BAB 9

Drama Completed 338

Petang esoknya, aku sekadar duduk sesambil di atas gazebo kayu itu.
Memegang hujung selendang yang Ajat titipkan buatku melalui emaknya.
Pertama kali melihat wajahku bertudung di cermin, terasa sejuk mata
memandang. Erk, pelikkan aku? Memandang wajah sendiri boleh menjadi
sejuk hati tapi jangan tersilap tafsir, bukan kerana tertimpa perasan
tapi kerana kemuaraan wajah ini yang sudah menutup aurat yang menjadikan
jiwa ini sejuk. Lagipun, aku memang cute apa! Benar, aku cantik kerana
aku adalah ciptaan Allah yang tak ternilai.
“Termenung lagi?” Tanya satu suara. Dia sedang elok menongkat dagu di
pagar gazebo.
“Mana ada termenung?” Aku menidakkan kebenaran.
“Cantik bakal isteri Ajat ni bertudung. Sepatutnya dari dulu Rea
jaganya hanya untuk Ajat . Tapi, tak apa. Better late than never! Maaf
buat orang tu masuk laut!” Aku angguk saja.
“Bila pandai berenang?” soalku ingin tahu. Ajat sengih tayang gigi.
Nasib baik putih bersih tersusun rapi. Andai tidak, aku reject. Heee…
Memilih aku kan?
“Dah lama retilah!” jawabnya. Aku angguk beberapa kali.
“Selendang ni...”
“Dekat The Mall hari tu,” pangkasnya. “Ajat ada pilih sedozen,
macam-macam warna. Nanti lepas nikah esok Ajat bagi,” sambung dia lagi.
Aku rasa wajahku memerah lalu melarikan renungannya di sebalik cermin
mata bingkai hitam tebal itu. Perkataan keramat itu akhirnya terbit
sudah dari mulutnya setelah jenuh aku menunggu. Hampir menjadi tukun.
“Kenapa? Malu?” usiknya dengan menayang gigi putih yang tersusun rapat.
“Buat lagi muka nerd dia tu,” marahku manja.
“I am your nerdy, Harrea Cempaka and will always be yours ever,” ujarnya
romantik. Bibirku mengulum senyum melihatkan dia yang masih menongkat
dagu di pagar gazebo. Menjarak dariku. Menjaga adab dan susila.
Erk, rasanya ayat itu pernah ditukas hatiku. Oh, indahnya kebetulan ini,
Ya Allah! Aku langsung memanjatkan syukur pada Yang Esa. Menjaga
hubungan kami selama ini. Putih, langsung tidak ternoda.
“Nikah pakai white pearl sudah. Kenduri nanti rumah Rea warna biru rumah
Ajat warna hijau, boleh?” tanya dia. Cepat benar merancang tanpa
pengetahuanku. Semua berpakat. Aku juga yang masuk angin keluar asap,
siap lemas segala. Mujur tidak dijemput Allah pulang ke hadrat-Nya.
“Any other option?” tanyaku sekadar mengusik. Ajat menggeleng.
“Nope, there’s no option. Dead order,” dan aku meletuskan tawa.
“Kenapa selama ni Ajat tak pernah bercerita pasal nikah kahwin ni
dengan Rea?” tanyaku ingin tahu. Benar-benar ingin tahu. Bukan sehari
aku menantinya tapi seumur hidupku.
“Nak cakap buat apa sekadar nak sedapkan hati Rea. Nak main tarik tali,
nak bergurau. Ni tengok, sekali ucap je terus langsung. Kan senang!” Dia
melambungkan kotak baldu biru lembut ke arahku. Erk, biru lagi!
“Apa ni?” tanyaku.
“Cincin merisik plus tunang. Pakailah sendiri. Esok nak nikah terus. Tak
ada makna nak tunang-tunang dah.”
Terlopong aku dibuatnya. Beginikah jiwa ‘budak kejut’? Langsung tiada
kata menghiasi bahasa? Sudahnya aku sarungkan jua dua bentuk cincin itu
ke jari manis. Menarik, kan? Dirisik dan ditunangkan tapi aku
menyarungkan cincin ke jari sendiri?
“Lepas tamat Master ni, Ajat dah kerja tau. Kat pejabat lama. Dapat
offer dah. Tinggal nak tamatkan projek akhir ni je. Lepas tu mungkin
kena duduk offshore sekejap. Rea kena tinggallah. Nak bawa tak boleh,
nanti hitam isteri Ajat ni!”
“Pergilah ke mana sahaja. Tapi, tinggalkan hatimu itu padaku!” ucapku
puitis. Ajat naik ke gazebo. Duduk bertentangan denganku.
“Menjadi juga Gazebo ni sebagai tempat melamar Rea seperti niat Ajat
waktu membinanya dulu. Walaupun tak romantik,” ujarnya. Aku tersenyum.
As expected!
“Dan Harrea Cempaka , andai hatimu itu buih di lautan, akan ku cairkan ais
di kutub dunia demi melihat buih itu di seluruh permukaan,” sambungnya.
Aku terkedu. Kelu sesungguhnya kelu mendengar bicara puitis Ajat .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience