BAB 10

Drama Completed 338

“Sampai bila nak renung abang?” Suara yang sedikit serak itu
mengejutkanku. Langsung tercantas lamunanku yang panjang. Baru terasa
kaki yang kebas kerana terlalu lama berteleku di birai katil. Perut yang
sarat sedikit sebanyak membuatkan pinggang ku lenguh bila kenangan itu
berlalu pergi dari minta.
“Rindu nak tatap wajah nerdy ni,” akuiku telus.
“Dah tu, mari bangun. Sakit pinggang nanti. Kesian dekat baby tu.”
Lenganku ditarik lembut membantu aku bangkit dalam kepayahan lantas
duduk di birai katil rapat padanya.
“Ingat apa tadi?” tanya dia. Jemari kami bertaut sesama sendiri.
“Ingat Ajat !” jawabku selamba. Dia buntang mata. Sejak menjadi
isterinya, dia melarang aku memanggilnya begitu. Bila aku buat tidak
endah, dia menggunakan kuasa veto. Tapi hari ini, rindu pula untuk
memanggilnya begitu. Dia senyum sejurus seketika.
“Rindu Ajat , ke?” soalnya lagi. Aku mengangguk.
“Tapi, Rea lagi rindu pada Rohaizat Adrian ,” ucapku lembut. Dia meraih
tanganku ke dalam genggamannya.
“But, I miss RM more. Boleh macam tu?”
“RM? Ringgit Malaysia?” tanyaku bergurau. Ajat menggeleng.
“Harrea Cempaka ,” jawabnya.
“Boleh, boleh!” Aku angguk dan kami sama-sama tertawa.
Aku bahagia biarpun tiada pendidikan yang tinggi kerana aku yakin rezeki
dan kebahagiaan adalah kurniakan Allah. Auratku kini terjaga segalanya.
Tiada seurat rambut yang bisa menjadi tatapan. Segalanya milik Ajat .
Kini, biarpun sekadar berstatus surirumah dan penulis sepenuh masa,
cukup membuatkan aku lebih rasa syukur dengan rahmat-Nya. Inilah kisah
aku, Harrea Cempaka binti Rahim dan Rohaizat Adrian bin Zamir a.k.a. Ajat .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience