Bab 14
Arina Pov
Pagi ni, aku bangun awal untuk menyiapkan sarapan paginya. Dia yang sesudah mandi turun tanpa memakai baju dan badannya yang seksi itu hanya dilitupi tuala basah. Aku tidak mengelak daripada melihat, cuma tidak mahu melihat. Sambil aku mencuci pinggan yang bertimbun seperti Gunug Everest, aku memandangnya. Cari akulah tu.
Arina: Here..
Dia pusing 48 darjah dan ternampak aku. Dia kemudiannya berkata-kata.
Asyraf: Awak, mana baju kerja saya??
Dah agak dah.
Arina: Belakang pintu. Saya dah siap iron dah.
Asyraf: Thank you. Awak ada iron tie saya tak??
Arina: Adanya belakang pintu. Seluar pun.
Sebelum dia buka mulut, aku dah cerita dulu. Dia hanya tersenyum dan berlari menaiki tangga terus mask ke dalam bilik. Kemudiannya dia turun dengan tie tak terikat dengan beg bimbit dan sikat serta rambut yang berselerak. Betul la dia ni..!
Arina: Mari sini. Saya bantu awak.
Kata aku sambil mengelap tangan di tuala tanga yang tergantung di peti sejuk dua pintu miliknya. Aku datang dekat dan terus mengikat tienya dan kemudiannya merampas sikat di pegangnya lalu aku menyisir elok rambutnya. Dia hanya terpaku tanpa sedikit pun membantah. Aku dah kata, aku takkan jadi derhaka, kecuali tak mahu disentuh.
Arina: Sarapan dah siap, pergilah makan..
Pinta aku. Dia menggeleng lembut.
Asyraf: Awak tolong bekalkan, ya? Saya dah lewat ni.
Arina: *sambil melihat jam digantung kemas di dinding* Sekarang baru pukul 8 pagi. Awal lagilah.
Asyraf: Sorry sayang, tak boleh. Tolong ya..?
Aku hanya mengikut kata-katanya. Setelah siap membekalkan makanannya, aku ke ruang tamu. Sempat pulak dia tidur dalam keadaan duduk. Letih sebab semalamlah ni. Dah cakap, ambil cuti, taknak dengar. Sekarang, tanggunglah sendiri. Aku kemudiannya diam-diam membaringkannya. Sempat aku menelefon abang Fakrul supaya membatalkan semuanya. Aku dapat lihat, dia begitu keletihan. Biarlah dia tidur di sini sehingga 11 pagi nanti.
Asyraf: Sekarang dah pukul berapa?? Bau apa ni?? Sedapnya..
Dia dah terjagalah. Lamanya tidur.
Arina: Dah 11.30 pagi, cik abang.
Asyraf: 11 pagi..hah?? *reaksi melebih terkejut* 11 pagi?? Kenapa awak tak kejutkan saya??
Arina: Awak letih, biarlah awak rehatkan badan dan minda hari ni sebelum kembali ke kerja esok. Jangan push kalau dah tak boleh.
Dia hanya mengangguk. Kemudiannya dia datang dan merangkul pinggangku. Aku taknak derhaka, tapi, aku taknak disentuh.
Asyraf: Thanks. Sebab concern.
Arina: Takde apalah..*kata dalam nada tak selesa*
Sambil itu, aku melepaskan diri. Rasanya dia sedar. Dia terus berundur ke belakang dan naik ke atas. Aku hanya terdiam.
Share this novel