BAB 5

Drama Completed 338

Esoknya, aku dan Ajat menuju ke Pantai Telok Kalong tempat rumah
peranginan yang diusahakan oleh ayahku dan ayahnya . Dari kejauhan ku
lihat ayah dan bakal ayah mentuaku sedang berbual di gazebo kayu. Erk,
bakal ayah mentua ke? Harap-haraplah. Desis hati ini sendiri.
Entah bila gazebo itu ada di situ? Ketara indah keseniannya ala-ala
hiasan Bali itu. Lama benar rasanya tidak menjengah ke kampung. Bagaikan
berjawatan seorang jurutera atau lebih lagi doktor. Sibuknya tak
menyempat. Nak lebih lagi, Perdana Menteri. Heee…
“Assalamualaikum, ayah, Pakcik Zamir ,” ucapku. Itulah nama ayah Ajat ,
Zamir dan ayahku pula Rahim. Emakku Rahimah dan ibunya Rosnah. Menarik
kan, susun atur abjad nama aku dan Ajat ?
Selepas mereka menjawab salam, aku memaut huluran tangan ayah dan
tersenyum pada ayah Ajat . Kami sama-sama melabuhkan duduk di atas
bangku yang diperbuat daripada batang kayu berdiameter 15 icni itu.
Hatiku terpaut. Rasanya berada di tempat lain sedangkan hanya bertenggek
di gazebo yang hanya sekangkang kera.
“Cantik gazebo ni, ayah? Arkitek mana yang buatkan ni?” tanyaku teruja.
Mataku tidak lepas memandang jutaian pokok menjalar di sekelilingnya.
Mahu saja meminta agar Ajat melamarku di sini nanti. Erk, dia nak aku ke?
“Bukan arkitek tapi jurutera,” jawab ayah bagaikan berselindung. Aku
angkat bahu, malas nak mengada bertanya lebih-lebih di depan Ajat dan
ayahnya.
“Emm, tahniahlah buat jurutera tu sebab buatkan Rea terpaut hati pada
dia walaupun tak tahu dia siapa dengan hiasan gazebo ni,” ujarku
selamba. Mahu mengenakan Ajat . Agar dia tahu erti cemburu dan
dipamerkan sedikit kesungguhannya dalam menginginkanku. Tapi, hampa.
Sudahnya aku kecewa sendiri bila dia buat muka selamba berborak dengan
ayahku. Siap tukar topik! Aduh, pedihnya.
“Lama cuti kali ni, ya Ajat ?” tanya ayah. Aku menyiku ayah. Memberi
amaran dalam diam.
“Oh maaf, Rea! Rea saja boleh panggil Rohaizat Ajat , kan?” usik ayah. Aku
tarik muka. Pakcik Zamir ketawa dan Ajat , seperti biasa. Tayang muka
ketat yang selamba la. Apa lagi!
“Lama jugaklah, pakcik. Nak sempurnakan semua dalam sebulan ni jugak.
Lepas tu baru boleh balik Skudai, siapkan projek akhir dengan jayanya.
Cari pembakar semangat dulu, baru bersemangat. Tak gitu, ayah,” ujar Ajat .
“Baguslah tu. Pakcik tak kisah. Mana kamu rasa elok, eloklah pada kami,
ya Jak?” sambung ayah pula. Pakcik Zamir mengangguk laju.
Erk, apa sajalah yang dibincangkan? Ajat pun satu. Janji nak berjalan
tepi pandai. Sudahnya berborak dengan ayah pula! Rungut hatiku pilu.
Entah mengapa, selepas peristiwa angka 40 itu, aku makin terasa yang
Ajat sudah berubah hati. Mungkin saja kerana dia dikelilingi wanita
cantik yang berpendidikan. Educated cakap orang barat. Tapi, aku? Bukan
educated tapi bawah tempurung ada katak! Tapi, tak mengapa juga. Selagi
katak itu warna hijau pucuk pisang, aku suka.
“Rea nak jalan tepi pantai dulu, ayah, Pakcik. Dah lama tak tengok air
laut,” ucapku sambil mengangkat tubuh.
“Hai, berani pulak nak ke pantai?” tanya ayah bagai tidak percaya.
“Bolehlah daripada takut langsung tu.” Jawapanku mengundang tawa pada
ayah dan Pakcik Zamir . Aku hanya menjeling Ajat sekilas menghantar
ajakan dalam diam tapi.... emm... seperti biasa juga. Malas dah nak cakap.
“Hati-hati kat tepi pantai tu. Karang masuk ke laut pulak. Awak tu
pantang dengan laut,” jerit Ajat . Aku hanya mengangkat tangan tanpa
menoleh.
“Eleh, aku pantang laut pun pandai berenang, kau tu, boleh?” rungutku
membawa hati yang merajuk lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience