BAB 13

Romance Completed 17111

“Saya pilih awak.”

“Hah? Tak mungkin! Tak mungkin awak pilih saya hanya kerana saya duduk di kerusi tu?”

“Bukan, saya dah lama pilih awak. Tak ada kena mengena dengan kerusi tu. Sebab saya tahu memang awak akan duduk di kerusi tu, sebab tu la saya berani cakap macam tu.” Dia tersenyum.

Aku terdiam. Tak tahu nak beri reaksi apa. Dalam hati dah melonjak gembira.

“Awak pasti? Kan kita baru je kenal?” Aku cuba bertenang. Mana tahu dia tidak serius ataupun cuba berjenaka.

“Sure! Saya rasa saya mula jatuh hati pada awak masa hari saya nak blind date haritu. Apa yang tak kena pada semua calon tu, kena pada awak. Awak berpakaian sopan, tak sukakan kucing (sama macam saya) tak kasar budi bahasa, masih muda 28 tahun, tak berkelakuan macam budak-budak, pentingkan agama, tak terikat dengan peraturan keluarga, peramah.. dan macam-macam lagilah!” Dia menyenaraikan satu-persatu sifatku.

“Mungkin ini yang dikatakan jodoh. Kita jumpa dalam masa yang singkat. Walaupun sehari je saya kenal awak, saya yakin awaklah jodoh saya. Hari yang saya blind date tu merupakan hari terindah saya, sebab seharian saya bersama awak. Tahu tak? Malam tu, saya tak boleh tidur. Asyik terbayangkan awak!”

“Saya runsing nak pilih antara tujuh calon tu. Jadi, saya buat solat istikharah. Rupa-rupanya, awak yang muncul dalam mimpi saya.”

Aku terdiam. Kata-katanya banyak menyentuh hatiku. Izfan Azriel, I love you too!

“Saya yakin awak belum berpunya kan?”

“Mana awak tahu?” Aku pelik. Rasanya aku tak adalah cerita fasal dia pun.

“Nadia. Puas saya paksa dia ceritakan fasal awak, tahu?” Dia tersengih. “Nadia cakap, awak pun masih tercari-cari.”

Aku mencebik. Kau ni kan Nadia..

“Jadi, awak boleh terima saya untuk jadi pendamping hidup awak?”

Aku masih lagi tergamam. Nak angguk ke tak.. Nak angguk ke tak?

“Baiklah, kalau awak tak suka saya, saya pilih je lah Kak Insyirah. Tua pun tualah. Tak pun Katrina yang kasar tu. Tak pun, Yaya. Saya rela layan perangai dia yang macam budak-budak tu…”

Sudah! Ni ayat merajuk ke ayat serius ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience