BAB 10 : KING OF SLENADA

Romance Series 4257

"A King Only bows down to his queen"

Basah tapak tangannya membendung rasa seriau yang sedang berkabut di dalam diri. Pandangan tetap dia halakan pada singgahsana yang kosong seperti sedang menanti tuan barunya melabuhnya punggung disitu.

Puteri Ora rasa serba salah hendak menyambut tangan kasar yang sedang terhulur di depannya. Mata helang itu tidak pernah berkedip meratah setiap inci kulit mukanya.

Di depan Raja Xavian, sudah terhidang mahkota raja yang dinamakan The Maximillan. Diperbuat dari bahan seperti batu permata,  mutiara,  sapphires,  emeralds dan ruby.

Bersebelahan dengan Raja Xavian,  Ratu Zasvia dan Lady Tamara masing-masing menarik muka masam dengan keputusan yang diputuskan oleh Putera Xavier petang semalam iaitu mahu Puteri Ora menjadi pengganding bila tiba masanya dia naik atas takhta. 

"Walk."

"No, i can't."

"Jangan malukan aku."Tegas Putera Xavier.  Lengan Puteri Ora dicengkam.

"Patik tak kisah."

"Kenapa?"Putera Xavier undur semula langkah ke belakang. Rahang Puteri Ora direntap. Wajah bujur sirih itu dipandang dengan ribuan kerutan pada dahi. Cantik tapi mulut Putera Xavier malas hendak memuji.

Putera Ora tersenyum sinis

"Malu? Tuanku malu dengan rakyat sendiri?  Tapi tuanku tidak malu menyeksa orang yang tidak berdosa? Lepas tu, menduakan isteri yang tengah mengandung dan memaksa orang lain untuk mengahwini tuanku. Shame on you!"

Putera Xavier menarik pinggang Puteri Ora supaya jarak sehingga tubuh mereka saling melekat.

"Jalan Puteri Yinem."

"No."

"Jalan."Pak! Belakang Puteri Ora ditolak ke depan sehingga gadis itu hampir tersungkur tapi sempat berpaut pada langsir berwarna maron yang tergantung bebas untuk memisahkan ruangan pentas dan dewan besar.

"No, Xavier. I said no!"Tekan Puteri Ora. Nafas yang mulai kencang ditahan. Pemuda sasa serta tinggi lampai itu kian menghidangkan muka bengis.

Puteri Ora berarak ke belakang lagi. "Hari ni, alangkah malangnya rakyat Slenada akan mempunyai raja seperti tuanku. Raja yang egois, mementingkan diri sendiri dan menganggap diri dia sendiri ialah antara dewa paling diberkati."

Sinis sindiran Puteri Ora.

"Bukan itu saja. Permaisuri sedang hamil tapi tuanku tergamak melukakan perasaan permaisuri. Tuanku-"

Putera Xavier tiba-tiba angin satu badan dengan kenyataan yang baru saja terkeluar dari bibir Puteri Ora. Siapa Puteri Ora hendak menilai sikap dan perbuatannya?

Rambut Puteri Ora yang panjang ditarik ke belakang. Iris mata mereka saling bertautan erat di dalam samar-samar lampu pelita.

"Kau bukan siapa-siapa nak menilai keburukan aku. Kau tak ada hak nak menghukum aku!"Gertak Putera Xavier dalam ton yang dikawal. Tangan kasarnya semakin kuat mencekup pipi Puteri Ora.

"Berhenti tuanku. You will be a king. Kalau patik hamba tuanku , takkan tak ada sekelumitpun perasaan kasihan tuanku saat tuanku mengasari hamba tuanku sendiri?"

Putera Xavier membisu tatkala soalan itu dilemparkan oleh puteri cantik di depannya itu. Lampu tiba-tiba terang benderang memancar ke wajah mereka berdua.

"You will know later..."

"Ladies and gentleman,  di hari yang indah ini Slenada akan mencatat sejarah baru setelah lima tahun kita dibawah naungan Lord Xavian!"Berdendanglah suara itu di setiap celah Agora.

"Xavier,  i hate you." Rintih Puteri Ora disisi Putera Xavier. Tiada balasan dari lelaki itu sebaliknya hanya tersenyum jahat.

Prince Icarus! Prince Icarus! Prince Icarus!

Suara-suara rakyat Slenada yang mengagungkan Putera Raja yang kejam itu semakin hingar. Membuatkan hati Puteri Ora semakin berkecamuk dan berdarah. Bergetar tulang lututnya saat kaki mereka mencecah karpet merah. Di setiap penjuru rakyat-rakyat Slenada bersorak nama Putera Xavier.

"Prince Xavier Icarus, God of War!"

Raja Xavian dan sekutunya bangun sambil bertepuk tangan. Begitu juga dengan rakyat jelata yang sudah tidak sabar hendak merasmikan pemerintahan raja baharu.

"Rakyat Slenada yang disayangi,  Putera Icarus ialah anak sulung kepada Raja Xavian. Beliau ialah keturunan Zicarus pertama yang dapat menumpaskan empat kerajaan iaitu Zerland,  Behemia , Venetian dan Yinem."

"My son."

Raja Xavian meletakkan pedang Excalibur pada bahu Putera Xavier yang sedang melutut di depan ayahandanya. Agora kian sepi. Tiada suara lagi kedengaran. Tiada sorakan lagi kelihatan. 

"In the name of God,  beta akan serahkan seluruh jiwa dan raga kerajaan Slenada kepada anakanda sulung beta,  Putera Icarus. Segala tanggungjawab beta letakkan pada bahu anakanda beta yang gagah perkasa ini. Setiap selok-belok serta tatasusila anakanda beta dalam menjalankan kepimpinan beta akan ikuti."

Raja Xavian mengambil mahkota Maximillan di atas meja."Slenada adalah kepunyaan kau anakandaku. Adakah anakanda sanggup menggalas tanggungjawab yang beta amanahkan kepada anakanda?"

Senyap

Putera Xavier akhirnya menganggukkan kepala setelah beberapa saat menerima lamaran. Dan, pecahlah sorakan bangga rakyat jelata lagi.

Prince Icarus!
Hail to the Prince Icarus!
Hail to the Prince Icarus!

Raja Xavian tersenyum lantas menepuk bahu Putera Xavier. Mahkota Maximillan dipakaikan di atas kepala Putera Xavier. Selepas itu,  sebatang scepters,  orbs dan juga royal robes turut dihadiahkan kepada Putera Xavier.

"Slenadaaaaaa!"

Putera Xavier mengangkat pedang Excalibur itu tinggi. Bangga kerana akhirnya dapat memegang pedang warisan nenek moyang. Pedang paling kuat yang diwariskan oleh Raja Arthur kepada Raja Zicarus. Pedang yang telah menumpaskan raja-raja di Hordes sehingga terbentuknya Kerajaan Slenada.

"Slenada! Slenada! Slenada!"

"I'm a King of Slenada!"

King Xavier !
Hail to the King Xavier!
Hail to the King Xavier !

"I'm a God of War! Di setiap titisan darah beta, beta tidak akan menyerahkan Slenada kepada kerajaan yang ingin menentang beta! Beta akan hancurkan kota-kota yang lemah dan mahu mengancam beta! Bunuh mereka,  wanita-wanita mereka kita rogol sampai mengandung dan anak-anak keturunan mereka kita akan jadikan sebagai hamba!"

Ya, itulah cara pemerintahan Slenada yang baru. Puteri Ora mahu pitam. Dia rasa jijik berdiri bersebelahan dengan pemuda yang baru saja ditabalkan menjadi Raja Slenada. Ibarat seluruh dosa mereka terpalit kepada orang yang tidak bersalah.

"Tak ada yang dapat menghalang beta kecuali Tuhan, ajal dan maut! Beta tidak akan tunduk kepada kerajaan-kerajaan lain misalnya Kerajaan Yinem!"

Bakkkk! 

Di tengah-tengah gempita suara orang ramai yang sedang bersorak,  beberapa orang tentera kelihatan mengheret salah seorang daripada banduan Yinem. Tubuh lelaki separuh umur yang agak kurus kering itu diterajang ke depan Raja Xavier.

"Ampun tuanku. Orang ini telah tertangkap kerana mencuri roti dan sayur kobis!"Adu salah seorang daripada askar Slenada yang zalim itu.

Raja Xavier mengetap rahangnya.

"Beta paling pantang rakyat beta mencuri tapi kaki dan tangan tak cacat langsung nak cari makanan sendiri! Nak aku cacatkan tangan dan kaki kau ke bodoh?!"Jerkah Raja Xavier di depan orang ramai.

"Ampunkan patik tuanku. Anak-anak patik lapar. Kami kekurangan makanan. Isteri patik sakit tenat. Patik juga baru-"Lelaki tua malang itu tidak sempat menghabiskan seluruh ayatnya saat Raja Xavier menendang tubuhnya sehingga tersasar ke tengah Agora.

Bammmmm!

"Ampun tuanku! Patik tidak akan mengulangi kesalahan patik lagi. Berikan patik peluang sekali lagi. Patik... "

"Ayah! Ayah! Lepaskan ayah kami! Ayah kami tak bersalah! Ayah kami tak mencuri! Lepaskan ayah kami!" Tiga orang kanak-kanak tahanan dibawa ke depan Raja Xavier. Semuanya masih kecil. Kira-kira baru sahaja berumur lima hingga ke tujuh tahun. 

"Hukumlah patik tuanku jika kesalahan patik ini tidak dapat diampunkan. Anak-anak patik tidak bersalah. Jangan hukum anak-anak patik. Jangan jadikan anak-anak patik sebagai hamba. Patik merayu..."

"Beta tak peduli. Bangun!"

Tengkuk banduan itu dicekup. Bak! Hidung banduan malang itu dihentak dengan menggunakan sikunya sehingga anak-anaknya kembali menangis dan menjerit-jerit meminta belas kasihan. 

"Bawa orang ini ke kawasan hukuman! Beta mahu kepala orang ini dipenggal sekarang juga!"Titah Raja Xavier dengan bengis.

Orang tua malang itu diheret oleh askar-askar Slenada keluar dari pintu utama Agora. Ada yang mengejek lelaki tua tersebut dengan melemparkan batu dan pasir. Pak! Pak! Pak! 

Puteri Ora hilang arah.

"Pencuri! Perompak! Anak perompak! Anak pencuri!"

"Cukup! Hentikan semua ni! Cukup!"Pekik Puteri Ora. Kakinya laju memeluk tubuh tiga beradik yang sedang dibaling dengan batu-batu kecil. Tangisan mereka amat sayu. Melihat Puteri Ora erat memeluk kanak-kanak dari Yinem itu, Raja Xavier bangkit dari singgahsana.

Terpempan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience