Bab 5
Asyraf Pov
Adoila..! Siapa nak ganti si Fakrul ni?? Dan kenapa aku rasa bersalah terhadap si Arin?? Takkanlah perasaanku sekali lagi membentukku? Taknak..! Aku serik..! Tetapi, aku mulai rindu dia. Nampaknya aku kena ke rumah dia. Nak minta maaf punya hal..
Asyraf: Assalammualaikum..
Mak Eja: Waalaikummusalam. Asyraf..apa hajat kamu datang ke rumah Mak Eja ni??
Asyraf: Sebenarnya, saya nak Arin kembali bekerja bersama saya. Fakrul cuti sementara waktu ni. Sebabnya, isterinya mengandung dan alami penyakit kronik. Jadi dia kena jaga isterinya di hospital samping itu, menjaga anaknya. Jadi, saya dah tiada pembantu untuk...
Sebelum sempat ayat aku dihabiskan, dia dah menyampuk dulu.
Arina: Jangan dengar cakap dia Ibu. Saja nak kenakan Arin lagilah tu. Tu sebab nak ambil Arin kerja balik dengan dia. Cakap pada dia, Arin tak berminat. Sikit pun tak..!
Mak Eja: Arin..! Jangan begitu, nak..! Dia datang dari jauh sebab nak kamu kembali bekerja. Terima jerlah..
Aku memandang Arin dan Mak Eja berganti silih. Kemudiannya, aku berkata.
Asyraf: Maaflah Arin, saya tak sengaja pun. Takda niat di hati pun. Kembalilah bekerja, ehh? Please..!
Menjatuhkan air mukaku saja dengan merayu sebegini. Tapi, aku perlu dia disisi kerana aku terseksa menahan rindu hari-hari.
Arin: Taknak..! Pergi..! Jangan datang lagi..!
Asyraf: Tolonglah..
Kata aku sambil menyusun sepuluh jari.
Arin: Merayulah lagi..
Kata-katanya buat aku terkejut. Siap dengan senyum sinis. Buat jatuh maruah jer.
Asyraf: Tolong..tolonglah..please..
Arin: Baik..saya akan datang esok.
Katanya dan berlalu pergi. Bukan nak kata aku cute ke, sweet ke. Geram jer..!
Share this novel