BAB 3

Drama Completed 338

Aku melompat kegirangan bila Ajat memberitahu yang kami akan bertolak
pulang ke Kemaman awal pagi ini. Seusai Subuh dia menelefonku
memberitahu perkara itu. Katanya hadiah untukku kerana merajuk sewaktu
di The Mall semalam. Tidak cukup dengan 2 potong Carrot Cake yang dia
belanja, dia add on lagi dengan cuti pulang ke kampung lebih awal dari
yang dijanjikan.
Telefon bimbit ku gapai. Kepada bos ku titipkan pesanan untuk memohon
cuti kecemasan. Mujur sahaja bosku tidak banyak bersoal jawab. Iyalah,
setakat kerani biasa. Yang hanya menaip surat sahaja. Menjadi pekerja
yang tidak penting mana andai aku bercuti agak lama.
“Seronok nampak?” tanya Ajat saat aku memboloskan diri ke dalam Wira
Aeroback hitam metaliknya.
“Eh, mahu tak seronok? Nak balik kampung jumpa mak ayah, seronok tu!”
Sengihku melebar. Dia hanya menjeling sekilas ke arahku dengan senyuman
tipis.
“Ajat cuti berapa lama?” tanyaku kemudiannya bila kami sudah melepasi
tol Gombak.
“Ajat cuti sebulan. Kenapa, Rea nak cuti sebulan jugak ke?” Aku tarik
muka. Tak sudah-sudah dia ingin mengenakanku.
“Rea cuti seminggu je. Tapi, hari ni dah tambah lagi 3 hari, jadilah 10
hari,” terangku.
“Ajat cuti ni pun sebab nak buat research. Projek akhir nak dekat dah
ni. Kalau tak lulus, maut la Ajat nanti. Sanggup ke Rea nak tunggu
Ajat lagi beberapa tahun? Silap-silap umur 40 Ajat dok bersanggah lagi
kat UTM tu,” ucapnya. Aku menggeleng.
“Eii... umur 40 dah tua gayut la Rea nanti. Ajat tak apa lelaki,”
protesku buat-buat merajuk.
“Harrea Cempaka ni kan cantik. Ajat ni sapa la nak. Nerd la katakan,”
leretnya. Bibirku tersenyum tanpa dipaksa.
“Eleh, cakap merendah diri tak bertempat nampak. Awak tu lagi la ramai
orang nak, Encik Rohaizat Adrian . Nerd tu sebab cermin mata awak je. Jangan
lupa yang awak tu bakal ada Master. Bekas engineer pulak tu. Lepas ni,
dah tentu-tentu dapat jawatan lagi baik punya. Bukan macam saya ni, SPM
saja ada. Kerja kerani pulak tu. Umur 40 semua dah kedut. Masa tu, orang
pun tak ambil tahu saya wujud ke tak atas muka bumi ni,” ujarku
menidakkan apa yang Ajat ucapkan tadi.
“Lelaki ni lain dengan perempuan, Ajat ! Bak kata pepatah. Resam padi,
makin tunduk makin menjadi dan resam lelaki, makin tua makin dicari,”
sambungku. Ajat ketawa.
“Kenapa ketawa?” tanyaku.
“Memang Ajat akui yang Rea ni berjiwa penulis. Berpepatah saja. So, Rea
dah cakap begitu, kalau kata Ajat tak lulus projek akhir ni, Rea kahwin
la orang lain. Suruh Makcik Rahimah carikan. Ajat nanti umur 40 pun
boleh cari lain sebab nak habiskan jugak Master tu walaupun Ajat rasa
dah serik nak belajar lagi. Pening kepala otak ni. Boleh tandus!” Ajat
ketawa.
Entah mengapa hatiku dipagut pilu. Diam menelan liur yang terasa kelat.
Akalku tidak dapat mencerna kata-katanya dengan baik. Terasa ada sembilu
yang tertusuk ke hati. Ajat seriuskah? Sukar ku tebak perasaannya
padaku biarpun berbelas tahun kami bercinta. Bila difikirkan, cintakah
dia padaku? Kerana selama ini, sikapnya tidak pernah menyuratkan apa
yang tersirat.
Tidak sedar bila rasa sarat di mata hilang bila air jernih itu menitis
laju melalui lekuk pipi. Aku terus melarikan wajah ke kiri. Menyorokkan
wajah yang muram dan sebek daripada Ajat . Menyandarkan kepala ke seat
kereta lalu memejamkan mata.
“Rea mengantuk. Pagi-pagi lagi Ajat kacau. Rea tidur jap. Kalau Ajat
nak tukar driver nanti kejut Rea. Kalau tak jangan kejut,” pesanku lemah.
“Okey,” jawabnya sepatah. Tiada terusik sedikitpun emosinya dan mataku
terus tidak mendengar kata. Masih mahu merintikkan airmata biarpun akal
ini jenuh melarang. Haru!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience