BAB 2 : TITAN'S

Romance Series 4257

"A King only bows down to his queen"

Malam itu, suasana di istana Yinem riuh rendah dengan satu kejutan yang agak memeranjatkan. Puteri Ora keluar dari harem perempuan setelah mendengar berita yang baru saja disampaikan oleh Elith , seorang dayang istana yang paling lama di berkhidmat di istana Yinem.

"Elith, apa berlaku ni?"

"Ampun tuanku. Patik tidak tahu. Tapi patik nampak Putera Hermes macam kelam kabut saja."Kata Elith. Sehelai selendang tebal dipakaikan pada tubuh Puteri Ora Lilian.

Tidak mahu menunggu masa lebih lama, Puteri Ora dan Elith membawa diri ke luar dengan terhendap-hendap kerana jika tidak mahu pengawal istana mengatahui mereka keluar dari harem lewat malam.

Kelihatan Putera Hermes dan Jeneral Jehova sedang berbincang di satu sudut. Putera Hermes kehulu-kehilir sambil bercekak pinggang. Seperti runsing memikirkan sesuatu yang rumit benar.

Jeritan seorang wanita tiba-tiba melengking.  Sayu. "Gandalf! Ya Tuhan, apa dah jadi ni? Gandalf!"

"Sabar puan. Sila bertenang."Pujuk beberapa orang tentera Yinem di sebelah wanita tersebut.

"Gandalf, jangan tinggalkan kami Gandalf!  Anak kau masih kecil..."Wanita likungan umur 30-an itu menjerit-jerit melepaskan tangisan di sebelah mayat suaminya yang tidak berkepala.

"Mama, kenapa dengan ayah? Ayah sakit ke? Kenapa dengan kepala ayah?"Seorang lelaki budak polos datang mendekati wanita tersebut.

"Daniel! Jangan tengok ayah kamu Daniel. Jangan tengok!"Wanita itu terus memeluk tubuh genit anak lelakinya. Mata anak lelakinya ditutup dengan tapak tangan.

"Daniel dah tengok. Kepala ayah tak ada. Siapa bunuh ayah Daniel? Lepas ni Daniel tak ada ayah. Kawan-kawan Daniel ada ayah."Si budak kecil itu merintih kesedihan. Mulutnya tersebek-sebek mahu meledakkan tangisan.

"Daniel... Daniel, masih ada mama. Mama janji lepas ni,  mama yang Daniel ya? Mama akan jaga Daniel dan adik baik-baik."Sayu wanita malang itu memujuk anak sulungnya yang sedang berduka sekarang ini. Perut yang membusung diusap-usap.

"Ayah, bangunlah ayah... Mana kepala ayah? Pakcik, mana kepala ayah saya?  Kenapa kepala ayah tak ada? Hari tu, ayah tak mati. Ayah masih hidup." Selepas itu,  anak lelaki Jeneral Gandalf kedengaran menanyakan soalan kepada Jeneral Jehova.

"Bawa perempuan dan anak kecil ini keluar dari sini. Sekarang!"Perintah Jeneral Jehova. Jari telunjuk dituding ke arah satu pintu gerbang besi.

Wanita itu tadi terus mara ke arah Jeneral Jehova lalu memeluk kaki Putera Hermes. "Tuanku, jangan halau kami tuanku... Patik merayu dengan tuanku. Tuanku... Lepas! Lepaskan saya!"

"Mama! Mama! Lepaskan mama saya!"Budak kecil lima tahun memukul-mukul badan dua orang tentera Yinem yang sedang mengheret ibunya keluar dari bilik tersebut.

"Gandalf!"

"Gandalf!"

Puteri Ora segera keluar dari tempat persembunyian mereka. "Lepaskan dia!" Titahnya. Sink! Sebilah pedang Charlemagne ditujukan pada leher salah seorang daripada tentera Yinem yang mahu mengheret keluar si budak malang dan ibunya keluar dari luar Pyrus Orinx.

"Ampun, Tuanku. Patik hanya menurut perintah." Si tentera terus membela diri di dalam ketakutan. Kepala segera ditundukkan pada Puteri Ora.

"Lepaskan budak kecil dengan wanita ni! Bawa perempuan dan anak dia ni ke dalam harem. Mulai dari sekarang, dua orang anak beranak dua ni akan dibawah jagaan beta! Tak ada siapa boleh sentuh mereka."

"Ampun Tuanku."

Putera Hermes menyampuk dengan nada marah. "Ora! Apa kau buat dekat sini? Kau tak tau ke undang-undang Yinem melarang wanita keluar dari harem bila dah lewat malam?!"

"Apa yang berlaku kepada Jeneral Gandalf?"Puteri Ora menyimpangkan pertanyaan Putera Hermes. Kain hitam yang menutupi mayat Jeneral Gandalf diselak. Bau busuk terus semerbak. Putera Hermes dan menutup hidungnya kerana hampir termuntah.

"Mayat ni dah lama. Kira-kira satu minggu yang lalu. Tolong alihkan mayat ni dari kuda ni sekarang."Arah Putera Hermes.

Dua orang tentera Yinem tergesa-gesa mengalihkan mayat Jeneral Gandalf yang masih tersadai lesu di atas kuda milik Jeneral Gandalf.

"Siapa bunuh Gandalf?"

"Tuanku , kuda ni yang bawa tuan dia balik kesini semula. Seminggu yang lalu kami arahkan Jeneral Gandalf untuk berunding secara damai dengan Slenada."Pengakuan daripada Jeneral Jehova mengejutkan Puteri Ora. Wajah Putera Hermes dan Jeneral Jehova dipandang silih berganti.

Pak! Tiba-tiba sehelai kain utusan jatuh dari poket mayat Jeneral Gandalf yang dipunggah dari kudanya. Puteri Ora segera mencapai kain utusan tersebut dengan dahi berkerut sejuta. Golongan kain utusan itu terus dibuka. 

"Kelemahan sistem kepimpinan akan melahirkan tentera yang pengecut"

Regards,
God of war

"Fuck!"Putera Hermes mencarut geram. Kain tercalit tulisan dengan darah Jeneral Gandalf itu digolong.

"Jeneral ,  siapkan tentera yang ada dan hantar utusan perang kalah mati kepada Kerajaan Slenada! Dia ingat kita ni apa? Beta nak kepala Putera Xavier akan jadi arkib dalam Pyrus Orinx!"Putera Hermes berang. Kaki terus diangkat dari situ.

"Arahan diterima Tuanku!"

"Hermes! Hermes!" Puteri Ora kejar langkah Putera Hermes. Puteri Ora memberhentikan kakinya. Nama seseorang yang baru sahaja disebut oleh Putera Hermes tadi masih menujah lubuk memorinya. 

Putera Xavier.

Keturunan Zicarus yang bangsat!

***

Sementara di Slenada Putera Xavier masih bertarung untuk mempertahankan maruahnya sendiri. Rantai besi diikat pada leher harimau bintang lalu dipusingkan dengan sekuat hatinya.

"Hiyaghhhh!"

Pam! Tubuh harimau bintang itu terus terpelanting terkena dinding coloseum. Para penyokong berteriak dengan takjub! Saat salah seekor daripada harimau bintang buas itu hendak melancarkan serangan dari arah belakang Putera Xavier segera berpaling lalu melontarkan spear ke arah badan harimau bintang tadi.

Zuppppp! 

Sorakan para penyokong mengendur dan bergema lagi setelah sang harimau bintang kebuluran itu rebah menyembah permukaan lantai dan akhirnya ia menggelupur tidak lagi sedarkan diri "Huuuuu!"

Prince Xavier!  Prince Xavier!

"Jangan keluarkan senjata lagi!"Hukuman dari pengadil acara tiba-tiba berdendangan. Perlawanan semakin sengit kerana Putera Xavier tidak dibenarkan menggunakan senjata untuk menghapuskan seekor lagi harimau bintang.

Di tempat duduk yang terlindung dan sejuk, Raja Xavian hanya tersenyum bangga. Manakala Ratu Zasvia menepuk-nepuk tangannya dengan gembira sekali.

Selama ini, sekuat manapun gladiator yang dihantar untuk bersabung dengan dua ekor harimau yang dipanggil Slenada 's wardog itu pasti akan kalah. Slenada's Wardog bukan hanya sekadar harimau bintang biasa tapi mempunyai kekuatan seperti makhluk Balrog.

"Beta tak dapat nafikan Xavier memang ada kekuatan yang luar biasa cuma dia tak berapa pandai nak guna."Puji Raja Xavian di depan permaisurinya dan menantunya,  isteri Putera Xavier.

Lady Tamara.

Lady Tamara mencebir bibir. Walaupun gagah, tapi hati dan roh Putera Xavier hanya kepada peperangan dan keselamatan saja. Putera Xavier dididik untuk bersikap seperti tunggul dan tidak punya belas kasihan sejak kecil.

No love feeling
No mercy feeling
No crying

Dan,

Putera Xavier kaku di atas ranjang

"Lepaskan perisai tubuh dan helmet sekarang!"

Puh! Putera Xavier meludah ke tanah. Peluh membasahi seluruh tubuh. Baiklah jika ini yang rakyat Slenada mahukan. Hoplon dan  testudo dilangsaikan semua dari badan.

Grr!  Grrrrr!  Grrrr! Seekor harimau tadi maju ke depan lantas mengokak tubuh Putera Xavier. Grrrr!  Grrrr!  Air liur sang buas itu menitik-nitik pada muka Putera Xavier. Ngap! Paha kanan Putera Xavier digigit dan lelaki itu terseret lalu dilingas ke arah dinding Perani Arles.

Bangggggg!

Putera Xavier tersasar hingga mengeluarkan bunyi dentuman paling bising. Sayap kirinya terasa pedih. Suasana senyap. Di tempat penonton,  Raja Xavian terpempan dan terus bangkit.

Putera Xavier bingkas. Enggan menyerah kalah. Sang harimau tidak mahu membuang masa lalu mengokak semula tubuh Putera Xavier. Disitu mereka mulai hangat dalam pergelutan.

Grrr!  Grrrr!  Grrrrr! Putera Xavier mengelakkan diri dari dibaham dengan menahan mulut harimau buas itu dari tertutup.

Keringat jernih semakin memanaskan badan. "Erghhhhh!  Arghhhhh!  Erghhhhhhhh!! Arghhhhhhhhh!"

Sak! Mulut harimau itu dikoyak sehingga rabak. Berkecai daging-daging haiwan tersebut.

Senyap.

Titan!

Sebelum semua orang berdiri bersorak sorai diatas kemenangan Dewa Perang itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience