BAB 6

Drama Completed 338

Pagi itu, aku tercari-cari kelibat emak selepas aku bersiap. “Eh, mana
mak ni? Dah la aku tak boleh tak tengok wajah dia satu hari. Dah ada
live nak la tatap. Selama ni, dok renung gambar je,” gumamku.
“Kau ni waras ke tidak, dik? Sejak bila pandai cakap seorang diri?” Erk,
soalan ni Kak Resya ni tiru dan tampal daripada Ajat ke?
“Waras,” jawabku buat-buat nada orang Jawa.
“Cari mother? Mana?” Aku angkat kening.
“Kat belakang, kopek kelapa. Nak buat kenduri,” jawab Kak Resya lalu
duduk menyusukan bayinya. Pipi tembam si comel Rizqin aku cubit.
Merengek anak itu hinggakan Kak Resya menepis tanganku.
“Tiga empat hari dah Rea balik ni, tak nampak pun Abang Rizman?”
tanyaku. Itulah menariknya keluarga aku dan Ajat . Semuanya berabjad ‘R’
di pangkal nama. Termasuk ipar duai segala.
“Abang ipar kau tu naik pelabuhan minggu sudah. Sehari dua nak kenduri
nanti dia balik la?” Aku mengangguk tanda mengerti lalu kembali mencuit
pipi Rizqin.
“Kau tak nak tahu ke mak buat kenduri kenapa, Rea?”
“Emm, toksah cakap. Seperti biasa jelah tu,” jawabku merenung Kak Resya
seketika dan dia tersenyum penuh makna. Lalu berlalu ke bilik.
“Orang nak menyusu, kau kacau kenapa? Beranaklah sendiri nanti, biar
akak kacau anak kau. Kau tahulah masa tu angin ke ribut,” marah Kak
Resya dan aku terus ketawa. Kedekut anak!
Tawaku tidak lama, mati selepas itu bila memikirkan perihal kenduri.
Biasa yang ku maksudkan tadi adalah kesyukuran hari lahir aku dan Ajat
tapi ini lambat lagi. Kenduri apa?
“Boleh jadi saja-saja mak buat. Top up pahala kot,” bisikku pada diri
sendiri. Sudahnya aku terus mendapatkan emak yang sedang menolong ayah
mengopek kepala.
*******
Dua hari tidak berjumpa Ajat , aku benar-benar kerinduan melihat wajah
nerdnya. Nerdy in my heart and will always stay there ever! Katanya
sibuk menguruskan sesuatu.
“Rea tinggal cuci kaki je nanti!” Itulah jawapannya bila di tanya.
Senyum memanjang sedangkan aku mencuka 24 jam. Geram aku dibuat si
lelaki ini.
Pada emak ku pohon keizinan untuk ke pantai bersama Ajat . Menikmati
kebiruan laut yang disukainya. Segalanya biru dan bukan semua biru tapi
biru lembut saja. Aku pula segalanya hijau, juga bukan semua hijau tapi
mestilah hijau pucuk pisang saja. Bila difikirkan, besar bezanya kami
ini. Yang serupa hanyalah tarikh lahir dan Lord of The Ring sahaja.
Tapi, bila aku memilih hero cerita itu yang bernama Aragorn, dia selamba
memilih Gollum, makhluk pelik yang terkena sumpahan.
Bila ke gerai atau ke restoran selama dia menziarahiku di KL selama ni,
hanya air itu yang dimintanya. Pernah sekali kami ke Restoran Nelayan di
Tasik Titiwangsa sewaktu kami di Tingkatan 2, mengikuti lawatan percuma
yang sekolah anjurkan dan itulah detik di mana, aku melabelkan dia
sebagai Ajat dan Ajat itu hanya aku yang layak menyebutkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience