BAB 7 : GOLUM

Romance Series 4257

"A king only bows down to his queen"

Hampir satu jam Puteri Ora duduk terperuk di hujung pagar besi sambil berpeluk lutut. Hatinya masih menangis dengan pengkhianatan Yinem terhadapnya. Besok pagi dia mesti dihantar ke Slenada untuk dijadikan tebusan bagi pembebasan Yinem.

Pam! Pam! Pam! Tiba-tiba penjenayah sebelah menggoncang pagar besi. Puteri Ora berdecit. Sedikit lagi mahu menjerit. Dada diurut perlahan sebelum dia bangkit berjalan ke arah dinding penjara yang agak lusuh kerana ditelan abad.

"S-siapa kau?"

"Aku Golum... "Selepas dia memperkenalkan diri, dia terus menghilai ketawa seperti orang gila.

Puteri Ora terkejut susulan makhluk tersebut menghulurkan tangannya dari penjara sebelah. Tangannya berkedut-kedut dan kukunya sangat panjang serta kotor.

"Hulurkan tangan tuanku. Patik mahu melihat tangan tuanku yang putih bersih, wangi ,mulus dan runcing itu... Seribu tahun patik disini, patik tidak pernah melihat wajah Puteri Yinem yang cantik jelita. Kata orang, wajah Puteri Yinem seperti wajah Ratu Antigone yang menyebabkan dua empayar berperang kerana kedua-dua pemerintahnya mahu memperisterikannya."

"Hulurkan tangan tuanku... "

Puteri Ora menghulurkan tangannya dengan perlahan ke arah makhluk bernama Golum tersebut. Tangan kasar itu mulai mengambil dan menadah tangannya ke atas. Supaya terkena sedikit cahaya matahari yang terhasil daripada dinding tembok yang sudah retak.

"Berbahagialah engkau Puteri Yinem yang cantik jelita. Kau akan melahirkan seorang bayi lelaki yang lebih kuat lagi dari Zicarus dan Icarus! Dia ialah Ares, dewa perang yang sangat tersohor dan akan diingati oleh manusia berabad-abad. Puteri Yinem, cintailah dan kasihanilah musuh kau maka kau akan dapat menumpaskan satu empayar tanpa menggunakan kekerasan mahupun pertumpahan darah jiwa-jiwa yang tidak berdosa!"Ujar Makhluk Golum itu kepada Puteri Ora yang sejak tadi mengunci mulut.

Puteri Ora hairan lalu mengerutkan pelipis. "Boleh beta tahu siapa suami beta?"

"Dia ialah Icarus!Sampai saja di Slenada, sumpahan akan terkena kepada kau. Kau akan menjadi seorang manusia yang polos serta ilmu-ilmu kau akan tawar. Seperti manusia baharu yang baru saja dilahirkan!"

"Tak akan ada orang Yinem berkahwin dengan orang Slenada! Beta tak nak berkahwin dengan orang Slenada!"Pangkah Puteri Ora. Betapa malangnya nasib dia dilahirkan ke dunia ini.

"Takdir sudah tertulis dan kau tak ada kuasa nak menolak! Kau akan membawa perubahan untuk Yinem!"Bentak Golum dengan panas hati. Tangan Puteri Ora ditarik lalu dimasukkan ke dalam mulut. Digigit sehingga Puteri Ora menjerit-jerit kesakitan.

"Hei,lepaskan tangan beta! Tolong!Tolong!"Puteri Ora cuba menarik tangannya dari mulut Golum yang berbau busuk.

"Hoi! Lepaskan tangan Puteri Ora, bodoh!"Marah seorang pengawal penjara yang masih berjaga di depan pintu masuk penjara. Anak panah ditujukan kepada Golum yang sedang mengekek ketawa.

Sap! Anak panah dilepaskan kepada Golum. Terkena bahu Golum dan Golum terus terpelanting ke tepi dinding konkrit. Pintu pagar dibuka. Kedengaran Golum mengerang-ngerang kesakitan di dalam bilik besinya kerana dipukul dan dibelasah oleh pengawal-pengawal istana Yinem.

"Ini makan kau makhluk gila!"

"Golum! Lepaskan Golum!"Jerit Puteri Ora.

***

"Bonda tidak bersetuju! Bonda tak akan restu dan tak pernah merestui jika putera bonda mahu berkahwin dengan orang Yinem!"Ratu Zasvia membangkang keputusan Putera Xavier yang mahu memperisterikan puteri Kerajaan Yinem.

Di sebelah Ratu Zasvia , Lady Tamara sedang menanggung kesedihan dan kecewa di atas keputusan suaminya mahu berkahwin lagi tanpa persetujuannya.

Putera Xavier masih membelakangi Ratu Zasvia dan isterinya. Mata tetap dipacakkan pada Kota Slenada di luar sana. Ratu Zasvia silap besar jika menganggap dia mahu mengahwini Puteri Ora atas dasar cinta. Dia hanya mahu menghukum Puteri Ora!

"Isteri kau ni dah hamil. Kalau kau kahwin lain, siapa nak tengokkan isteri kalau kau sibuk dengan isteri baru kau hah? Buat hal lah engkau ni Xavier! Kau akan banyak tanggungjawab nanti. Negara, isteri-isteri kau dan anak-anak kau."Ratu Zasvia masih sebal di belakang. Geram dengan putera sulungnya yang tidak cukup satu isteri itu.

Melihat Putera Xavier hanya diam tanpa suara sejak tadi, Ratu Zasvia terus mendapatkan suaminya.

"Kanda, tengok anak kanda tu. Dinda tengok kanda diam saja sejak tadi. Kanda tak ambil tindakan ke? Isteri dia tu hamil. Kanda tak nak buat apa-apa dekat anak kau tu?"

Raja Xavian menurunkan sedikit bukunya. Cermin mata ditolak lebih ke atas lagi. Raja Xavian mengumam"Sorry, aku tak tau apa-apa. Jangan libatkan aku."

"Taktau apa-apa konon. Entah-entah kanda ni yang ajar yang dia beristeri dua. Perempuan yang dia nak ajak kahwin tu musuh kita!"Ratu Zasvia membentak.

"Bukan kanda pun beristeri dua. Kenapa nak marah kanda pulak ni? Biarlah. Itu keputusan dia nak kahwin. Dia dah besar. Dah tau mana baik, mana buruk."Selamba ayat Raja Xavian.

"Ofcourse dinda kena sibuk because he is my son! Xavier, tarik balik keputusan Xavier. Jangan nak bermimpi berkahwin dengan perempuan tu. Bonda tak suka!" Marah Ratu Zasvia lantas meninggalkan Raja Xavian dan Putera Xavier.

"Sampai hati kanda!" Jerit Lady Tamara. Langkah Ratu Zasvia terus diikuti oleh Lady Tamara dari arah belakang.

"Bonda, don't judge my choices if you don't understand my reason."Datar jawapan Putera Xavier. Egois jawapannya. Keputusannya tetap ditegakkan. Mata helangnya tetap disinggahkan pada dua Ratu Zasvia yang menghilang di sebalik ruangan istana.

***

Sampai sahaja di pintu masuk istana Slenada, beberapa orang tentera diarahkan untuk membawa sekumpulan tahanan wanita-wanita serta kanak-kanak dari Yinem ke arah rumah kurungan yang dikhaskan.

Teriakan, rayuan dan tangisan orang-orang Yinem tidak pernah sekali dihiraukan oleh tentera-tentera Slenada.

"Berjalan macam siput babi! Cepatlah bodoh!"Maki salah seorang tentera Slenada kepada seorang wanita Yinem yang sedang menggendong anak perempuannya kira-kira berumur satu tahun.

"Tuan, anak saya lapar susu ni tuan. Dari tadi tak henti-henti menangis. Boleh saya susukan dia? Tak lama. Saya merayu dengan tuan."Wanita tersebut merayu-rayu dengan penuh kesedihan kepada tentera Slenada yang tidak punya hati perut itu.

"Bodoh! Peduli apa kalau aku anak kau lapar ke, nak mati aku cakap jalan cepat! Anak kau dengan kau lebih baik mati dari menyusahkan hidup aku!"buk! Askar Slenada itu tadi terus menendang si ibu bersama anaknya itu dari arah belakang.

Si ibu dan si anak jatuh tersembam di atas tanah becak. Tiba-tiba, kejutan yang tidak dijangka menyerang dari arah belakang si tentera. Sink ! Pedang yang terdapat di dalam sisipan salah seorang tentera direntap oleh seseorang. Buk! Tubuh tentera itu tadi tersungkur di depannya.

"Kau tu yang bodoh! askar hati binatang! Bayangkanlah mak kau takpun isteri kau kena aniaya macam ni kau nak ke?!"Puteri Ora naik berang.

Tidak sampai lima saat, beberapa bilah pedang teracu pada lehernya yang jinjang. "Menyerah diri Puteri Ora yang licik!"

Askar Slenada yang jatuh tadi menghampiri Puteri Ora. "Ni, kalau aku jilat kau ni bukan main sedap ni. Tak padan kau ni perempuan tapi acah-acah kuat depan lelaki!"

Puh!"Kau ingat kami ni takut dengan binatang-binatang macam korang ni semua ke?!"Jerkah Puteri Ora.

Wajah si askar diludah. Selepas itu, terledak ketawa Puteri Ora dengan sinis. Si askar mengelap perlahan mukanya yang basah. Rahang diketap marah. Pak! Penampar yang kuat dilayangkan pada pipi Puteri Ora.

"Jalang!"

Tubuh Puteri Ora ditendang ke depan. Buk! Jatuh bersebelahan dengan si ibu dan anaknya tadi. Buk! Sekali lagi hentakan terkena pada perut Puteri Ora.

"ARGHHH!"

Puteri Ora mengerekot kesakitan. Susut urat keningnya menahan kesenakan pada perutnya. Gigi terkatup rapat dan pandangannya berpinar-pinar. Hampir gelap. Sakitnya bukan kepalang.

"Tuanku!"Si ibu yang menjadi mangsa tadi merangkak mendapatkan Puteri Ora yang mahu pengsan.

"Tuanku ,buka mata tuanku! Tolong! Puteri Ora sakit! Tuanku!"Anak dan si ibu sama-sama menangis dengan sedih serta ketakutan. Semua tahanan hanya menundukkan kepala. Tiada siapa berani mengangkat muka apatah lagi berlari menghulurkan pertolongan.

"Tuanku ,ampunkan patik tuanku. Kerana patik, tuanku disakiti. Tolong! Ya Tuhan, tolong Puteri Ora!"Air mata Puteri Ora yang mengalir di pipi diusapnya.

"Ja-lan. Tinggalkan be-be-ta!"

"Tuanku, patik akan setiap setia dengan tuanku. Tuanku tetap Puteri Yinem yang disayangi oleh patik dan rakyat-rakyat Yinem yang lain."

"Ah, tak payah nak berdrama air mata dekat sini. Kau blah! Jalan! Angkat Puteri Yinem ni dan menghadap Putera Xavier sekarang! Lekas!"Cemuh ketua tentera dengan muak dan bengis dengan lakonan yang dicetuskan oleh Puteri Ora dan si ibu malang tadi.

"Ampunkan patik tuanku!" Tangis si ibu.

Puteri Ora diikat dengan menggunakan seutas tali. Kedua-dua kakinya juga diikat kemas untuk mengelakkannya meronta dan berjaya melepaskan diri seperti tadi. Selepas itu, tubuhnya yang lemah serta tidak berdaya lagi itu diheret ke dalam istana untuk berdepan dengan hukuman Putera Xavier selepas ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience