BAB 4 : OUR FIRST MET

Romance Series 4257

"A King only bows down to his queen"

Putera Xavier terus meletakkan gelas wain di atas meja dengan tergesa-gesa setelah si gadis berlalu pergi meninggalkan majlis tari-menari yang semakin hingar. "Wait, aku rasa nak tak sedap badan."Pamitnya.

"Kanda, kanda okey tak ni? Dari tadi dinda tengok macam serba tak kena saja kanda ni. May i know?"Lady Tamara merentap pergelangan tangan Putera Xavier.

"I'm good. Nak cari Barbarian dulu."
Balas jejaka itu dengan dingin. Selepas itu, pergelangan tangan ditarik dari cengkaman isterinya.

"Xavier, nak pergi mana tu?"Raja Xavian memanggil putera sulungnya kerana ternampak akan kelibat Putera Xavier baru saja hendak keluar dari ballroom yang dikerumuni orang ramai.

Putera Xavier berpaling. Bahasa isyarat ditayangkan. 'Cari seseorang. Perempuan berambut brunette, tocang ekor kuda dan berpakaian lusuh. '

"Cari perempuan? Perempuan apa lagi ni? Hish, budak ni."Omel Ratu Zasvia sendiri. Kalau tak buat hal dalam sehari, itu bukan putera sulungnya. Putera Xavier kadang-kadang agak memeningkan kepala. Sanggup meninggalkan Lady Tamara yang terkapai-kapai sendirian dihujung sana.

Mabuk kot.

***

Putera Xavier melewati kawasan lorong pejalan kaki istana yang agak sedikit suram kerana semakin jauh dari kawasan majlis kesyukuran. Dia hanya dibekalkan dengan cahaya obor-obor yang terhasil dari nyalaan obor terlekat pada dinding istana.

Seperti orang mabuk, langkah Dewa Perang itu agak terhuyang-hayang. Peha yang masih berbalut juga kadang-kadang pedih sehingga langkahnya jadi menghincut.

"Hei, boleh berhenti tak? Aku tak kuasa nak kejar kau. Kaki aku luka ni."Bicara dihantar kepada si gadis yang seperti mahu bermain kejar-mengejar dengannya sekarang ini.

Putera Xavier mendesah keluh. Gadis itu ghaib lagi. Hilang di sebalik tiang-tiang besar istana Slenada. Putera Xavier menyambar sebuah obor-obor yang masih giat menyala. Terpejam celik kelopak matanya menahan rasa ngantuk dan kepala yang terasa sedikit berat.

"Sini."Suara lunak seorang wanita melimpasi telinga. Putera Xavier berpaling ke belakang. Mereka berpandangan seketika.

Gadis cantik itu

"Beta nampak kau menangis dalam ballroom. Kau ada masalah ke? Cakap dengan beta."Putera Xavier mendekati si gadis itu.

Tubuh genit itu ditekan pada dinding istana. Wangian si gadis membuai dirinya seketika. Walaupun berpakaian daif ,bau si gadis itu sangat mengangkat naluri kelakiannya.

"Tuanku, patik datang kerana patik dah tak dapat menangis lagi. Kami menderita. Anak- anak kami kelaparan. Hari ini, suami kehilangan isteri. Esok, anak kehilangan ibu dan ayah. Lusa, ibu dan ayah kehilangan anak. Tulat, isteri kehilangan suami. Tuanku tahu siapa punya angkara semua ni? Tuanku!"Tekan gadis misteri itu.

Xavier terkedu

"Beta tidak faham apa yang patik sampaikan pada beta."Putera Xavier tidak dapat mengejip mata kerana terlalu jakun melihat keindahan ciptaan Tuhan di depannya sekarang.

"Berapa banyak nyawa lagi yang tuanku akan cabut? Nyawa-nyawa yang tak berdosa pun tuanku ambil kerana tuanku seorang raja yang tamak ,egois dan pentingkan diri sendiri! Patik bersumpah di setiap perbuatan tuanku kepada kami akan ada balasannya pada satu hari nanti!"

Putera Xavier terkesiap. Hatinya tiba-tiba membara dengan kebiadapan hambanya yang satu ini. Tidak pernah seorang pun hamba datang menengkingnya sebelum ini. Leher si gadis itu dicekup. Kasar.

"Kau siapa nak bersikap kurang dengan beta?! Beta ialah raja kau!"Gertak Putera Xavier. Mata belatinya menghiris setiap permukaan muka gadis misteri tersebut.

Si gadis kaku

"Jumpa beta di mahkamah esok pagi. Kalau tak, kau akan menerima hukuman yang lebih berat. Rakyat beta tak pernah kurang ajar dengan raja sendiri. Ataupun kau ni... Bukan rakyat beta... "Teka Putera Xavier.

Pipi si gadis dicengkam

"Who are you?"Aju Putera Xavier. Wajah gadis misteri itu didongakkan tinggi. Tidak pernah dia melihat perempuan secantik ini di Kota Slenada. Tapi wajah jelitanya dikaburi dengan sikap tidak beradab perempuan ini.

"Kenapa kau tak hormat beta? Kau tak kenal raja kau sendiri kah? Mustahil rakyat beta tak kenal siapa beta.. "

Sunyi!Putera Xavier pagut rahang sendiri. Geram dan rasa tercabar.

"Kenapa kau diam? Jawab beta! Who are you?! Kau dah bisu ke?!"Tempik Putera Xavier.Terhinggut bahu si gadis menangkap bunyi suara Putera.

Putera Xavier kecut dahi setelah melihat air mata gadis itu kembali pecah di pipi. Mata bundar sang gadis misteri tersebut seperti sedang menyimpan kesengsaraan yang telah bertahun-tahun membusuk dalam dirinya. Ada marah, dendam , dan sedih.

"Kau yang tengking beta dulu kau pula yang menangis koyak depan beta."Putera Xavier naik muak. Setiap perempuan sama saja. Kena jentik sekali terus melalak padahal mereka yang selalu memulakan peperangan dulu.

Pernah juga dia terfikir apa fungsi kaum perempuan dilahirkan ke dunia. Berperang tak pandai, memimpin kekok, mengatur strategi untuk menaikkan ekonomi sejagat lagi tak reti.

Pipi gadis itu dilepaskan

Tubuh gadis itu dibelakangkan sebelum dia berpaling semula ke arah gadis misteri tadi. "Oh, beta lupa. Siapa nama kau?"

Putera Xavier melopong. "Fuck."Carutnya.

Gadis itu ghaib lagi

"Beta tak main-main dengan kau! Ini perintah beta, keluar sekarang! Kalau beta jumpa kau lagi, siap kau. Beta --"

"Tak akan lepaskan kau lagi... "Putera Xavier sudah ibarat orang kurang siuman. Kadang memberi perintah, kadang mencarut, kadang bercakap-cakap sendirian. Dia tercari-cari gadis itu semula.

Tapi, tak ada.

Tiba-tiba, teriakan dan rengekan kuda berdendang gempar menyentakkan Putera Xavier yang masih kebingungan di lorong gelap itu. Kedup! Kdup! Kdup! Eikk!

"Perhatian! Slenada diceroboh! Slenada diceroboh! Sila tinggalkan kawasan awam sekarang juga kerana bahaya! Slenada diceroboh! Tuan Barbarian cedera parah!"

Tuan Barbarian?

"Barbarian!"

Jejaka itu tergesa-gesa keluar dari kawasan itu untuk meninjau apa yang telah berlaku di luar sana. Sampai saja di luar istana, dia terlihat beberapa orang tentera sedang memapah tubuh Barbarian yang hampir putus nyawa.

"Barbarian! Panggil tabib!"

"Ampun tuanku!"

"Barbarian, cakap dengan beta. Apa dah berlaku ni?"Kepala lelaki tua berjanggut putih tersebut dipangku. Barbarian seperti hendak menyampaikan sesuatu kepada Putera Xavier tapi kelihatan amat sukar kerana lehernya seperti baru saja dikelar dengan pedang tajam.

"Orkkk... Hurkkkk... Uhukkkk!"Barbarian menarik tenggorok yang pedih dan sesak.

"Barbarian!"

Keluarga Zicarus agak terkejut lalu menerpa ke arah tubuh Barbarian yang longlai di dalam pangkuan Putera Xavier. Ada yang mulai melepaskan tangisan dan ada yang kehulu kehilir meminta bantuan kecemasan.

"Cakap dengan beta!"Putera Xavier mendesak. Air matanya lelakinya tidak semena-mena jatuh ke pipi. Pipi Barbarian di tepuk-tepuk.

"Yi-Yi-"

"Yi-nem..."

Putera Xavier terpempan!

"Barbarian, jangan tinggalkan beta. Ini perintah beta! Jangan tinggalkan beta! Tabib! Fuck, kenapa korang lembab sangat ni!"Putera Xavier murka di depan tenteranya.

Barbarian nazak. Seminit kemudian, tubuhnya semakin melemah di dalam pangkuan Putera Xavier.

"Barbarian... "Sehelai kain utusan di tangan Barbarian ditangkap. Dibaca dengan penuh kemarahan serta dendam.

"Awan hitam berarak ke Slenada.
Maka, cerahlah tanah Yinem...,
Air mata si isteri malang kering,
Nasib anak lelaki dan benih di dalam kandungan terbela,
Dan, terjelaslah belaan terhadap Gandalf.
Slenada yang bangsat,
Esok malam dikala bulan penuh
Perang dilancarkan ke kubu Francisca."

Regards,
Ora.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience