BAB 7

Romance Completed 17111

Calon keenam

“Assalamualaikum!” Seorang gadis kecil molek dihiasi lesung pipit memberi salam. Itu pasti calon keenam.

“Izfan Azriel bin Dato Maliki? Mencari calon menggunakan matchmaker Irine Nadia di Syarikat Mix and Match Cinta?” Soal gadis itu sambil membaca satu persatu butiran di sebuah buku kecil.

“Yes, that me.”

Gadis itu segera duduk. Dia tersenyum manis.

Aku memerhatikan penampilan dia. Hmmm macam mana nak cakap ye? Senang kata, penampilannya tak terurus langsung. Rambut dibiarkan mengurai, memakai baju t-shirt lusuh dan seluar jean yang koyak di bahagian lutut.

“Hai abang yang kacak! Ingin sekali aku memiliki dirimu..” Gadis itu seakan bermadah pujangga. Ceh!

Izfan Azriel menahan tawa. Lucu juga gadis ni.

“Nama saya Diana tapi mama dengan kawan-kawan panggil Yaya je.” Dia memintal rambutnya yang separas bahu.

“Oh, Yaya. Comel nama tu. Lagi?”

“Yaya suka tengok kartun! Makanan kegemaran Yaya pula gula-gula, coklat, aiskrim….” Dia terus bercerita tanpa henti.

“Wait! Berapa umur Yaya?”

“Eh lupa pulak nak bagitahu umur Yaya. Yaya baru 18 tahun. Hehe. Mudaaa lagi!” Dia menjerit keriangan.

What??? Aku dan Izfan tersentak sekali lagi. Baru 18 tahun! Patutlah.. Perangai macam budak 8 tahun!

“Betul ke Yaya ni? Jangan gurau la.”

“Abang tak percaya? Kenapa? Muka Yaya nampak macam dah 81 tahun ke? Huaa!!” Dia menghentak kakinya di lantai.

“Eh, bukan macam tu. Hmmm okey. Abang percaya.”

Yaya ketawa kecil. “Sifat Yaya memang macam budak-budak sikit walaupun dah 18 tahun. Ramai cakap Yaya ni tak matang-matang lagi.”

“Okey, I need to go now. See you next time.” Izfan bangun. Tidak betah lagi dia mahu menghadap ‘kanak-kanak’ berusia 18 tahun itu!

Izfan Azriel mengambil tempat di mejaku. Wajahnya kelihatan sugul. “Hanya tinggal satu calon sahaja lagi…”

“Yup! Satu calon sahaja lagi! Eh, awak tak suka ke Yaya tu? Comel je.”

“Memang ‘comel’! Comel macam anak saudara saya yang berusia lapan tahun!” Katanya lagi mengundang tawaku. Haish, dia ni cerewet juga ye?

“Awak 28 kan? Beza 10 tahun dengan Yaya.”

Aku cuba mencongak. Betul ke 10 tahun? Haa betullah tu. “So?”

“Saya mahukan gadis yang matang dari segi akal fikiran dan juga penampilan.” Aku rasa dia perli Yaya kot. Maklumlah, penampilan Yaya kan..

“Hah! Fasha dengan Marissa, tak pun Ilyana! Mereka tu semua cantik kan? Pandai jaga penampilan!”

“Memanglah cantik, tapi seksi sangat. Terutama Fasha.”

“Jadi, awak lebih suka gadis bertudung?”

“Better.”

“Saya rasa antara awak dengan Fasha, awak lagi cantik. Walaupun awak tak bermekap tebal macam Fasha, tak pakai pakaian terdedah sana-sini macam Marissa, tak bergaya macam Ilyana, tak tua lagi macam..”

Baru je nak rasa bangga dipuji, dia sebut ‘tak tua lagi macam..’ Huargh!! Mama! Airin tak tua lagi!!

“Apa ni? Saya muda lagilah!” Pintasku.

“Eh, bila saya cakap awak tua? Saya cakap, ‘tak tua lagi’ kan? So, awak rasa diri awak dah tua lah ya?” Cis, aku dah terkena.

“Eh, tak adalah. By the way, thanks la sebab puji saya tadi. Hehe.. Tak sangka pula awak compare saya dengan calon-calon tadi.”

“No problem, awak memang lebih baik dari mereka.”

‘Sayangnya, awak bukan calon untuk saya..’ Bisik Izfan Azriel perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience