BAB 1 : GLADIATOR

Romance Series 4257

"A King only bows down to his queen"

Yinem Kingdom,

25 tahun kemudian...

25 tahun sudah berlalu. 25 tahun itu juga Kota Yinem seperti kota mati kehangusan yang baru saja dibakar oleh kemarau berpanjangan. Anak-anak kecil merangkak kelaparan dan warga tua dipaksa untuk berkerja sehingga ke titik nafas yang terakhir.

No Justice

No mercy for Yinem

Siang malam teriakan dan tangisan seperti embun yang menyelimuti malam dan panas yang memayungi siang. Tidak pernah ada noktahnya. Kota Yinem bagaikan seorang manusia yang putus harapan untuk terus hidup. Hidup segan mati tidak mahu. Segalanya musnah dan rakyat Yinem seperti pelarian di bumi sendiri.

Semboyan ditiup

Kota Yinem tidak lama lagi akan jatuh ke tangan Slenada!

Di singgahsana yang dipanggil Pyrus Orinx, kelihatan seorang puteri raja sedang berduka cita dan sedang melayan perasan berkecamuk melihat tanah kelahirannya sendiri musnah akibat jajahan tentera Slenada yang tidak berperikemanusiaan langsung.

"Aku bersumpah demi nama Tuhan, aku tak akan tunduk dan tidak akan menyerahkan maruah Yinem kepada Kerajaan Slenada yang bajingan itu. Slenada harus diberi pengajaran!"Sumpahnya dihadapan Kota Yinem yang hancur. Air mata jernih kelihatan mengalir lesu dari pelupuk mata. Geram dan sakit hati dengan tindakan Kerajaan Slenada yang tamak haloba sehingga mahu melahap semua kota-kota kecil seperti Kota Yinem.

Asap-asap tebal masih berkepul-kepul memenuhi ruang udara. Sudah tiga hari Kota Yinem begini. Hujan juga tidak turun. Seperti mahu menambahkan lagi keperitan dan kesengsaran rakyat Yinem.

Ratu Odilya, Ratu Yinem terus merapati anak tunggalnya itu. "Anakanda, bonda nak anakanda melarikan diri ke Lasgard. Disana akan ada perkhidmatan perlindungan untuk kita. Kerajaan Lasgard akan menyambut baik orang-orang kita disana."

Ratu Odilya mengesat air mata dukanya. Semua ini untuk keselamatan Puteri Ora Lilian. Yinem bila masa-masa saja akan runtuh dan lenyap dari pandangan mereka selama-lamanya.

Tidak cukup dengan dugaan serangan tentera-tentera Slenada , Kota Yinem juga sedang menangis dengan kegeringan Raja Luth yang tidak dapat memutarkan urusan kepimpinan. Sekarang ini Kerajaan Yinem tunggang-langgang di bawah naungan Putera Hermes yang egois dan mementingkan diri sendiri, iaitu adik tiri kepada Raja Luth.

"Ora--"

Puteri Ora terus menggelengkan kepalanya. Tidak bersetuju dengan keputusan Ratu Odilya. "No, Ora tak akan tinggalkan bonda dan ayahanda. Ora tak akan tinggalkan Yinem. Never!"

"Sayang, dengar cakap bonda kali ini saja. Ini untuk keselamatan puteri bonda. Esok pagi, kau akan berangkat ke Lasgard melalui Sungai Jordan. Puteri bonda jangan risau. Elkeles akan jaga kau untuk bonda dan ayahanda."Pujuk Ratu Odilya dengan lembut.

"Ora tak nak."Sangkal Puteri Ora.

"Ora, tak lama lagi Yinem akan jatuh ke tangan Slenada. Biar bonda dengan ayahanda saja berjuang disini. Kita akan kalah. Kita dah tak ada apa-apa lagi"

"Tak kan semudah tu kita serahkan Yinem kepada Slenada? We have to fight. We can't give up bonda!"Jerit Puteri Ora dengan lantang. Bahu Ratu Odilya dipegang teguh.

"Maafkan bonda sayang..."Tangis Ratu Odilya dengan sayu. Dahulu, dia mempunyai kuasa untuk menundukkan sesiapa saja. Sebagai Dewi Cinta, sejahat manapun seseorang itu pasti akan melutut di bawah kakinya. Kini Ratu Odilya lemah kerana terkena sumpahan ratusan tahun yang lalu. Dia bukan keturunan Zicarus lagi kerana perkahwinannya dengan Raja Luth bukan kehendak Dewa Zicarus.

Seperti faham akan kesedihan dua beranak itu, hujan mulai turun dengan lebat seperti air mata Ratu Oldilya yang galak menelusuri pipi. Tubuh langsing Puteri Ora dipeluk erat. Lamunan mereka terhenti setelah terdengar bunyi pintu gerbang Pyrus Orinx terbuka dengan luas.

"Kenapa Elkeles?"

"Your Highness, Lord Luth sesak nafas."Ujar Elkeles muka suram.

Puteri Ora dan Ratu Oldiya membeliakkan biji mata mereka. Terpempan.

"Elkeles, panggil tabib sekarang juga. Now!"Arah Puteri Ora. Tegas. Laju kakinya berlari ke arah ke arah harem.

***

"Prince Icarus!Prince Icarus! Prince Icarus!"Bunyi teriakan dan tempikan penyokong-penyokong kedengaran gamat di amfiteater ataupun Perani Arles yang berfungsi sebagai tempat hiburan , sukan dan persembahan.

Sorakan empat puluh ribu manusia sekarang ini semakin merancakkan lagi perlawanan gladiator di dalam bangunan bereka bentuk bulat, bertingkat dan dihiasi dengan marmar, stuko serta patung Dewa Zicarus itu.

Hari ini merupakan hari terakhir untuk menguji ketahanan dan kekuatan putera-putera Raja Xavian. Yang mampu bertahan hanyalah seorang jejaka yang sedang menghayun blood pact pendants di dalam bulatan Perani Arles sekarang ini.

Di musim pertama jejaka itu telahpun menumpaskan Putera Xavill Alastor, iaitu dikenali sebagai 'God of family feuds and avenger of evil deeds' dan pada musim yang kedua, jejaka itu akhirnya dapat merebahkan Dewa Angin iaitu Putera Xavira Attis.

"Rakyat Slenada yang disayangi, jika Putera Icarus kalah di dalam perlawanan ini ,Putera Icarus akan dihukum berendam di dalam kolam tahi lembu selama 40 hari 40 malam."

Putera Xavier merengus

"Selain itu, takhta juga automatik turun kepada Dewa Angin, Putera Xavira Attis! Penyitaan harta ,perampasan alatan perang dan pengurangan gundik-gundik di dalam harem juga akan dilakukan! Jika Putera Icarus menang, Slenada akan menjadi hak milik Putera Icarus! Sebagai dewa yang baran dan pantang dicabar, adakah Dewa Perang kebanggaan Kerajaan Slenada menyahut cabaran patik? Yang benar, Senator Paulus."Tanya salah seorang wakil Senator.

Senyap

Semua orang masih menunggu jawapan Putera Xavier.

Sedetik, dua detik, tiga detik...

Putera Xavier mengetap rahangnya. Berendam di dalam kolam tahi lembu? Fuck! Undang-undang sampah!

Wars Wager disambar selepas lelaki tersebut menyarungkan Couatl Herald Guard ke badannya yang kekar enam ketak. Kaki ditekan ke tanah dan mata helangnya tetap ditujukan ke arah sangkar besi yang didiami oleh dua ekor harimau bintang seberat lapan puluh kilogram di depannya sekarang ini.

Grrrrrrr! Grrrrrrr! Harimau bintang yang ganas serta buas itu kelihatan mengaum-ngaum di dalam sangkar besi tersebut. Ibarat tidak sabar untuk mengoyakkan tisu badan Putera Xavier.

Putera Xavier tarik nafas dalam-dalam. Berdesing telinganya mendengar geseran kuku harimau bintang tersebut tatkala terkena pada palang sangkar besi.

Fokus dan teliti.

"Slenada!!!"Teriak Putera Xavier. War Wager dan perisai besi diangkat tinggi.

Caburan disahut!

Para penyokong tersentak mendengar pengakuan persediaan Dewa Perang itu. Masing-masing angkat punggung dan memberi semangat kepada Putera Xavier yang sedang bertarung nyawa dan maruah kini.

Slenada! Slenada! Slenada! Slenada! Slenada!Ting! Ting! Ting! Loceng dibunyikan menandakan perlawanan akan berlangsung akan tidak lama lagi. Gempita suara para penyokong semakin menyelubungi seluruh Slenada. Semboyan juga akhirnya dibunyikan.

"Chargessssssssss!!!"

Bum! Bum! Bum! Pintu perangkap besi dibuka. Dua ekor harimau bintang yang kelaparan tadi terus menggelepar keluar dari pintu besi yang baru sahaja dinaikkan oleh para tentera yang sedang berjaga di luar kawasan perlawanan tersebut.

"Come on, fucking bitches."Desis Putera Xavier sendirian. Rantai besi blood pendants diputar-putar. Salah seekor daripada harimau bintang tadi terus meluru laju ke arah Putera Xavier. Bak!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience