Calon 3
“Marissa.” Gadis tersebut mahu bersalaman dengan Izfan namun pantas ditolaknya. “Kenapa?”
“Maaf, bukan muhrim.” Balas Izfan.
Gadis itu mencebik. “Okay, I faham.”
“Kenalkanlah diri awak.”
“You lah dulu..” Gadis yang bernama Marissa itu kembali tersenyum.
Selepas Izfan Azriel memperkenalkan dirinya, Marissa seperti tidak sabar mahu berkongsi kisah dirinya pula.
“Same with you! I pun ahli perniagaan juga tau! I kerja di syarikat papa I. Hah? You cakap you alergi kucing? Sama dengan I lah! Wah, nampaknya you dengan I macam sehati sejiwa saja!”
“Hehe. Maybe. Awak..”
Perbualan mereka terhenti seketika sebaik sahaja terdengar laungan azan. “Kenapa you diam?”
“Azan.” Balas Izfan dengan suara separuh berbisik.
Sebaik sahaja azan berhenti, Izfan Azriel menyambung bicaranya. Aku pula memang sedari tadi sedia menadah telinga mendengar perbualan mereka.
“Marissa, Jom solat? Surau di tingkat atas kan?”
Wah! Dia ajak Marissa solatlah! Bagus betul!
Wajah Marissa berubah riak. Riak yang tidak menyenangkan. “Err..”
“Perlu ke?”
Apa jenis soalan tu? Ish.. Ish..
“Memanglah perlu. Wajib! Kenapa, Marisa?”
“Tak, maksud I, kejap lagilah. Tak sampai setengah jam lagipun kita kat sini, kan? Nantilah you solat.” Katanya selamba.
“Oh no way! Saya tak suka melengahkan masa solat! Jom! Ikut saya!” Nada Izfan Azriel berubah tegas.
“Err.. I cuti.” Balasnya tergagap-gagap. Aku rasa, dia tipu kot?
“Oh, okeylah kalau macam tu. Saya pergi solat dululah ya? Nanti kalau ada jodoh, kita jumpa lagi.” Izfan Azriel tersenyum sambil menamatkan perbualannya.
Marissa turut bangun dan tersenyum sinis. Dia berlalu tanpa sepatah kata. Pasti hampa..
Izfan Azriel menuju ke mejaku. Aku pula masih mengelamun…”Miss matchmaker, let’s go! ”
Aku tersentak. “Hah?”
“Pergi solatlah! Awak pun ‘cuti’ macam Marissa jugak ke?” Izfan Azriel tersenyum sinis.
“Eh, tak-tak. Okey, jom.” Balasku sambil muka menahan malu. Ada ke patut dia cakap macam tu. Alahai…
________________________
Calon 4
Wajahnya bersih tanpa sebarang solekan. Dia hanya memakai tudung bawal dan baju kurung berbunga kecil.
“Siapa nama awak? Saya Izfan Azriel. Salam perkenalan.”
“Nama saya Nurul Insyirah.” Balasnya sepatah. Wajahnya hanya menunduk sedari tadi.
“Oh, perkenalkanlah diri awak dulu.”
“Baiklah, nama saya dah bagitahu tadi. Umur saya.. er..”
“Umur awak berapa?”
“Er, umur saya dah 37 tahun.” Dia sengaja memperlahankan suaranya.
Apa?! Aku dan Izfan terkejut besar. Takkan kut? Muka nampak muda lagi.
“Seriously?” Dia mengangguk.
“Hmm.. Okey. Ceritakan serba sedikit diri akak.. eh! Diri awak?”
“Takpe, dik. Panggil akak pun akak tak kisah.”
“Akak sebenarnya pernah bertunang sebanyak tujuh kali, dan sebanyak tujuh kali juga pertunangan tu dibatalkan. Akak sedih sangat dik. Lepastu, akak dah malas nak fikir falas cinta cintun ni lagi. Tapi, bila akak masuk pencarian ni, akak sengaja nak cuba nasib je. Tak tahulah ada orang suka ke tak.” Dia mengelap air mata yang mengalir.
“Sekarang umur akak dah 37 tahun. Dah tua! Adik baru 32 kan? Jauh juga beza tu!” Dia terus menangis lagi dan lagi. Orang yang berada di restoran tersebut memandang wanita tersebut pelik. Pasti mereka ingat Izfan dan wanita itu bergaduh!
Izfan cemas. Tangisannya tidak berhenti manakala mulutnya rancak bercerita mengenai pertunanganya yang terputus. Sesekali, wanita itu meraung. Uish! Ada masalah mental agaknya. Nadia, mana kau ambil klien ni?
“Enough, akak. Akak balik rumah dan tenangkan dulu, ya?” Izfan Azriel berusaha menenagkan wanita tersebut.
“Terima kasih, dik kerana sudi mendengar kisah akak yang tragis lagi sedih tak terkata ni.” Dia bangun lalu meninggalkan restoran tersebut.
Izfan Azriel menarik nafas lega. “Mengada!”
Aku menghampiri meja Izfan Azriel. “Apa pulak mengada? Kasihan dia tau!”
“Kasihan tu kasihan lah jugak. Awak pun tengok, kan? Dia menangis tak henti-henti. Semua orang tengok kami!”
“Lagipun, usia saya dengan dia lima tahun! Ish, tak naklah saya! Lagipun, mama saya cakap jangan cari yang berusia sangat.” Sambungnya.
“So, should we cancel this?”
“I thinks, yes!”
Share this novel