BAB 12

Romance Completed 17111

Aku mencari kelibat Izfan Azriel di dalam restoran yang telah dijanjikan. Hah! Tu dia!

Aku segera berlari ke arahnya. “Hai awak! Mana calon tu?”

“Sabar, duduk dulu.”

Aku serba salah nak duduk. Kalau calon tu sampai, apa kata calon tu pulak aku duduk tempat dia.

“Takpe, saya berdiri je. Bila calon tu sampai, saya lari.” Balasku bersahaja. Dia ketawa kecil.

“Izfan Azriel?” Sapa seorang gadis berbaju kurung. Macam aku kenal..

Marissa! “Eh, awak yang hari tu ke?”

“Ya saya. Marissa, kan?”

Hah? Marissakah yang dipilihnya? Hatiku aku bagaikan retak seribu. Apatah lagi melihatkan Marissa memakai baju kurung. Pasti disebabkan gadis itu telah berubah, Izfan Azriel memilih dia sebagai pendamping hidup!

“Awak buat apa kat sini?” Soal Marissa lagi.

“Saya tunggu calon seterusnya.”

Oh, okey. Aku dah salah sangka ni. Bukan Marissa lah! Marissa hanya kebetulan.

“Cantik awak hari ni. Lebih sopan!” Pujian diberikan kepada Marissa.

“Terima kasih, saya berubah kerana Allah. Lagipun, tak lama lagi saya nak kahwin.”

“Ya? Tahniah.” Serentak aku dan Izfan mengucapkan tahniah kepada Marissa.

Marissa tersenyum bahagia seraya keluar dari restoran tersebut.

Jam di tangan aku perhatikan. Lama pulak calon tu nak sampai! Tak tepati masa betul! Macam.. Katrina? Janganlah!

“Mana calon tu?” Aku sudah tidak dapat menahan sabar.

“Calon tu akan duduk di kerus hadapan saya nanti.”

Aku mendengus. Kenapa Izfan Azriel terlalu berteka-teki sangat ni?

“Awak tunggu sini ya. Saya nak ke tandas sekejap.” Pinta Izfan Azriel.

Aku terus duduk di kerusi yang bertentangan dengan kerusi Izfan Azriel tadi kerana dah lenguh aku nak berdiri. Nak cari tempat lain.. Semua dah penuh.

Dua minit kemudian, dia kembali dengan senyuman lebar.

“Apa kata, sebelum calon tu sampai, kita borak-borak dulu?” Cadangnya. Aku terus mengangguk mengiyakan.

“Miss matchmaker..” Panggil Izfan dengan suara yang meleret.

“My name not Miss matchmaker. I am Airin Nadia.” Aku membetulkan penyataan yang keluar dari bibirnya.

“Alaa.. Kan awak matchmaker saya? Tak salah rasanya nak panggil awak Miss Matchmaker.”

“Hmm..” Aku memandang sekeliling. Di mana calon yang dipilih Izfan ni?

“Calon saya dah sampai.”

Aku memandang sekeliling restoran yang mula dipenuhi orang. “Mana? Tak nampak pun?”

“Tu!” kata Izfan. Matanya pula langsung tidak berkalih memandangku.

Aku berkalih menoleh ke belakang. Ye lah, aku ingatkan ada orang yang Izfan perhatikan di belakangku. Rupanya, tak ada pun?

“Ish, cakaplah yang mana! Saya nak pergi dah ni!” Aku lantas bangun dari kerusi. Bimbang pula calon pilihan Izfan nanti sangka aku ni penyibuk pula.

“Wait!” Dia memegang lenganku.

“Calon saya dah sampai, dan dia dah duduk di kerusi bertentangan saya tadi.” balasnya lagi.

Aku masih blur. Seingat aku, mana ada gadis yang duduk di kerusi tu melainkan.. aku?

“Maksud awak?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience