BAB 4

Romance Completed 17062

Hari yang dijanjikan, dia datang ke pejabat aku untuk ‘menjemput’ aku menemani hari blind date nya.

“Miss matchmaker, dah ready? Jom!” Miss matchmaker lagi! Suka sangat bagi gelaran tu dekat aku ya?

“Okey!” Aku lantas mencapai beg tangan dan dokumen penting di atas meja. Dia tersenyum ke arahku.

“Awak itumpang kereta saya je lah. Boleh? Lagipun destinasi kita sama.” Katanya sambil membelek beberapa helai kertas yang tertulis alamat tempat perjumpaan dengan calon-calonnya.

Aku hanya mengangguk.

Sesampainya kami di sebuah restoran, kami memilih meja yang berdekatan. Aku memilih untuk duduk di meja di belakangnya agar mudah untuk memerhati nanti.

________________________

Calon 1

“Saya Fasha Antasha binti Tan Sri Hashim.” Seorang gadis yang berusia lingkungan pertengahan 20 tahun memperkenalkan dirinya.

“Saya Izfan Azriel bin Dato’ Maliki. Berapa umur awak? Oh ya, salam perkenalan!” Izfan memperkenalkan dirinya pula dengan mesra. Senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya.

Aku turut memerhatikan Fasha dari hujung rambut ke hujung kaki. MasyaAllah, pakaiannya! Seksi sungguh! Terdedah sana-sini. agak-agaknya Izfan berkenan tak? Tapi dia tak ada cakap pun ciri-ciri dekat aku. Yang aku tahu, dia mahukan seseorang yang memahami.

“Salam perkenalan disambut. Umur saya 26. Awak pula?”

“Bla..bla..bla..” Aku tak berapa dengar sangat perbualan mereka sebab ada panggilan masuk.

“Awak kerja apa ya?” soal Fasha lagi.

“Saya pembantu peribadi je.” Balas Izfan Azriel selamba. Haish tipu berdosa tau!

“Apa? Pembantu peribadi je? Berapa gaji awak?” Riak wajah Fasha berubah.

“Gaji saya tersangatlah tidak mencukupi. Cukup untuk saya sara ibu bapa dan adik-adik saya di kampung.” Nadanya berubah sayu.

Aku menahan tawa. Biar betul Izfan Aziel ni! Nak menipu pun agak-agaklah! Pakai baju punyalah hebat, tapi mengaku kerja pembantu je? Mesti Fasha tak percaya.

“I can’t believe it!” Haa! kan aku dah kata?

“Why?”

“Tengok rupa awak, macam.. argh! Dah lah!” Fasha mencapai beg tangannya dan berlalu pergi.

Aku segera mendapatkan Izfan yang sedang ketawa. “Awak ni dah gila ke? Senang-senang je gadis tu lari. Rugi tu!”

“Memang saya mahu dia lari pun! Haha!”

“Kenapa pula? Dia cantik apa!”

“Cantik apanya kalau pakai macam tu! Cantik lagi awak. Satu lagi, dia tu mesti mata duitan!”

“Hah? Maksud awak? Mana awak tahu?”

“Awak tengok sendiri kan? Bila saya cakap saya ni pembantu je, terus dia berubah! Bila saya kata gaji saya rendah je, dia macam tak boleh terima.”

“Saya sengaja je nak uji dia tadi. Kalau dia betul-betul gadis yang baik, mesti dia akan dengar ‘kisah tragis’ rekaan saya ini dengan penuh simpati. Saya mahukan gadis yang macam tu! Faham kan?”

Aku mengangguk. Idea yang bijak tu! “Good idea! Saya pun fikir macam awak juga. Fasha.. Fasha..”

“So, cancel?”

“Sure.”
________________________

Calon 2

Tidak berkelip aku memandang gadis tersebut! Ini bidadari ke manusia ni?

“Awak Izfan Azriel?” Soal gadis yang berselendang merah jambu dan mengenakan blaus labuh. Bila dia senyum, boleh cair rasanya semua orang yang memandang.

“Ya saya, awak?”

“Saya Elsa Ilyana. Saya datang sini sebab nak diinterview syarikat matchmaker tu.” Lemah lembut sekali tutur bicaranya! Sah, pasti Izfan akan pilih calon kedua ni!

“Same. Berapa umur awak?”

“Umur saya 23 tahun. Bekerja sebagai pereka fesyen dan penulis novel separuh masa. Hobi saya pula, menulis dan melukis fesyen muslimah terkini. Saya suka… bla..bla..bla..”

Bukan sahaja bersopan-santun, malah peramah pula. Satu yang disoal, sepuluh yang dijawabnya.

Izfan Azriel pula kelihatan berminat terhadap gadis tersebut. Saling berkenalan dan bergelak ketawa bersama. Hmm.. Jealous pulak aku!

Perbualan mereka terhenti apabila telefon bimbit Ilyana berdering. “Hello?”

“Hah ye ke? Alamak! Okey, okey, kejap mama balik ye!”

Aku dan Izfan tersentak. Mama? Gadis muda lagi cantik bergaya ini sudah ada anakkah?

“Mama? You already have a son?” Soal Izfan Azriel pelik.

Gadis itu tersenyum. “Bukan. Mama itu panggilan untuk kucing-kucing saya. Hehe..”

“Apa? Kucing?”

“Ya, kucing. Oh, lupa pula saya nak bagitahu awak. Saya ada bela lebih kurang 80 ekor kucing di rumah. Kucing dengan saya memang tak boleh dipisahkan. Di mana ada saya, di situ ada kucing. Sampaikan semua kucing tu panggil saya mama.” Balasnya panjang lebar. Bagus betul si Ilyana ni. Sukakan haiwan ya?

“Erk!”

“Bukan kucing je kat rumah saya tu. Ada iguana yang semuanya manja-manja, arnab yang comel-comel, ikan yang macam-macam jenisnya dan banyak lagilah.”

Izfan Azriel terdiam seketika. Terkejut gamaknya. “Mesti rumah awak dah macam zoo, kan?”

“Betul! Saya bagi awak 10 markah. Kalau awak nak ke zoo, pergi je rumah saya. Jimat belanja.” Sempat pula Ilyana mempromosikan rumahnya a.k.a zoo.

“Eh, saya nak kena pergi dah ni! Tadi kawan saya telefon, kucing saya dah nak beranak! Alamak! Dah lewat ni.” Katanya sambil menulis sesuatu di atas kertas kecil.

“Ini nombor telefon saya. Ada apa-apa, telefon ya?”

Izfan Azriel mengambil kertas yang dihurlurkan gadis tadi. “Okey, thanks!”

Sebaik sahaja gadis tadi berlalu pergi, aku mendekati Izfan.

“Hah? Macam mana? Saya rasa, calon kedua tadi sesuai sangat untuk awak!”

Dia memandangku tajam. “Sesuai? Huh!”

“La.. Kenapa pula? Dia tu dah lah cantik, menutup aurat, peramah, sopan santun, sukakan haiwan.. Hah! Ciri-ciri pemilihan yang tepat tu!”

“Masalahnya, dia sukakan kucing!”

Grrrr! Baguslah tu gadis yang sukakan kucing.

“Saya alergic kucing, iguana dan adik beradik haiwan tersebut. Okey?”

“Hah? Hahahah!” Akhirnya aku tergelak di situ. Ada ke patut dia ni takut kucing? Macam perempuan pulak!

“Syhh! janganlah gelak kuat sangat!” Dia mengarahkan aku diam.

“Hmm.. Kelakar!” Aku berusaha menghentikan tawa.

“Cuba bayangkan, sekiranya kami berkahwin! Dia pasti bawa semua haiwan peliharaan dia, betul kan?” Aku mengangguk.

“Err.. Awak suka kucing jugak ke?” Soal dia padaku.

“Suka jugalah kut. Tapi saya pun dua kali lima macam awak jugalah. Gelilah nak pegang kucing!” Aku tersengih sendiri. Ceh, Airin! Gelak dekat orang, kau pun sama je!

“Kiranya, cancellah ni?”

“Mesti.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience