Bab 24
Arina Pov
Selepas beberapa tahun, Aisya pun membesar dengan baik. Aku pula sedang sarat mengandung nombor 2. Kami kini, berada di Perak. Asyraf terpaksa bertukar, katanya, syarikat utama kat negeri ni. Pada mulanya, memang sakit hati la. Tapi, terpaksa juga aku akur. Yerlah, tempat isteri kan di sisi suami.
Asyraf: Sayang! Sayang!! *menjerit* Awak ni!! Dah tahu sarat, nak juga angkat barang-barang ni! *merampas barangan di tangan Arina* Kan saya dah kata, awak hanya perlu duduk dan rehat. Jangan ingkar lagi arahan saya!
Hehe..tengoklah tu, punyalah suka manjakan aku. Aku pun apalagi, terima jerlah. Dah suka la, katakan.
**********
Selepas beberapa hari, aku yang mula serasi dengan rumah ni, mula berborak dengan jiran sebelah rumah. Aku dapat tahu, ada seorang makcik dengan suami dia. Sebelah satu lagi, takde orang. Kosong.
Arina: Assalammualaikum makcik.
Makcik: Waalaikummusalam.
Kata makcik tu sambil memandang aku. Dia pun berhenti siram pokok bunganya.
Arina: Saya Arina. Baru jer pindah dua-tiga hari lepas.
Kata aku sambil hulur tangan tanda salam perkenalan. Makcik tu sambut dan mula memperkenalkan dirinya.
Makcik: Ohh..makcik, Sarima. Tinggal dengan suami jer. Anak takde. Tak dapat rezeki.
Aku hanya senyum mendengarnya.
Arina: Ni, anak first saya, Aisya. Sya, salam dengan nenek.
Kata aku sambil cuba mendukungnya.
M. Ima: Heyh!! *marah* Jangan kamu dukung dia. Nanti, kesian anak dalam perut tu..!
Hehe..dah kena marah. Aku hanya tersenyum sambil meletakkan semula Aisya di bawah selepas dia menyalami tangan Makcik Ima. Tiba-tiba, Asyraf balik. Tapi, dia dalam keadaan rush.
Arina: *menghiraukan Makcik sebelah rumah demi mengetahui keadaan suaminya* Kenapa, wak?? Ada apa-apa tertinggal??
Dia berdiri betul-betul depan aku.
Asyraf: Ada! Lupa nak cium kekasih abang ni. Asyik ingat anak jer. Kesian dia..
Malu aku mendengarnya. Dengan sepantas kilat tanpa sempat aku menghalang, ciuman hangatnya dah hinggap di bibir montelku. Malu aku sebab dia cium depan Makcik Ima. Aku pukul lembut tangan kanannya. Kemudiannya aku memberi isyarat mata kepadanya. Dia kemudiannya memandang tempat yang aku menjeling. Akhirnya, dia sendiri malu. Cium tak tengok kiri, kanan!
Asyraf: Abang, pergi dulu, ehh??
Arina: Yerlah..*menyalami tangan yang dihulurnya*
Kemudiannya, aku hanya memandangnya berlalu pergi. Makcik Ima pula, tersengih-sengih macam kerang busuk.
M. Ima: Romantiknya laki kamu. Tak macam suami Acik. Gurau sikit pun salah. Tulah jenis lelaki pujaan hati tau. Semua orang suka jenis dia. Romantik, sweet jer. Haih..*menghembus nafas suka*
Betul ke aku dengar ni?? Makcik Ima yang dah tua ni pun cakap Asyraf, jejaka pujaan. Wah..tak sangka,aku kahwin dengan JEJAKA PUJAAN HATI. Siapa sangka. Jadi dengan JEJAKA PUJAAN HATI ni, aku harap aku bahagia selamanya. Akhirnya, tamat juga kisahku dengan dia. Bahagiakanlah aku dengan keluargaku. Amin.
....TAMAT....
Share this novel