kalau aku tak terhibur. Puteri Yinem,kalau aku tak terhibur dengan persembahan kau ni, malam nanti kau kena tidur dengan aku untuk memuaskan hati beta."

Putera Ora mengacip giginya. Akhirnya, dia memilih untuk mengalah. Hari ini hari Putera Xavier hendak membulinya dan sengaja mahu memalukannya di depan umum. Tapi tidak hari lain. Putera Xavier akan menyesal suatu hari nanti.

Muzik dari alatan muzik terus berbunyi. Putera Ora menggoyangkan pinggungnya mengikut rentak tambourin. Kakinya yang panjang serta mulus itu sengaja ditayangkan keluar dari gaun Badlet ra's yang terdedah.

The winds were lovesick with them,
The oars were silvers
Which to the tune of flutes kept stroke, and made
The water, which they beat
To follow faster

Puteri Ora mengangkat kedua-dua Isis Wings yang sedang dikenakannya. Zap! Lalu dilibaskan ia pada muka si putera jahat.

She did lie in her pavillion
O'erpeturing that venus, where we see
The fancy outwork nature, on each
Side her stood pretty dimpled man
Like smiling cupids..

Putera Xavier tersenyum tayang giginya yang rata. Damn, tekaannya benar-benar salah. Dari segi lenggokan serta gelekan Puteri Ora,  dia dapat merasakan perempuan itu juga seorang penghibur istana yang handal. 

Mata Putera Xavier tidak pernah tidak lekat pada lenggok tubuh serta kulit perut Puteri Ora yang melepak. Setiap rentak bunyi Cymbals lenggokan dan setiap langkah sentiasa kemas dan sensual. 

"Xavier, stop staring at her. Dinda tak suka. "Lady Tamara menegah suaminya. Maklumlah mata suaminya asyik melihat setiap sudut tarian perempuan di depan mereka itu. Berulat dan bernanah hati Lady Tamara sekarang ini. 

"Xavier!"Bisik Lady Tamara di sebelah. Lengan Putera Xavier disenggol.

"What?"

"Suruhlah dia berhenti menari. Bukan cantik pun tarian dia tu."Lady Tamara terus menarik bibir muncung itik. Rajukannya tidak pernah dihiraukan sekali oleh suaminya. 

"Dinda nak pergi mana?" Tanya Raja xavian sementelah Ratu Zaskia bangun dengan wajah mencuka.

"Daripada dinda jadi naga tak lama lagi, lebih baik dinda berambus dari sini. Dinda tak boleh tengok pelacur dari Yinem tu. Sengaja nak goda anak-anak dinda.Sakit mata dan sakit hati. Jom, Tamara!"Lengan Lady Tamara dipaut.

"Orang lain menari, kau pulak yang panas? Bodoh punya perempuan tua. Cuba duduk diam-diam. Kau tengok berapa ramai orang sini tengok gelagat kau yang dah macam kambing nak bertelur ni."Marah Raja Xavian.

"Kanda,  kalau kanda tak usir perempuan tu dari sini besok pagi biar dinda yang usir dia! Dinda tak suka!"

"Bonda, janganlah cakap macam tu. Dia dengan kanda kan nak kahwin tak lama lagi."Putera Xavill mencelah di celah ketegangan Raja Xavian dan Ratu Zasvia.

"Xavill, kau diam."

Tiba-tiba,  sink! Si penari di depan tidak semena-mena menarik sebilah pedang King Poiseidon dari sisipan Putera Xavier. Jeritan manusia tiba-tiba bergema. Semua orang jadi terpegun dan agak tercengang dengan persembahan tarian yang mengagumkan itu. 

"My Lord..."

Puteri Ora menjalarkan mata pedang yang tajam itu pada leher Putera Xavier.

"You're an idiot... "

Putera Xavier memejamkan matanya lantas menghela nafas. "Apa yang kau nak Puteri Yinem?"

"Freedom for Yinem." Puteri Ora meletakkan pedang tadi di atas di atas kepalanya. Zap! Sekali lagi pedang tersebut sampai semula pada kulit Putera Xavier.

"Never."Ujar Putera Xavier.

"Unless kau kahwin dengan aku..."

"Tuanku, tak ada sebesar zarah sekalipun rasa nak kahwin dengan tuanku. Tuanku jangan bermimpi di siang hari.."

"Then, tak akan kebebasan untuk orang Yinem. Orang Yinem selamanya akan menjadi hamba kami."Ucap Putera Xavier lalu menangkap mata pedang. Ting! Pedang tadi bertukar tangan lalu terpelanting ke tengah pentas.

Puteri Ora melopong.

"Ah, sudahlah! Cukup! Beta tak nak menonton drama murahan dekat sini!"Ratu Zasvia naik angin lalu meninggalkan singgahsana sebelum alunan muzik yang mewarnai suasana tadi hilang lesap di pendengaran. Dada yang tiba-tiba saja sakit di tekan-tekan.

Ratu Zasvia sesak nafas!

"Tuanku Zasvia!"Lady Tamara terus bangun dari singgahsana.

"Dinda!"

"Miang! Kau sengaja nak goda suami beta!"Herdik Lady Tamara di depan Puteri Ora yang sedang menunduk hormat. Bahu Puteri Ora ditolak sehingga gadis itu terdorong sedikit ke belakang.

"Beta akan pastikan kau akan dapat balasan daripada beta! Ya, kau boleh kahwin dengan suami beta tapi tak semudah tu rumahtangga kau dengan suami beta bahagia! Sedar diri kau sikit!"Gertak Lady Tamara.

"Never!"

Puteri Ora tersenyum nipis. Cuba hendak menghadam ayat-ayat yang tercetus dari mulut perempuan meroyan di depannya sekarang ini. Jadi, inikah isteri pertama Putera Xavier? Patutlah sama cap dan sama logo.

"Kenapa kau diam? Hah, kenapa kau diam?"Lengan Puteri Ora ditampar. Dada Puteri Ora ditolak.

"Sundal!"

"Tamara!"Suara besar garau seseorang berkumandang.

Putera Xavier!

Kemudian, terdengarlah suara-suara orang ramai kebingungan dan melontarkan seribu satu tanda tanya di kalangan sesama sendiri. Ada menyindir, ada juga yang menzahirkan rasa kasihan kepada Puteri Ora.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience