BAB 2

Drama Completed 338

Jenuh aku menanti si dia. Tapi, batang hidungnya tetap tidak terbias di
korneaku. Rasanya sudah naik kematu kakiku berdiri. Andai setengah jam
lagi dia masih belum muncul, aku pasti akan bertukar menjadi tiang
lampu. Terkena sumpahan. Sesekali aku mengetatkan ikatan tocang pada
rambutku. Jenuh juga emak membebel supaya aku memakai tudung di usia 26
tahun ini tapi aku masih belum bersedia untuk itu.
Hailah, Ajat . Jika tidak diingatkan tempatnya di hatiku, mahu saja aku
berlalu dari terus menanti setiap kali pun. Ya, setiap kali aku yang
menanti! Pedih, kan? Tapi, rasa rindu yang menderu-deru telah memakukan
kakiku. Merindui wajah teman baikku sejak dari zaman kanak-kanak.
Kini, kami terpisah kerana ilmu yang dikejarnya sedangkan aku lebih
senang memilih untuk bekerja biarpun sebagai seorang kerani dan menjadi
penulis separuh masa memandangkan masalah kewangan yang ibu dan ayah
alami waktu itu. Sesekali, hatiku dibelit hasad dengki padanya.
Berpeluang belajar hingga ke tahap Master tapi aku, SPM sahaja. Tapi,
demi kerana sayang, ku doakan jua dia berada di mercu kejayaan kelak.
“Manalah Ajat ni? Kata dah sampai KL,” rungutku. Memang nak kena mamat
nerdy ni. Erk, nerdy? Kenapa nerdy? Tidak sedar perkataan nerdy itu
terpacul dimulutkan lantas membuahkan tawa yang mengekek. Tapi, sesuai
saja dengan perwatakan dia! Bisik hati ini sendiri.
“Assalamualaikum, masih waras ke anda ni? Kenapa ketawa sendiri?”
Aku kalih pada suara yang menegur. Cam benar dengan usikan klise begitu.
Hanya dia yang berani berkata begitu padaku kerana kasih sayangku
padanya sudah lama bertapak di hati ini. Wajah nerdy itu muncul di
depanku sudahnya.
“Waalaikummussalam,” jawabku dalam pada menahan marah.
“Encik Nerdy, kenapa baru muncul? Kata dah masuk KL 2 jam sudah. Ni dah
dekat 3 jam baru nak sampai. Sesat cari The Mall ke apa?” sinisku.
Sesekali melepaskan geram padanya dengan harapan dia memujukku. Rohaizat
sengih padaku. Menggaru kepala yang tidak gatal atau sememangnya gatal
berkelumumur dan selepas itu membetulkan cermin mata berbingkai tebal
warna hitam itu. Nah, tidak salah andai dia ku gelarkan mamat nerd, kan?
“Nerdy? Sejak bila pulak Ajat tukar nama ni? Payah tu nak tukar nama.
Naik turun mahkamah, angkat sumpah segala. Lagipun, rasanya nama Ajat
dah cukup handsome dah. Tak cukup ke dengan nama Ajat yang yang Rean
berikan dulu?” Dia mula loyar buruk denganku. Aku ketap gigi. Inilah
dia, suka mempermainkanku.
Hatiku ketawa kuat. Ajat ! Itulah nama manja yang ku berikan padanya
setelah berlaku satu peristiwa dulu. Peristiwa yang tak akan pernah aku
lupakan.
“Tadi, sangkut dekat tol Sungai Besi la. Dah la PLUS pun boleh tahan
jammed hari ni. Bukan Ajat je pengguna highway kat Malaysia ni,”
sambungnya, menambah perisa pada sindiran. Aku ketap gigi. Geram dengan
sikapnya yang kurang serius. Muka je ketat, tapi perangai, longgar. Erk,
bukan longgar. Tapi, selamba.
“Yalahlah sangat Ajat tu. Lain Rea tanya, lain Ajat jawab. Bukan ya
atau tidak je, berjela-jela Ajat punya ulasan. Memanglah nama nama
Ajat handsome tapi Ajat tu, handsome ke?” Aku angkat kening
berkali-kali dengan senyuman sinis di hujung bibir.
“Kalau tak handsome, orang tu nak kena tunggu Ajat ni sampai berbelas
tahun dah?” sinisnya bersama senyuman di hujung bibir.
Erk, aku telan liur. Tersekat nafas seketika bila menerima sindiran
begitu. Ceh, aku yang mulakan, aku yang terkena.
Demi melarikan wajah yang terus memerah, aku terus berlalu menuju ke
Secret Recipe. Sejak dari pagi tidak makan kerana terlalu teruja untuk
bertemu dengan buah hati pengarang jantung.
Setelah beberapa tapak, langkahku pegun. Rasa bagaikan Ajat terpaku di
tempat tadi. Aku kalih dan dia rupanya sedang membelek sesuatu di sebuah
booth yang menjual beraneka selendang dan tudung. Aku kembali mendekatinya.
“Buat apa lagi ni? Orang dah lapar la, Ajat . Dari semalam tak makan tau
tak? Jomlah, kita makan dulu,” rengekku. Ajat kalih padaku lalu
tersenyum dan seketika mengalihkan pandangan ke rambut hitamku.
“Cantik bertocang hari ni?” pujinya. Aku senyum. Bahagia bila sesekali
dipuji oleh buah hati.
“Beli kat mana? Kalis apa ya tocang tu?” Senyumanku mati. Pedih hulu
hati dengan kata-kata itu. aduh, tepat menusuk ke jantungku.
“Tapi lagi cantik kalau pakai tudung, kan?” sambungnya. Selama ini dia
tidak pernah mempersoalkan diriku yang tidak bertudung tapi hari ni,
rasa lain pula.
“Rea dah 26 tahun, kan?” Tanya Ajat kononnya tidak tahu. Sedangkan aku
dengan dia seumur. Lahir pada tarikh, bulan dan tahun yang sama. Mujur
sahaja waktu tidak serupa.
“Ajat rasa dah sampai masanya Rea pakai tudung atau Rea tak terbuka
hati lagi nak pakai tudung?” Aku sengih menahan pijar di wajah bila dia
bertanya begitu.
“Bukan Rea tak nak pakai, Ajat tapi bagi Rea sikit masa lagi. Rea tahu,
pakai tudung tu wajib bagi umat Islam.”
Ajat geleng kepala dengan senyuman tipis yang tergaris di bibir
kemerahan itu. Dia membetulkan kanta matanya seketika sebelum membelek
sehelai demi sehelai selendang yang bergantungan. Aku hanya memerhati.
Serasa hilang lapar mendengarkan komen Ajat kali ini.
“Harrea Cempaka , bertudung itu tidak wajib langsung,” ucap Ajat padaku.
Aku buntang mata. Terkejut dengan kenyataannya. Ajaran sesat mana pula
yang melekat pada buah hatiku ini? Oh, Tuhan. Tidak!!! Dia selamba
sahaja mengangkat kening pada gadis penjual itu. Lalu tersenyum penuh
makna padaku.
“Ajaran sesat mana yang Ajat ikut pulak ni? Walaupun Rea tak bertudung
tapi Rea tahu yang bertudung itu wajib,” tekanku sedikit tegas dengan
niat ingin menyedarkan dia.
“Eh, mana ada ajaran sesat? Betullah Ajat cakap. Bertudung tu tak
wajib. Yang wajibnya menutup aurat. Tak kiralah pakai kelambu ke, pakai
langsir ke, pakai selimut ke, kain batik ke, guni sekalipun. Okey? Boleh
macam tu?” jawabnya tenang. Gadis penjual itu mengekek ketawa. Aku ketap
bibir menahan geram. Alih-alih aku yang kena!
Tanpa menunggu lama, aku terus berlalu meninggalkan dia yang masih setia
membelek selendang. Terus ku bawa rajuk hati ke Secret Recipe. Hanya
Carrot Cake sahaja yang bisa mengubati hatiku kala ini. Oh, hanya kau
Carrot Cake. Tidak Ajat atau Rohaizat Adrian itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience