BAB 8

Romance Completed 17111

Calon terakhir

Izfan Azriel memandang dua hamba Allah di hadapannya itu dengan riak wajah yang sedikit pelik. Kenapa macam ada dua calon pula di hadapannya ini?

“Maafkan saya, saya membawa abang kandung saya ke sini kerana, tidak manis sekiranya kita berdua sahaja, bukan?” Kata gadis yang memakai tudung labuh dan berjubah moden itu. Sukar sekali untuk melihat wajahnya, kerana dia selalu menunduk memandang lantai.

Izfan Azriel mengangguk faham. “Betul juga tu. Tak manis, kan?”

‘Cis, kalau aku tahu, aku bawa Miss Matchmaker tu sekali kat sini! Barulah calon ni ingat aku ni pun sama macam dia, sama-sama bawa adik.’ Bisik Izfan Azriel.

“Nama adik saya Siti Nur Maisarah, berumur 26 tahun. Hobinya suka membaca Al-quran dan membaca bahan-bahan ilmiah. Alhamdulillah, dia sudah berjaya mencapai cita-citanya sebagai seorang ustazah di sebuah sekolah kebangsaan. Hujung minggu, dia akan mengajar budak-budak tadika mengaji Al-quran.” Terang abangnya panjang lebar.

“Kalau begitu, kita baca doa dulu ya?” Abang kepada Maisarah sudah mengangkat tangan.

“Bismillahirrahmanirahim.. Ya Allah, kalau dia dan adikku memang jodoh, dekatkanlah. Kalau dia bukan jodoh adikku, maka jodohkanlah. Jika dia tidak sejodoh dengan adikku, maka jadikanlah mereka jodoh. Kalau dia bukan jodoh adikku, janganlah dia dijodohkan dengan orang lain selain adikku. Kalau dia dijodohkan dengan orang lain, putuskanlah. Jodohkanlah kembali dengan adikku. Kalau orang lain dihjodohkan dengan adikku, biarkanlah orang lain itu bertemu jodohnya yang lain. Maka, jodohkanlah dia dengan adikku. Amin, ya rabbal alamin..”

Aku terkedu mendengarkan doa tersebut. Macam baca skrip la pulak! Alahai..

“Berkenaan jodoh, kami memang ambil serius. Umi dan walid kami cadangkan kami supaya bernikah di usia muda. Banyak pahalanya nanti. Lagipun, adik saya, Maisarah ni, jarang terlibat dalam aktiviti sosial, sebab itulah jodohnya belum tiba ke mari. Dan dia memang tak pernah bercouple dengan mana-mana lelaki. Lagipun, saya rasa bercinta selepas kahwin memang lebih manis.”

Aku memang tabik spring dekat Maisarah.

“Oleh sebab itu, saya ada satu soalan nak tanya, sudah bersedia?”

Izfan yang diam sedari tadi seraya menganggukan kepala.

“Alhamdulillah. Sudah khatam Al-quran?”

“Ya.” Jawab Izfan pendek.

“Alhamdulillah!” Balas Maisarah dan abangnya serentak.

“Sebolehnya, kami memerlukan calon suami yang benar-benar terbaik buat adik kami, Maisarah. Yang tinggi imannya, yang mampu membimbing adik saya ke jalan Allah, jalan yang benar. Maklumlah, Maisarah anak perempuan tunggal dalam keluarga kami. Umi dan walid kami mahukan menantu lelaki yang paling terbaik.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience