Alhamdulillah, selesai tugasku kali ini. Mujurlah semua gadis-gadis tu mahu beri kerjasama. Lusa, klien terhormat aku aka Encik Izfan akan membuat temujanji dengan ketujuh-tujuh calon gadis tadi.
Aku menolak daun pintu. Riuhnya suara ahli keluargaku beserta sepupu-sepupu dari kampung. Maklumlah, musim cuti sekolah begini memang mereka semua akan berkumpul di rumah ibu aku.
“Airin! Lewatnya balik?” Sapa kakak iparku, Marisa sambil mendukung bayinya. Aku mencubit pipi anak saudaraku yang berusia tiga bulan itu. Comelnya!
“A’ah! Airin selesaikan dulu klien-klien Airin. Lepastu baru boleh balik.” Bayi yang didalam dukungan Kak Marisa beralih pula kepadaku. Comel betul bila baby ni senyum! Agak-agak bilalah giliran aku pula?
Kak Marisa tersenyum ke arahku. “Airin ni sibuk je nak uruskan jodoh orang! Walhal jodoh sendiri masih belum jumpa.”
Ececeh! Macam tau-tau je Kak Marisa ni. “Ye lah.. Ye lah! Kak doakan Airin cepat-cepat jumpa jodoh tau! Lepastu dapat baby comel macam Afifa ni.”
“Insyaallah!” Balasnya. Aku tersenyum lega. Bersyukur kerana dianugerahi seorang kakak ipar yang baik hati.
*****
“Izfan! Dah pergi syarikat yang mama cadangkan tu?” Soal Datin Azreen kepada anak tunggalnya itu.
“Dah.” Balas Izfan Azriel sepatah.
“Haa? Macam mana? Ada jumpa calon yang sesuai dah?” Berseri-seri wajah Datin Azreen ketika itu.
“Esok Iz akan buat temujanji dengan tujuh calon tu.”
“Tujuh calon? Wah! Ramai tu. Mama harap Iz akan jumpa calon yang sesuai.” Kata Datin Azreen sambil tersenyum lega manakala Izfan pula hanya berlagak selamba.
“Ma..” Meleret-leret pula suara Izfan kali ini.
“Ya?”
“Mama.. Perlu ke calon-calon tu? Iz tak sedia nak kahwin lagilah..” Rasanya sudah berkali-kali dia memujuk mamanya dengan ayat yang sama. Namun, gagal!
“Izfan Azriel! Dengar ni! Umur Iz bukannya muda lagi, dah 32 tahun, tahu? Sepupu-sepupu Iz yang lebih muda dari Iz pun dah kahwin!” Datin Azreen masih tetap dengan pendiriannya.
Izfan mengeluh. Susah benar mahu memujuk mamanya ni! Mahu tak mahu dia kena jumpa ketujuh calon yang ditetapkan oleh matchmaker tersebut.
Share this novel