BAB 6

Romance Completed 17111

Calon 5

Jam menunjukkan jam 3.10 minit petang. Mana pulak calon kelima ni? Bukan ke dah janji pukul 2.45 petang ke? Tengok, awal-awal lagi dah tak tepati janji!

Aku dan Izfan menunggu di sebuah meja yang sama dengan penuh kebosanan. “Lambatnya..”

“Sabarlah, okey? Dalam on the way kot.” Aku menenangkan Izfan.

Seluruh isi restoran menjadi diam seketika apabila…

“Heh! Lain kali jalan pandang-pandang lah! Apa lah kau ni! Mata letak di mana, ha?” Seorang perempuan.. eh lelaki ke perempuan tu? Perempuan kot. Okey. Aku tengok seorang perempuan yang terlanggar bahu seorang pelayan restoran sedang memarahi pelayan restoran tersebut. Walhal, dia yang langgar pelayan tersebut.

“Sorry, bang. Eh, kak! Sorry!” Pelayan itu meminta maaf dengan ketakutan.

“Huh!” Dia terus berlalu dengan langkah yang sangat ‘bersopan santun.’ Dia kelihatan seperti mencari seseorang.

“Fuh! Garangnya! Janganlah ada calon aku yang macam tu!” Bisik Izfan namun kedengaran jelas di telingaku.

Aku terkejut apabila wanita yang kelihatan ala-ala lelaki tadi berhenti betul-betul di meja aku dan Izfan. Jangan kata dia ni… calon kelima?

“Kau, Izfan.. Izfan Azriel?” Dia menyoal dengan angkuh. Wajahnya kekal serius seperti tadi.

“Er.. Ya, ya saya.” Izfan Azriel membetulkan duduk. Dia nyata agak terkejut melihatkan calon kelima adalah perempuan kasar tadi!

Dia duduk di sebelahku. “Ouh! kat sini rupanya. Sorry la aku lambat sikit. Ada hal dengan anak-anak buah aku. Huh! Tak boleh diharap langsung! Suruh buat kerja sikit pun tak boleh!” Dia seakan membentak. Amboi, kasarnya bahasa! Terus berkau aku.

Aku yang menyedari bahawa aku ni penyibuk terus bangun untuk mencari meja kosong lain.

“Eh, kau siapa? Nak ke mana?” Soalnya lagi.

“Err..” Sudah! Gagap pulak!

“Dia adik saya la. Dia temankan saya je.” Balas Izfan. Tipu lagi!

“Oh, duduklah. Tak ganggu pun.”

Aku kembali duduk.

“Nama aku Katrina. Umur aku 28 tahun. Sebenarnya aku masuk pencarian ni pun, nak penuhi impian mak aku je. Dia suruh aku kahwin cepat-cepat. Walhal, 28 bagi aku muda lagi kot.”

Izfan mengganguk tanda faham. “Samalah kita. Saya masuk pun sebab mama saya paksa.”

“Haha! Senasib kan?” Pecah ketawanya hingga boleh menggegarkan restoran. Huh, ‘sopan santun’ betul calon kelima ni nampaknya!

Berkenalan dan berkenalan, lalu..

“Bro, aku chow dulu eh? Ada hal. Ni nombor telefon aku. Kalau kau setuju ke nak couple dengan aku, call je.” Dia terus meletakkan sekeping kad. Tertera nombor telefonnya di situ.

“Okey.” kata Izfan.

“So, awak suka tak gadis ala-ala tomboy tadi?”

“Erk!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience