Chapter 16

Romance Completed 10727

Bab 16

Asyraf Pov
Selepas beberapa hari, aku sembuh sepenuhnya. Aku mula ke tempat kerja dan mula diganggu Airry, adik kepada Arin yang mengetahui aku berkahwin dengan kakaknya.

Asyraf: Fakrul..! Macam mana Airry boleh masuk pejabat saya??
Fakrul: Saya tak tahu Tuan. Pagi tadi saya datang dia dah ada dalam pejabat Tuan, tengah tidur dan berbau arak.
Asyraf: Dia mana sekarang?? *menghembus nafas berat*
Fakrul: Tandas, Tuan..

Aku hanya melihat sekeliling, takut kalau-kalau dia masuk. Kenapa dia nak ganggu rumahtangga aku??

Airry: Hai you..cari apa tu??

Katanya sambil menyentuh tubuh badanku. Aku menolak tangannya dan berjalan jauh sedikit dari dia.

Asyraf: Kenapa kau nak mengganggu rumahtangga aku?? Waktu aku kahwin, takde pula kau nak datang, sekarang apa ramcangan kau?? Merampas??
Airry: Bijaklah you ni..tapi, you janganlah guna aku, kau. Tak sweet..

Katanya sambil berjalan mendekati aku. Aku terus berginjak ke tempat lain. Dia mengikut juga. Last, aku suruh dia keluar.

Airry: Bukan you nak pelawa minum air, tapi halau I keluar. Jahatlah you ni..!

Mengada..!! Lepas dah hilang hampir setahun, dah muncul ganggu rumahtangga orang. Apa nak jadilah dengan Airry ni. Mabuk malam-malam, jangan-jangan, dadah pun dia ambil. Dan yang paling teruk, dia masih suci ke??

Asyraf: Aku tengah cakap elok-elok ni..! Kalau kau tak keluar sendiri, aku akan panggil pengawal heret kau pergi. Lebih baik kau keluar..! Sedarlah Airry aku dah kahwin dan dah lama aku tolak cinta kau. Dah lama sangat..!

Sememangnya, sewaktu aku hangat bercinta dengan Arin ketika di zaman sekolah sebelum kejadian yang memerit hati Arin, Airry ganggu aku dengan kecantikan tidak aslinya. Dia goda aku, tetapi, hatiku tetap pada Arin. Itu yang pasti.

Airry: *bernada tinggi* Sebab itulah I datang..! I nak kita kembali bersama. I sanggup jadi isteri nombor 2, you. Sumpah I sanggup..!!
Asyraf: Kau merayu pun takde guna, aku dah kahwin dengan kakak kau, dan kitorang saling mencintai. Tiada apa yang dapat kau pisahkan kitorang. Sudahlah Airry, pergilah balik. Mandi dan bertaubat. Kau berbau arak dengan teruk..

Kata aku bernada lembut. Kalau taknak dengar juga, aku panggil pengawal.

Airry: I janji pada you, I akan buat apa saja untuk dapatkan you kembali ke sisi I. Lihatlah nanti..

Katanya lalu keluar. Agak menakutkan tetapi aku tak gentar, aku percaya, Arin takkan serahkan aku mentah-mentah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience