BAB 9

Romance Completed 17111

Aku lihat Izfan Azriel hanya terdiam. Bagi aku, susah juga tu nak penuhi impian Maisarah dan keluarganya. Mereka memang betul-betul alim dan warak.

“Eh, abang! Nampaknya kita dah lewat.” Maisarah mencuit bahu abangnya.

“Oh! Alamak! Ralit bersembang sampai terlupa pula ya. Kami minta diri dulu ya, saya nak temankan Maisarah ke kelas kuliahnya. Ini nombor telefon saya dan juga walid kami. Kalau berkenan dengan Maisarah, silalah hubungi nombor yang tertera di situ, ya?”

Mereka segera berlalu pergi.

Aku segera menuju ke meja Izfan Azriel. “Ini calon last! Mesti awak setuju, kan? Kan?”

Dia diam. Senyum tidak, menggeleng pun tidak. “Awak rasa Maisarah sesuai ke dengan saya?”

“Hmm.. Sesuai kot. Kenapa?”

“Rasa macam susah je. Dah lah Maisarah anak tunggal perempuan, dah lah umi dan walid betul-betul sayangkan Maisarah, rasa susah pula nanti saya nak jaga Maisarah sebagaimana umi dan walidnya jaga dia.”

Aku mengakui kata-kata Izfan Azriel itu ada benarnya.

“Awak ada berapa orang adik beradik?” Izfan Azriel menyoal aku setelah kami terdiam.

“Empat je. Dua lelaki, dua perempuan. Saya anak ketiga.”

Dia tersenyum. “Keluarga awak pula macam mana?”

“Keluarga saya biasa-biasa sahaja. Keluarga saya memang meriah. Maklum sahajalah, mama saya ada anak ketujuh daripada 12 beradik. Setiap kali raya atau cuti sekolah, kami semua akan berkumpul di rumah nenek, tak pun di rumah saya. Memang best ramai-ramai!” Aku bercerita dengan penuh teruja. Terbayang pula kepada Afifa, anak saudaraku. Rindunya! Sehari dah tak jumpa Afifa ni.

“Ramai sepupu saya yang dah kahwin, walaupun mereka tu muda lagi daripada saya. Sebab tu lah mama saya suruh saya cepat-cepat kahwin. Nak kembangkan keluarga katanya.” Aku ketawa mengingatkan mama yang beriya-iya suruh aku kahwin.

“Sama macam saya. Mama saya yang beriya sangat. Saya tak kisah pun.”

Aku memerhatikan jam di tangan. “Dah lewat ni. Risau pula mama saya nanti.”

“Jom, kereta awak masih di pejabat kan? Saya hantar awak sampai ke pejabat.”

Kami terus berlalu meninggalkan restoran tersebut. Sepanjang perjalanan menuju ke pajabatku, kami saling bertukar erita diselangi gelak tawa dan gurau senda. Izfan Azriel memang seorang yang ceria dan kelakar. Jauh sekali sikap sombong. Tak macam hari pertama aku tengok dia. Serious sahaja, kan?

“Dalam ketujuh calon tu, mana yang awak berkenan? Takkan tak ada pulak?” Aku menukar topik perbualan.

“Entah. Nanti saya fikir.”

Aku mengangguk perlahan. Bersabarlah, Irine. Jangan soal dia banyak sangat.

“Saya rasa saya dah jumpa..”

Aku berkalih memandangnya. “Ya? Siapa?”

“Awak akan tahu bila tiba waktunya.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience