Chapter 2

Romance Completed 10727

Bab 2

Asyraf Pov
Dah sejam, mana si Arina ni?? Dia tak tahu ke aku selalu datang awal ke kerja?? Saja nak buat aku tunggu ke? Dah hari first day saja nak cari pasal ke?? Dari luar pintu bilik, aku dapat dengar suara Fakrul, setiausaha yang paling lama bertahan denganku. Dan satu lagi suara perempuan, macam suara si Arin jer aku dengar. Mari curi dengar perbualan mereka.

Arina: Abang Fakrul..!
Fakrul: Arin..! Kenapa lambat??
Arina: Lambat?? Kenapa? Si Asyra tu dah sampai ke?? Awalnya..kenapa saja nak buli Arin lagi??
Fakrul:Jangan cakap kuat sangat. Tuan boleh dengarlah..
Arina: Biarlah dia dengar. Biar dia tahu. Saja nak datang awal asal?? Nak sakitkan hati Arin yang tak pernah terubat ni? Sebab dialah, Arin tak dapat straight 'A' in SPM. Kalau tak, Arin dah boleh kerja tinggi macam dia..!
Fakrul: Arin..abang tahu, Arin masih lagi marahkan Tuan. Tapi ini tempat kerja dan Tuan majikan Arin. Kerja elok-elok tau. Jangan gaduh-gaduh. Nantikan jadi kontroversi pula..! Dah, pergilah masuk, dah dekat sejam Tuan tunggu Arin. Dan, Tuan memang datang kerja awal hari-hari. Esok, Arin jangan lambat. Ingat..!
Arina: Yelah. Arin masuk dulu..!

Tak sangka kejadian tu masih lagi buat marahnya membara. Memang salah aku, beri dia ubat tidur pada hari tu. Tapi okey apa, dia dapat gred B dalam Bahasa Inggeris. Sedangnya dia bagus dalam subjek tu. Dah, aku tak boleh buat dia marah. Nantikan, kerja ke mana, peribadi ke mana. Susah pula. Dia dah masuk, lebih baik aku control macho.

Arina: Selamat pagi Tuan. Saya Arina Balqish sedia bekerja.
Asyraf: Baik. Apa jadual saya hari ni??
Arina: Sebentar, pada pukul 10 pagi, Tuan ada perjumpaan bersama CEO syarikat Kerlisa Holdings untuk menyelesaikan masalah antara syarikat ibi dan juga syarikat mereka. Pada pukul 2 petang...

Dan banyak lagi yang diberitahunya. Dalam masa itu, aku hanya memandang wajahnya yang cantik dan pernah buat ramai jejaka jatuh cinta termasuk aku. Sudah lama aku tak memandangnya begini. Kali terakhir, pada hari mengambil result SPM. Dia menangis sebab dapat 8 A dan 1 B. Kali terakhir aku lihat dia. Aku tahu dia benci nak tengok muka aku sekarang ni.

Arina: Tuan..?
Asyraf: Ya..? Awak ada kata apa-apa?
Arina: Ya..tak..

Katanya sambil menggeleng. Aku dapat rasa gelabahnya dia sebaik perasan aku melihat wajahnya.

Asyraf: Jadi, pagi ni saya ada perjumpaan dengan siapa?
Arina: Dengan..
Asyraf: Tak apa, mari pergi.

Sebelum sempat dia menghabiskan kata-katanya, aku sudah memotong.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience