Bab 23
Arina Pov
Hari ni, genaplah sebulan, Airry koma. Keadaannya yang makin baik kini merosot. Aku ingatkan, aku masih berpeluang mendengar suaranya. Tak juga rupanya. Dia bakal tinggalkan aku, sama seperti Ibu tinggalkan aku. Aku hanya ada dia seorang jer. Aku taknak semua ni berlaku. Itu yang pasti.
Doktor: Maaf Puan. Adik Puan, tidak lagi hidup. Mesin itu mesti dihentikan. Dia dah takde peluang lepas mengalami kemalangan ngeri itu.
Arina: Tiada cara sekalipun? *mengharap*
Doktor itu hanya menggeleng.
#throwback
Tak guna kau Asyraf!! Aku dah guna-gunakan kau pun masih takde kesan!! Apa yang perempuan tu dah letak kat kau??!
Kesesakan jalan pada waktu pagi.
Ehh?!! Tepilah!! Aku nak cepat ni!! Tepilah!!
Seekor anjing melintas di hadapan kereta miliknya.
Arghhhh!!
Kereta miliknya terbabas dan dia tercampak keluar akibat tidak memakai seatbelt. Kepalanya kebetulan ada batu besar dihadapannya, terhantuk kuat. Apabila dibawa ke hospital, dia bukan saja mengalami kecederaan parah pada bahagian badan, dia juga mengalami keretakan tempurung akibat hentakan tersebut dan tercampak keluar.
End #throwback
Airry..aku redha atas pemergian kau. Biarlah aku seorang di atas muka bumi ini selagi aku bahagia dengan suami aku. Selamat tinggal, sayang aku. Aku jumpa kau nanti. Bab 24
Asyraf Pov
Kini, kandungan Arin sememangnya sarat. Tunggu masa nak melahirkan jer. Tapi, aku dengar dah overdue. Hish..! Taknak keluar ke apa baby tu?? Taknak jumpa Papa dia ni?? Asyik nak berkepit dengan Mama jer dalam perut tu?? Sewaktu aku sedang melewati sekeliling rumah, aku terdengar jeritan. Arin menjerit nyaring.
Asyraf: Kenapa ni Arin?? *panik*
Arina: *nafas tak teratur* Abang..abang..cepat! Arin nak beranak!!
Asyraf: *panik* Nak beranak??
Tak sabar-sabar pula nak keluar dia pun. Sebelum ni taknak pula! Dah teringin nak jumpa Papa dia la tu..! Ehh?? Apa aku merapu ni?? Lebih baik aku cepat!
Di hospital
Aku mundar-mandir di hadapan bilik bersalin. Apa berita pun aku tak dengar. Daddy dengan Mommy pula tak sabar-sabar nak tengok cucu first diorang. Tiba-tiba, keluar seorang nurse sambil memangku seorang bayi. Dari jauh nampak comel.
J.rawat: Tahniah encik, encik dapat bayi perempuan.
Asyraf: Bayi perempuan??
Memang agak terkejut la. Sebab kitorang ingat lelaki. Nasib la, barang bayi semua kena sponsor. Takde pula aku nak membeli. Nampaknya, baju-baju bayi lelaki yang diberi semua kena derma la. Tapi, aku tak kisah. Ni kan rezeki.
J.rawat: Encik??
Asyraf: Ya??
J.rawat: Taknak dukung dia ni??
First time, aku nak dukung baby. Alahai..risaunya. Nurse tu pun, serahkan kepada aku baby tersebut berhati-hati memandangkan dia tahu ni merupakan anak pertama aku. Aku hanya tersenyum melihat wajahnya yang comel tu. Matanya bundar, anak matanya coklat. Mulutnya montel dan kecil jer. Hidungnya agak mancung. Berpipi tembam. Putih. Segera aku azankannya. Setelah itu, aku serahkan pula baby comel ni kepada Mommy. Mommy dengan daddy macam dalam cerita Ahmad Albab karya allahyarham Tan Sri P.Ramlee, yang anak jin dengan mak dia tu. Terpinga-pinga dan jakun. Aku pula, masuk ke dalam wad yang menempatkan kekasih hatiku bagi melihat keadaannya. Sudah tentu dia penat dan letih setelah bertungkus-lumus dalam kerja-kerja melahirkan anak kami.
Arina: Mana anak kita??
Soal dia sewaktu ternampak susuk tubuhku. Ssbelum sempat aku membuka mulut, Mommy dengan daddy masuk sambil ketawa kecil bersama-sama. Sambil itu, anak comelku dipangku Daddy. Daddy datang ke arah kami dan terus serahkan anakku kepada Arina. Arina menerima dengan penuh kasih sayang terpancar di wajahnya. Diciumnya beberapa kali. Kemudiannya, dia memandangku.
Arina: Kita nak letak nama apa??
Asyraf: *berfikir* Saya nak letak nama Aisya..
Arina: Kita sama!!
Dah lama aku fikir nama tu. Kalau lelaki Airil, kalau perempuan Aisya. Aku hanya tersenyum. Kemudiannya, dia tambah nama belakangnya.
Arina: Satu lagi, Aqina. Nama sempena nama arwah Airry.
Asyraf: Bukan Balqina ke nama arwah??
Arina: *marah* Memang la!! Tapi, takkan nak letak nama Alqina kot!! *sememangnya marah dengan keidiotkan suaminya*
Asyraf: Jangan marah..tanya pun salah..*merajuk*
Taknak cakap dengan dia! Nak merajuk! Mommy dengan daddy yang keluar selepas serahkan Aisya kembali. Ditangan Mommy, ada sebungkus makanan, rasanya la. Sebab aku nampak polistrina. *tak tahu cara eja, tahu pun dalam bahasa Melayu jer*
Share this novel