Mata yang berat aku buka perlahan-lahan. Ada cahaya, ada suasana dan ada
suara. Di manakah ini? Masih bernyawakah jasadku?
“Harrea ,” jerit mak lalu merangkul tubuhku.
“Rea kat mana ni, mak?” tanyaku sambil memegang kepala. Pening. Anak
mata pula pedih.
“Rea kat bilik Rea la. Lemas kat laut tadi. Kenapa tiba-tiba terjun ke
laut. Nasib ada Rohaizat tolong. Mak tak dapat nak bayangkan kalau Rea
betul-betul lemas macam dulu. Toksahlah mandi laut lagi. Kan mak dah
cakap dulu, ada jerung datang gigit nanti!”
Nah, tengoklah wahai sekalian makhluk. Emaklah yang memomokkanku dengan
jerung dan pirana segala kerana tidak mahu aku ke laut lagi. Takut
kehilanganku selepas aku di bawa deru ombak masa kecil dulu. Hingga hari
ini, Harrea Cempaka ini emak layan bagaikan anak kecil. Ibu mana tak
sayangkan anak, kan?
Erk, bukankah aku yang mahu menyelamatkan Ajat tapi kenapa pula skrip
sudah bertukar menjadi aku pula diselamatkan oleh Ajat ? Pandai pula dia
berenang?
Wajah ayahku, Pakcik Zamir dan isterinya Makcik Rosnah, Kak Resya dan
Abang Harraz muncul satu-persatu. Tersenyum padaku. Aku tidak putus
mengucapkan syukur bila Allah masih memberi peluang untukku terus
menghirup udara segar bumi ini. Andai aku pergi, hanya satu perkara yang
ku kesalkan. Kepala ini, pasti dibakar api neraka kerana tidak pernah
dilitupi biarpun pahala lain masih belum tentu menyelamatkanku.
“Mak, Rea menyesal sebab selama ni tak menutup rambut. Kata Ajat , tak
kisah dengan kain cadar, waima guni sekalipun tapi rambut harus ditutup
kerana itu aurat wanita. Nanti mak bagi tudung pada Rea satu, ya!”
pintaku lirih. Airmata kekesalan laju mengalir. Emak menyapa aku ke
dalam pelukannya. Mak Cik Rosnah, ibu Ajat mendekatiku.
“Nah, Ajat bagi!”
“Ros,” tegur emak menjeling penuh makna. Mak CIk Rosnah tekup mulut.
Erk, macam budak-budak dah mak-mak kami ni.
“Maaf. Orang lain tak boleh panggil Ajat , kan? Rea seorang je boleh,
kan? Mak Cik minta maaf. Rohaizat bagi. Dia ke laut. Berenang katanya!”
Kata-katanya itu disambut hilai tawa semua. Aku menarik selimut lalu
menutup wajahku. Tidak sanggup menentang mata mereka semua. Yang pasti,
ada bahagia dalam hati.
Tapi, erk, berenang? Bila Ajat pandai berenang? Bukankah dia tak
pandai? Entah-entah dia berlakon lemas. Tak pasal aku pula yang lemas.
Ini bukan lagi andaianku, tapi pasti. Pasti! Getus hatiku. Sah, Ajat
dah pandai berenang.
“Lusa kenduri tau. Borang-borang semua Rohaizat uruskan. Rea tinggal sign
je. Cuci kaki je. Kursus semua dah pergi dulu, kan?” Ucap emak. Cuci
kaki? Aku mengerutkan wajah di dalam selimut. Mengangguk sendiri. Inilah
yang dimaksudkan Ajat hari tu agaknya. Hendak ditanya tapi malu pula.
Padahal hati ini sudah menebaknya. Yahuu, berbunga seladang!
“Kenduri Rea dan Rohaizat ni akad nikah je dulu. Itu permintaan Rohaizat ,”
sambung mak bagaikan memahami dan aku terus merebahkan badan dan hanyut
dibuai impian yang bakal dilestarikan. Yahuuu, syukur, Ya Allah! Mujur
saja aku tidak melompat.
Share this novel