BAB 3 : THE BRUNETTE

Romance Series 4257

"A King only bows down to his queen"

Seperti yang direncanakan, Putera Xavier akan dinaikkan takhta untuk memerintah Kerajaan Slenada selepas membawa kemenangan semasa pertarungannya dengan Wardog.

Majlis kesyukuran diadakan pada malam ini. Kelihatan orang ramai sudah menunggu ketibaan Raja Xavian dan keluarganya sebelum bermulanya majlis tari-menari di Salon de Baile Palace.

Salon de Baile Palace merupakan dewan besar atau dikenali sebagai romance ballroom untuk apa jua acara keramaian yang diadakan oleh kerajaan Slenada.

"Kenapa tak pegang tangan Lady Tamara?"Tegur Ratu Zasvia setelah lama memerhatikan gelagat Putera Xavier seperti acuh tidak acuh akan kehadiran Lady Tamara.

Lelaki itu mengeluh seketika. Tangan Lady Tamara terus digenggam sebaik saja mereka mencecah anak tangga ballroom yang pertama.

Para hadirin yang pada malam itu sangat cantik dan begitu mempersona. Ada yang datang dari pelosok negeri. Bermacam jenis gaun digayakan para wanita sehingga menimbulkan suasana yang berwarna warni dan ceria.

"Ladies and gentleman! Keturunan Zicarus sudah tiba di Salon De Baile! Kehadapan Raja Xavian yang adil dan saksama, Ratu Zasvia yang disayangi rakyat , Putera Icarus yang tampan serta gagah perkasa, Putera Alastor yang baik serta gagah perkasa, Putera Attis yang penyayang serta gagah perkasa dan Lady Tamara yang cantik jelita!" Laungan pengacara majlis berkumandang.

"Xavier."

Putera Xavier mendekatkan telinganya pada bibir Lady Tamara.

"I'm sorry about last night. Adinda takut kakanda akan fikir yang bukan-bukan pasal adinda dengan Tuan Goliath."Gumam si gadis jelita itu.

Putera Xavier mendiamkan diri. Sebenarnya dia tidak peduli jika Lady Tamara bermain kayu tiga di belakangnya. Itu hal Lady Tamara yang dia tidak pernah mahu ambil tahu. Tapi, jika ada orang yang dapat menghidu hubungan intim antara Lady Tamara dan bangsawan bernama Goliath itu nanti, pasti akan ada yang menganggapnya suami paling dayus.

"Aku nampak. Kau dengan Goliath bercumbu depan aku. Tak ada istilah yang aku ni akan salah faham."

"No, Xavier. Kanda salah faham dengan dinda. Goliath yang goda dinda dulu. Please let me tell you all the truth. Sebab kanda tak pernah ada masa nak dengar penjelasan dinda. Kanda selalu lari dan mengelakkan diri dari dinda."

Putera Xavier melarikan pandangan ke arah lain. Rasa teruja hendak meraikan majlis keramaian dengan rakyat jelata tiba-tiba hilang entah ke mana.

Spoil

"Yes, malam tu dinda tak tahu apa-apa. Goliath ada sihir. Cuba kanda fikir secara logikal. Macam mana dinda boleh berselera dengan orang tua macam tu?"

Putera Xavier menghentikan kakinya. Kepala dipalingkan pada Lady Tamara yang sedang berdiri di paras bahunya.

"Aku tak nak dengar kisah cinta kau malam ni. Itu hal kau dengan orang tua tu. Aku dah pernah cakap dengan kau. Kalau nak tidur dengan sepuluh lelaki pun aku tak kisah. Tapi ingat, jangan malukan orang tua aku dan keturunan Zicarus. You eat, you keep it."Datar kata-kata Putera Xavier.

Lady Tamara terkesima.

"Kanda memang tak pernah berubah."Lady Tamara bengang dengan muka stone yang tiap-tiap ditayangkan oleh Putera Xavier kepadanya.

Putera Xavier mengerutkan pelipis. "What do you mean? Apa yang perlu aku ubah?"

"Diri kanda sendiri. Sampai bila rumah tangga kita dingin macam ni? Perkahwinan kita dah nak dekat 15 tahun tapi kanda masih macam dulu lagi."

Putera Xavier menelan air liurnya. Kesat. Iris mata dipanah tajam ke arah Lady Tamara. "Aku tetap aku. Aku tak hipokrit macam kau. Kalau tak suka cara aku, kau boleh angkat kaki. Because kita tak akan jadi apa-apa."

"Xavier, dinda lakukan semua ni demi kanda. Demi nak tutup mulut busuk orang. Dinda tak boleh nak dengar lagi."

Putera Xavier kerut dahi. Sekali lagi tidak faham dengan tingkah Lady Tamara yang sedang ingin menyampaikan sesuatu yang berat kepadanya. "Just speak it out Tamara. Aku tak kuasa nak main maze dengan kau buat masa ni."

Lady Tamara menarik tangan Putera Xavier ke dalam ceruk yang lebih dalam lagi. Mereka berhenti pada satu tiang besar yang sedang tersergam indah terpacak di tengah-tengah ballroom.

"Xavier, i'm pregnant."

Putera Xavier menyungging sumbing. Apa? Matanya bertentangan dengan mata Lady Tamara.

"What?"

"Yes, dinda hamil. Dah empat bulan. Kanda tak gembira ke? You'll be a king soon. And, anak ni akan jadi pewaris Slenada."Segar senyuman Lady Tamara di depan suaminya.

Putera Xavier nampak bingung. Hamil? Dia tak salah dengarkah? Tapi bila? Sejak bila dia pernah tidur dengan Lady Tamara meskipun status mereka sah suami isteri.

"Xavier, i'm pregnant! Anak kanda."

Putera Xavier masih membeku. Gembira tidak, sedih pun tidak. Perasaan seram saja ada. Seram dengan perempuan yang tiba-tiba mengaku hamil sedangkan selama ini si ribut tak pernah menggoyang pokok.

"Sorry. Aku rasa sejuk jer kat sini."

Senyuman Lady Tamara kabur

"Kenapa sayang? Kanda gering ke? Are you okey?"Lady Tamara kelam-kabut meletakkan tapak tangannya pada dahi Dewa Perang itu. Sejuk je!

"Seram sejuk."Jawab Putera Xavier.

"Seram sejuk? Are you okey? Nak dinda panggilkan Barbarian?"Lady Tamara segera melilaukan kepalanya mencari kelibat Barbarian, lelaki tua yang selalu menemani suaminya ke hulu ke hilir.

Lady Tamara menoleh lagi ke arah Putera Xavier. "Kanda?"

Bukankah tadi suaminya ada di depan? Tiba-tiba lelaki itu menghilang entah ke mana. Mata dikecilkan ke arah seorang jejaka yang sedang mengambil tempat duduk di sebelah Ratu Zasvia. Damn! Betapa cepatnya lelaki itu melarikan diri.

***

"Something special is coming! Anakanda beta akan menjadi seorang bapa tidak lama lagi."Kedengaran suara Ratu Zasvia sangat gembira dengan berita yang baru saja keluar dari mulut Lady Tamara sebentar tadi.

Isteri bangsawan yang dikenali sebagai Lady Mondaza, terus memeluk sahabat karibnya."Your highness, congratulation!Dah lama kami nak dengar berita macam ni. Akhirnya, penantian yang selama ni akan berakhir. Anak ni akan menjadi pewaris takhta Slenada. Praise to the God!"

Putera Xavier ketap rahangnya dalam diam. Malam ini sepatutnya akan menjadi malam yang paling istimewa tapi malam yang menghancurkan sebahagian daripada kehidupan dan maruahnya. Nafas dihela. Dia harus bertindak profesional. Jika tidak, sudah lama dia mengeluarkan kebusukan sikap Lady Tamara di depan para umum sekarang ini.

"Kanda, mereka comel sangat!" Lady Tamara memeluk pinggang Putera Xavier. Erat.

Shut up slut.

Putera Xavier menarik senyuman hambar. Minuman wain merah yang terhidang depan mata diteguk. Entah keberapa kali dia sudah meneguk wain itu saja. Dua botol sudah habis.

"Bila nak umum ni?"Kedengaran orang ramai di meja itu mulai riuh rendah.

"Akan diumumkan tak lama lagi. Tapi sekarang ni biar kita saja yang tahu berita gembira ni. Rakyat akan tahu bila hari pertabalan Putera Xavier sebagai Raja Slenada."Ratu Zasvia mengesat air mata gembiranya.

Orang ramai teruja lalu bertepuk tangan.

"Oh, my baby! Congratulation! I love you." Putera Xavier pasrah pipinya dicium oleh Ratu Zasvia bertalu-talu. Baiklah, bergembiralah engkau ibu. Aku akan bongkarkan kebenaran bila tiba masanya.

"Congrats kanda. Akhirnya kau jadi bapak bro. Aku bila lagi?" Putera Xavira peluk tubuh Putera Xavier. Bahu Putera Xavier ditumbuk. Ceh, lawalah.

Sampah

Putera Xavier hanya menayangkan sengihan malas.

Tidak lama lepas itu, adik bongsunya, Putera Xavill juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah "Kanda, congrats."

"Hohoho. Congratulation my precious son! Tuhan dah makbulkan doa ayahanda selama ni. Ayahanda tak kisah perempuan atau lelaki dia tetap pewaris Slenada nanti."Raja Xavian menepuk-nepuk belakang Putera Xavier. Rasa gembira itu sukar digambarkan sekarang ini.

Di dalam pelukan Raja Xavian, jejaka itu hanya mampu menyambut dengan senyuman palsu.

"Thanks, papa." Ucapnya. Shit, aku benar-benar lelaki yang dayus dan bodoh. Tatkala masih berpelukan dengan Ayahandanya, mata Putera Xavier tidak semena-mena melekat pada seorang gadis cantik yang sedang berdiri di jauh dan terperuk dari orang ramai.

Ya Tuhan, cantiknya!

Mata si gadis kelihatan sembab manakala gaun yan kog dikenakannya agak lusuh serta koyak rabak. Putera Xavier terpesona. Wajah si gadis sangat sedih dan seperti sedang mengharapkan satu pertolongan daripadanya.

Putera Xavier kerdip mata.

Dia mabukkah? Tak mungkin.

Mata itu bundar itu seakan memabukkan Putera Xavier.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience