BAB 8 : LEON

Romance Series 4257

"A king only bows down to his queen"

Di singgahsana agak riuh rendah dengan kedatangan Putera Xavier, Putera Xavill, Putera Xavira, Raja Xavian , Ratu Zasvia dan Lady Tamara.

"Kehadapan rakyat Slenada, Raja Xavian dan keluarganya mencemar duli!"

"Tepi! Tepi! Kami nak lalu!" Buk! Tubuh seorang perempuan agak lemah tiba-tiba dihumbankan di depan Putera Xavier oleh askar-askar Slenada.

"Uhuk! Uhuk! Uhuk! Uhuk! "Si gadis yang tertiarap di depan Putera Xavier terbatuk-batuk kecil sambil mengelap darah pekat yang mengalir lebat dari rongga hidungnya yang mancung.

Putera Xavier tercengang

"Tuanku ,kami berjaya membawa Puteri Ora menghadap tuanku! Ampun Tuanku,Tuanku yang mulia , perempuan ini telah melawan kami! Dia telah mencederakan seorang askar Slenada." Lapor salah seorang askar Slenada yang bertubuh agak gempal.

Sink! Putera Xavier mencabut pedangnya dari sisipan dengan tiba-tiba. Bengis mukanya. Wajah si gadis jelita yang sedang menggelupur kesakitan di bawah kakinya itu lekas dipagut. Pipi Puteri Ora dicengkam dan didongak ke atas lalu dilepaskan.

"Askar-askar yang bawa dia kesini tadi beratur sekarang! Beta nak tengok muka yang askar yang berani serta bertauliah tu."Bingit hukuman Putera Xavier. Askar-askar Slenada yang membawa Puteri Ora ke singgahsana tadi terus menapak ke depan.

"Kami tuanku!"

Semua orang jenuh

"Siapa yang pukul dia?! Beta tak pernah arahkan orang untuk pukul dia. Beta hanya arahkan askar-askar beta bawa dia kesini dalam keadaan selamat! Bukan dalam keadaan lemah, kotor dan cedera parah macam ni! Kepala bapak kau!"Tengking lelaki tersebut betul-betul di tepi telinga seorang askar Slenada.

Askar-askar tadi mulai kecut-perut!

"Siapa yang pukul perempuan ni! Kalau tak ada siapa yang mengaku, beta akan ambil nyawa-nyawa orang disini satu-persatu!"Ancam Putera Xavier. Suara rakyat Slenada mulai bising kerana tidak puas hati.

"Diam!"Perintah Raja Xavian. Dia juga yang makin pening dengan drama di depannya ini. Kelu lidahnya melihat betapa ganasnya Putera sulungnya itu.

Keadaan sepi

Tiba-tiba rakus Putera Xavier mengauk leher seorang tentera. Mata pedang yang tajam berkilat it diletakkan pada leher si tentera tersebut.

"Kau jawab pertanyaan aku sekarang. Siapa yang pukul dia?"Bisik Putera Xavier ke dalam liang telinga tentera tadi. Bergetar-getar lutut tentera tersebut kerana sedang tersepit hendak menjelaskan siapa yang memukul Putera Ora di depan pintu masuk istana.

"Pa-pa-patik, er.. Er.. "

Sink! Tidak sempat si tentera itu menghabiskan seluruh ayatnya kepalanya sudah tergolek di atas tanah. Jeritan kaget dan takut kian gemuruh. Darah kelihatan mengecing-ngecing dari kepala yang tidak lagi bernyawa itu.

Puteri Ora menahan dadanya sesak

Tiada siapa berani membuka mulut. Seluruh keluarga Raja Xavian juga tunduk menekur lantai. Hanya Raja Xavian saja yang mulai bingkas dari singgahsana.

"Bawa semua tahanan wanita dan kanak-kanak kemari!"Titah Raja Xavian. Askar-askar yang lain siap menganggukkan kepala lantas menurut perintah.

Tidak lama selepas itu, askar-askar Slenada datang dengan ratusan tahanan wanita dan kanak-kanak di depan Raja Xavian.

"Beta ingin tahu siapakah antara lima orang askar Slenada ini yang mencederakan Puteri Yinem! Kalau ada siapa jawab pertanyaan beta, ganjaran akan diberikan."Ujar Raja Xavian.

"Tuanku, ampun tuanku. Patik melihat dengan mata kepala patik sendiri bahwa tentera di sebelah kiri paling hujung sekali itu menyepak dan menendang perut Puteri Ora. Bukan itu saja, patik dan anak patik yang lapar ini juga diterajang ke dalam air lopak."Seorang wanita yang sedang memeluk anak perempuannya akhirnya bersuara membuka rahsia.

Darah Putera Xavier mendidih lagi

"Ampunkan patik tuanku! Patik bersalah dan amat kesal dengan sikap patik! Patik berjanji tidak akan mengulanginya lagi!"Tentera yang dinyatakan oleh wanita itu tadi segera melutut dan menyembah lantai.

Putera Xavier menghalakan mata pedangnya pada tentera itu. Dagu tentera tersebut diangkat dengan menggunakan mata pedangnya."Beta tidak pernah memberi peluang kali yang kedua pada rakyat beta yang mengkhianati dan ingkar dengan perintah beta!"

Askar itu menggeletar ketakutan.

"Kenapa kau sepak dia?"

"Am-ampunkan patik tuanku. Perempuan ini telah melawan patik. Patik hilang kawalan lalu menyepak perut dia. Ampunkan patik, tuanku!"Rayu si tentera.

Putera Xavier mengorek senyuman sumbing

"Askar Slenada yang laknat, kau kena sedar bahawa beta bukan Dewa yang baik! I have no mercy. I'm not an angel.I-"

Sak! Putera Xavier merodok tenggorok askar kerajaan Slenada itu.

Urk! Urk! Uhuk! Urkkk!Askar tersebut terus kejang dan menggeliat seperti ikan keli sambil menahan lehernya yang tembus dengan pedang tajam Putera Xavier.

"Ini untuk peringatan kepada sesiapa yang berani ingkar cakap beta dan menyentuh barang bilik beta! Barang beta, beta sahaja yang boleh sentuh!"Kata Putera Xavier di depan penduduk Slenada yang ramai di Agora sekarang ini.

Prince Icarus! Prince Icarus! Penduduk setempat Slenada lalu bersorak memuji nama Putera Xavier.

"Bawa perempuan dan wanita serta anak dia itu ni ke dalam harem. Ingat, tak ada siapa lagi boleh sentuh perempuan ini kecuali beta!Bersihkan lantai dan hantarkan mayat dua tentera ini kepada keluarganya di kampung!"

Lantang suara Putera Xavier di depan orang ramai sebelum Putera raja itu meninggalkan singgahsana dengan muka ganas.

Puteri Ora terkesima dalam diam.

Apa hak Putera Xavier membuat pengakuan seperti itu? Lelaki itu bukan suaminya hatta rajanya! Nothing! Itu bukan cara lelaki itu hendak melindunginya tapi dalam diam, lelaki itu seperti mahu memijaknya maruahnya dengan mengaku bahawa dia ialah hak milik lelaki itu!

Puteri Ora masih menundukkan kepala. Saat mukanya didongak ke atas, matanya bertaut dengan mata helang itu. Meskipun mata itu cantik, tapi penuh dengan kegelapan. Di dalamnya seakan memberontak dan tidak pernah ada ke bahagian.

Akhirnya, figura si putera yang jahat serta tidak berperikemanusiaan itu hilang bersama-sama dengan pengikut-pengikut nya yang gagah serta perkasa. Evil!

***

Tubuh dan tulang amat lenguh. Puteri Ora mengiringkan tubuhnya ke kanan. Selimut tebal ditarik separa pinggang. Berkeriut dahinya saat iris matanya memamah sosok tubuh seorang lelaki sedang berdiri di depan unggun api. Ada sesuatu sedang dilakukannya.

Samar-samar

"No! No! Lepas! Jangan! Jangan!"Tanpa dijangka, Puteri Ora bingkas dari katil lalu menuju ke arah jejaka itu lampai itu. Bult matanya melihat semua barang-barangnya yang dibawa dari Yinem musnah habis di jilat api.

"Dewi Hera!"

Puteri Ora kelam-kabut mahu menyelamatkan patung Dewi Hera, iaitu patung nenek moyangnya yang disembanhnya tiap-tiap hari.

"Dewi Hera! Tolong! Dewi Hera saya terbakar!"Puteri Ora cuba memadamkan api di dalam unggun api. Tanpa menghiraukan kewujudan seorang lelaki jahat yang telah barang-barangnya tadi, Puteri Ora bertungkus-lumus memadamkan api di dalam unggun api.

Barang-barang miliknya dengan selamba dicampak ke dalam api yang marak. Semakin kuat Puteri Ora menjirus air, makin marak api di dalam unggun api itu.

"Jangan! Cukup! Saya merayu, jangan bakar barang-barang kesayangan saya! Saya merayu!"Puteri Ora menyembah kaki Putera Xavier. Kelihatan lelaki itu masih ralit membelek seutas rantai bersalut batu zamrud berwarna hijau.

"Jangan bakar rantai tu!"Puteri Ora menggelengkan kepala. Hanya itu satu-satunya barang tanda cinta dan kasihnya dengan Putera Leon, iaitu Putera Contanstine yang terkorban di dalam perperangan.

"Tolong, saya merayu. Saya merayu... "

Putera Xavier meninggung di depan Puteri Ora yang sedang tersengguk-sengguk menangis bak seorang anak kecil. "Rantai ni aku dapat rasa ada nilai sentimental dalam diri kau. What a tragic love story."

Sinis senyuman lelaki itu

"Saya-"

Putera Xavier tiba-tiba berang. Dipagut kasar rambut Puteri Ora."Patik! Aku ni raja kau! Bukan setaraf hamba macam kau bodoh!"

"Pa-patik. Ampunkan patik tuanku. Jangan bakar barang-barang patik. Kasihanilah patik, tuanku... "

Putera Xavier menggigit bibirnya.

Sedikit lagi lelaki itu mahu meledakkan ketawa!

"Kau tak kenal siapa aku. Aku tak pernah makan kata-kata rayuan orang, Puteri Ora yang... "

Putera Xavier menjatuhkan anak matanya pada dada Puteri Ora yang terdedah. Gaun tidur yang putih bersih itu seakan menaikkan gelora jiwa Putera Xavier sekarang ini. Dada putih mulus Puteri Ora dielus dengan menggunakan belakang tanganya.

"Puteri Ora, Dewi Cinta yang cantik jelita...."

Puteri Ora berdecit ke belakang usai terkena sentuhan yang diberikan oleh Putera Xavier sebentar tadi. Tergesa-gesa dia menutup dadanya yang terdedah dengan menggunakan sehelai selendang bulu yang agak tebal.

"Tuanku, serahkan semula barang-barang patik. Jangan dekat dengan patik dan pergi dari sini! Tuanku--"Ucap Puteri Ora dalam ketakutan. Tidak berani dia memalingkan muka kepada wajah bengis Putera Xavier.

"Shhhhhh....Nak pegang sikit pun tak boleh ke? Orang kata, kulit Puteri Yinem ni lembut macam kain sutera. Orang-orang Slenada berkulit kasar. Jadi beta tidak pernah menyentuh kulit seperti orang Yinem."

"Serahkan barang-barang patik... "Nada Puteri Yinem itu kian serak.

"Apa? Rantai ni? Buku ni? Beg ni? Ni barang-barang kau yang kau bawa dari Yinem ke? Sorry, aku terbakar. Aku ingat sampah tadi."Putera Xavier semakin galak membuli.

Putera Xavier mencebir bibirnya.

"Itu barang-barang patik tuanku!"

Putera Xavier kelihatan menyimpan semula barangan Puteri Ora ke dalam beg yang diperbuat daripada kulit binatang itu. "Tak apa, nanti kau akan lupakan barang-barang kau ni. Hari ni, tak ada kayu api. Musim salji dah nak bermula."

Burssssh! Beg kulit binatang tadi terus dilemparkan ke abu yang mahu malap. Tiba-tiba api marak semula di dalam unggun api tersebut. Jeritan Puteri Ora keluar semula.

"No! Rantai Leon! Leon!"

Putera Xavier menggosok tangannya. Leon? Rantai Leon? Apa benda kau merepek ni setan?

Ah, lantaklah kau perempuan nak menangis depan rantai Leon kau tu! Janji barang-barang kau tu dapat marakkan unggun api sekarang ni.

"Rantai Leon..! "Puteri Ora menjerit sekuat hatinya di depan unggun api. Kepala lutut dipeluk.

"Leon, i'm sorry. I'm sorry tak jaga rantai kau tu... "Gadis itu melepaskan tangisan hiba.

Putera Xavier bercekak pinggang sambil menggelengkan kepalanya sendiri. Kasihan, Perempuan di depan ini salah seorang yang percaya terhadap cinta. Baginya, seseorang yang percaya dengan cinta ialah seseorang yang bodoh.

Pipi Puteri Ora dipaut

"Esok kau akan dipindah ke harem gundik. Kau akan belajar cara nak layan aku baik. Cau! Aku tak kuasa nak tengok drama kau dekat sini. Bau basi!"Lepas Putera Xavier lalu berambus dari situ. Meninggalkan Puteri Ora yang menangis meratapi barangan peribadinya yang sudah hancus.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience