BAB 6 : REVENGE

Romance Series 4257

"A king only bows down to his queen"

Putera Xavier duduk meneleku di birai katil. Resah. Jauh dia mengelamun. Ke kanan tak menjadi, ke kiri lagi lah tak jadi. Pertempuran dengan tentera Yinem sebulan yang lalu masih segar dalam ingatan dan apa yang memeranjatkan dia ialah siapa sebenarnya si gadis rambut brunette itu.

"Tuanku, santapan tengahari sudah disediakan di atas meja."Seorang dayang istana menunduk hormat pada Putera Xavier.

Jejaka itu mengangguk. "Beta belum lapar. Tolong panggilkan ayahanda beta mengadap beta sekarang. "

"Baik Tuanku."Si dayang istana menapak pergi keluar dari kamar Putera Xavier. Lalu dia melangkah ke taman istana yang selalu dijadikan Raja Xavian berlatih bermain pedang.

***

"Kenapa Xavier? Ada hal penting nak cakap dengan papa?"Soal Raja Xavian sebaik saja kakinya berjaya mencecah lantai marmar dan berkarpet merah yang menghiasi kamar tidur anak sulungnya itu.

Punggung dihenyakkan di sebelah Putera Xavian. "Cakap dengan papa. Wajah kau macam runsing. Pasal perang? Sudahlah Xavier. Kita dah menang. Tak lama lagi kerajaan Yinem akan jadi hak milik kita."

"Xavier dah hantar surat amaran kepada Kerajaan Yinem. Putera Hermes , Raja Luth, Ratu Oldilya dan puteri mereka yang jahanam tu harus serah diri dalam masa 14 hari."Gumam Putera Xavier. Jauh matanya menghadap panorama kota Slenada yang tersergam megah di depan mata.

Raja Xavian tepuk bahu Putera Xavier.

"I'm very proud of you, my son. Sekarang ni pemimpin Yinem tak boleh larikan diri daripada kita. Kerajaan Yinem dan Slenada akan bergabung. Kita akan menjadi sebuah kota yang besar. Rakyat Yinem kita boleh pajakkan sebagai hamba dan buruh kasar."

Raja Xavian tersenyum bangga. Raut muka yang kosong kelihatan terserlah pada wajah si putera. Seperti mahu menyampaikan sesuatu kepadanya.

"Kau macam tak gembira dengan kemenangan Slenada."Tebak Raja Xavian.

"I'm happy. I'm happy for my Kingdom!"Tekan Putera Xavier. Siapa yang tidak gembira atas kemenangan yang dikecapi?

Raja Xavian menyepikan diri. Wajah sang anak ditatap. Putera Xavier kelihatan menyambar sebilang pedang Paramedoen

"May i know what's wrong with you?"

"Who is Princess Ora Lilian?"Ujar Putera Xavier.

Raja Xavian terkedu. Princess Ora Lilian? Bukankah Ora Lilian itu Puteri Ora Lilian Kerajaan Yinem iaitu anak tunggal kepada Raja Luth dan Ratu Oldilya?

"Princess Ora ialah puteri kesejahteraan dan cinta Kerajaan Yinem."Sahut Raja Xavian. Raja separuh abad itu mulai tidak senang dan hairan di atas pertanyaan anakandanya.

"Xavier nak dia tinggalkan Yinem dalam masa terdekat ni. Kalau dia nak Yinem selamat."

Raja Xavian mengerutkan dahi. Putera Xavier mahu Puteri Yinem itu meninggalkan tanah airnya? Untuk apa? Tak ada Puteri yang sanggup meninggalkan negerinya sendiri melainkan berkahwin dan atas urusan negara darurat.

"Apa maksud anakanda?"

"Anakanda nak dia kahwin dengan anakanda dan duduk di dalam penjara anakanda selama-lamanya. Semua ini balasan untuk Barbarian. Dia ialah pembunuh Barbarian!"

Putera Xavier menghayunkan pedang Paramadeon tadi lalu tersasar mengena tepat pada sebuah patung replika seorang manusia bersayap dua. Sink! Kepala patung replika tersebut jatuh menghempas lantai. Jatuh berserakan.

"Kahwin dengan Xavier? Xavier dah gila ke? Takkan ada keturunan Zicarus berkahwin dengan orang Yinem! Mereka tu bangsa yang tidak mempunyai peradaban yang kukuh! Mereka tu hanya setaraf hamba kita saja! Macam mana dengan Lady Tamara? She is your wife dan sedang hamil sekarang ni!"Murka Raja Xavian.

Takkan ada keserasian di dalam perkahwinan Slenada dan Yinem. Slenada beragama Yahudi manakala Yinem percaya dan menyembah nenek moyangnya sendiri.

"Xavier tak kisah dengan semua tu. Yang penting, hati aku puas dapat tuntut bela atas kematian Barbarian."Tekad Putera Xavier.

"Baiklah. Kalau itu Xavier nak. Papa tak dapat halang. Kau dah pandai fikir cara nak kayuh rumahtangga kau sendiri. Tak lama lagi kau akan ditabalkan jadi Raja Slenada. Inform benda ni dengan mama kau. Kalau dia
, nasib berpihak kepada kau. Good Luck."Raja Xavian malas mahu memanjangkan cerita. Jika itu pilihan yang Putera Xavier mahukan, itulah keputusannya.

Nun jauh di sudut hati, Putera Xavier mengukir senyuman kemenangan. Puteri Yinem itu harus menjalani hukumannya di Slenada tanpa diberi peluang untuk melakukan sebarang perbicaraan dan bela diri. Puteri Ora harus bertanggungjawab di atas kematian Barbarian!

***

Yinem semakin nazak. Selepas kalah di dalam peperangan, nasib Yinem bagai jatuh ditimpa tangga. Akhirnya Raja Luth mangkat selepas mengatahui kekalahan Yinem. Puteri Ora dan Ratu Odilya bercadang mahu melarikan diri ke Lasgard.

Air mata disapu laju. Dia bukan menangis untuk kekalahan Yinem tapi menangis atas apa apa yang akan berlaku pada satu hari nanti. Kemana arah tuju Kerajaan Yinem.

Jika mahu kebebasan daripada Slenada,
Puteri Ora harus menggadaikan tubuh dan maruahnya kepada Putera Icarus! Puteri Ora akan dibebaskan selepas berjaya melahirkan anak sulung lelaki.

Ya, itulah permintaan dari Kerajaan Yinem yang tidak masuk akal fikiran. Mereka melakukan dan memperalatkan orang Yinem seperti manusia yang tidak bermaruah. Perbuatan kotor serta taktik kotor Slenada sangat keji!

Kedengarannya namanya dipanggil kasar oleh seseorang yang dia kenal. Siapa kalau bukan Putera Hermes yang sangat egois itu? Sampai saja di pintu harem, dia kelihatan membawa lima orang tentera Yinem lalu mengarahkan tentera Yinem untuk menangkap Puteri Ora.

"Patik takkan kahwin dengan Putera Xavier! Patik tak nak Hermes! Patik tak nak! Patik lebih rela mati dari patik akan diperhambakan macam orang tak ada maruah di Slenada!"Nyaring suara Puteri Ora.

Puteri Ora menyangkal habis-habisan keputusan Putera Hermes yang mahu menggadaikannya kepada Kerajaan Slenada demi menyelamatkan kedaulatan negara.

"Ini demi Yinem! Hanya kau saja yang dapat selamatkan Yinem sekarang ni. Kau suka tengok Yinem ni semakin hancur? Kau kena bergadai Ora!"Gertak Putera Hermes.

"Pengkhianat! Tuanku sanggup jual patik kepada Putera Xavier tu? Tuanku tengok berapa ramai orang Yinem dia dah bunuh? Kalau kita nak selamat bukan ini cara dia!"

Putera Hermes merapati Puteri Ora. Rambut Puteri Ora yang panjang mengurai dan lepas separa pinggang itu lalu dipagut keras.

"Kau jangan banyak cakap Ora! Esok pagi kau akan dihantar ke Slenada. Bukan susah pun jadi hamba seks! Kau layan saja bodoh! Ayahanda kau dah mati, bonda kau nak larikan diri ke Lasgard. Semua lepas tangan! Kau pulak tak nak berkorban apa-apa untuk Yinem!"Jerkah Putera Hermes.

Tubuh Puteri Ora ditolak sehingga jatuh di atas lantai. Beberapa orang tentera diarahkan untuk menggari serta mengikat tangan dan kaki Puteri Ora. Puteri Ora meronta-ronta di dalam ikatan. Minta dilepaskan tapi rayuannya dipandang sepi.

Tiada daya untuk dia melayan kudrat askar Yinem. Seni mempertahankan diri juga pudar. Rakyat-rakyat membaling tahi ke arah keturunan mereka.

"Bajingan! Tuanku antara keturunan Yinem yang dilaknat selepas ini! Patik bersumpah, Yinem akan selamanya dipijak oleh Kerajaan Slenada! Tuanku tidak berhak memerintah Kerajaan Yinem!"Bentak Puteri Ora.

Tiba-tiba, pangggg! Tamparan sulung Putera Hermes menyebabkan Puteri Ora terdiam. Pipi yang panas serta sakit dipegang. Air matanya bergenang di pelupuk mata.

"Angkat dia! Beta nak dia dikurung dalam penjara! Tak ada siapa boleh masuk penjara bawah tanah. Tak ada siapa boleh melawat Puteri Ora! Puteri Ora akan dijual kepada Kerajaan Slenada untuk menjaga kemakmuran negara!" Titah Putera Hermes.

"Remember, dia bukan Puteri Yinem lagi!"

"Hermes! Lepas! Lepaskan beta!"

Gertak Puteri Ora. Tubuh Puteri Ora diheret ke dalam penjara bawah tanah yang menempatkan golongan-golongan penjenayah, gladiator dan hamba abdi. Jeritannya dan tangisannya tidak di hiraukan oleh Hermes dan tentera Yinem.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience