“Azreen!!!”
“Ariana???”
Mereka terus berpelukan.
“Lama betul kita tak jumpa ye, Ariana? Rindu gila aku dekat kau!” Wanita dalam lingkungan 50 tahun itu Datin Azreen.
“Betul. Tak sangka jodoh anak kita juga jadi ‘jodoh’ kita.”
Datin Azreen mengerutkan dahi. “Jodoh anak kita?”
Datin Azreen berkalih memandangku yang berdiri bersebelahan Izfan. “Ini anak aku. Alaa.. yang kau tengok dulu masa kecil-kecil tu. Masa dia hisap susu lagi tu!”
“Oh.. Apa dah nama dia? Airin? Kan?” Wanita itu berjaya meneka namaku.
“Ya. Airin Nadia.”
“Airin! Dah besar kamu ya? Dulu aunty tengok kecil lagi. Comel-comel lagi.” Erk! Sekarang dah tak comel ke aunty? Huhu!
“Makin cantik dia ya!” Macam tahu-tahu saja Datin ni. Aku terus menyalami Datin Azreen.
“Mama, Airin okey tak?” Izfan yang diam sedari tadi mula bersuara.
“Okey untuk apa?”
“Okey tak kalau jadi menantu mama?”
“Hah?” Nyata Datin Azreen terkejut. Grr! Dia tak suka aku ke?
“Seriously, Iz? Tak tipu? Bukankah Iz kata Iz tak nak pilih tujuh calon tu?” Datin Azreen memastikan yang anaknya bercakap betul.
“Betullah! Walaupun Airin bukan salah-satu calon tu, Iz tetap pilih dia. Tak gitu, Miss Matchmaker?” Dia tersengih ke arahku.
“Hmm..” Aku menjawab ringkas. Tak habis-habis nak panggil aku Miss Matchmaker.
“Ya? Alhamdulillah! Tak sangka ya Ariana? Rupa-rupanya anak kita berjodoh!”
“Betul tu Azreen! Aku ingat lagi, dulu-dulu dalam lingkungan empat ke lima tahun, Izfan suka sangat mengusik Airin ni, kan? Sampai menangis Airin ni!”
“Hah? Biar betul? Jadi kami ni kenal dari kecil lagi?”
Aku memandang Izfan. Nyata dia turut terkejut.
“Betullah! Iz memanglah tak perasan! Waktu tu kamu berdua kecil lagi! Lepas tu, mama dengan Aunty Ariana terpisah. Kami masih berhubung tapi sekejap sahaja. Last-last, jumpa dekat sini!” Mama tersenyum ceria.
“Patutlah! Selepas Iz buat istikharah, Iz juga ada mimpi yang Iz tengah usik budak kecil sampai menangis.” Izfan menyedari sesuatu.
“Wah! Memang kamu berdua dah jodohlah ya? Alhamdulillah!” Seloroh Datin Azreen.
“Aku tak sangka, persahabatan kita akhirnya membawa kepada sebuah keluarga. Lepas ni kita berbesan lah ya?” Kata mama kepada Datin Azreen.
“Yes! Yes!” Izfan bersorak keriangan. Kami hanya mampu ketawa.
Alhamdulillah! Akhirnya aku yang dok jadi tukang carikan jodoh orang dah jumpa jodohnya! Paling tak sangka boleh pula terjumpa jodoh dengan client sendiri kan, betapa keciknya dunia ni! Alhamdulillah, mesti saudara mara aku teruja dan diorang dah boleh siap fikir fesyen apa nak melaram di majlis aku nanti.
Okay aku nak borong majalah-majalah pengantin, bolehlah aku start design baju pengantin idaman aku.
Yabedabedu!
Share this novel