Bab 13
Arina Pov
Perkahwinan ini semuanya secara tiba-tiba. Disebabkan rasa benci berbaur cinta, aku mengahwininya kerana bencikan yang lain. Aku harap aku tidak menderhakainya, kecuali tidak ingin disentuh. Maaflah Asyra. Benci masih bertakhta.
Asyraf: This is our first night..
Arina: Hmm..
Datangnya terus merangkul pinggangku. Sumpah, mungkin dia adalah pujaan yang lain, tetapi bukan aku.
Arina: Stop..!
Asyraf: Kenapa ni ayang??
Arina: First at all, I married with you cause I really dont like my mom choice. And I never like to being touch by you..
Sememangnya dia terkejut hingga terlopong.
Asyraf: Tapi kenapa?? Semua orang inginkan saya tahu, dan saya begitu cintakan awak. Kenapa awak, nak kahwin tapi menyeksa batin saya??
Arina: Maaflah, kalau dah benci, ini harus dikikis perlahan-lahan untuk terima.
Asyraf: Awak, masih bencikan saya??
Arina: Gilalah kalau saya sukakan awak lepas kahwin. Tapi doakan hati saya terbuka untuk awak.
Kata aku lalu baring bersebelahannya. Dia masih lagi memandangku dengan wajah terkejut plus geram.
Asyraf: Kenapa?? Kenapa awak bencikan saya??
Arina: Tak perlulah menjerit, kan saya sebelah ni jer pun.
Asyraf: Jangan nak ubah topik. Jawab kenapa??
Arina: Awak ingat, saya senang-senang lupakan kesilapan awak yang merubah hidup saya dalam sekelip mata??
Kali ni, suara aku agak tinggi tetapi perlahan saja volumenya. Dia kelihatan terkelu untuk berkata-kata.
Arina: Setelah awak letak pil tidur dalam botol air saya, awak ada fikir apa-apa tak?? Rasa bersalah ke? Atau rasa yang awak tak patut buat macam tu?? Ada?? Awak tahu, saya sukakan subjek Bahasa Inggeris gila-gila, kan?? Tapi, lepas awak dah aniaya saya, awak fikir apa?? Saya boleh terima awak lepas kahwin, macam tu??
Aku berhenti, untuk mengambil nafas semula. Terasa sebak bila memikirkannya semula.
Arina: Seronoklah awak, saya tak cemerlang macam awak, tapi kenapa?? Sebab awak jealous saya ada ramai peminat atau awak tak suka saya?? Benci sangat ke? Kenapa awak dia? Jawablah..!! Jawab..!! Kenapa buat saya macam ni..?!!
Asyraf yang terkelu, membuka perlahan-lahan mulutnya untuk menjawab persoalan aku.
Asyraf: Sebab awak tak pernah pandang saya..
Dia kelihatan sebak, menakung air mata yang akan berjuraian bebila masa saja.
Asyraf: Saya sayang awak, sejak hari pertama kita bergelar pelajar SMK, senyuman awak telah buat saya jatuh hati. Awak layan semua orang, tapi awak lupa saya. Saya menanti awak hari-hari. Hari-hari hingga kita tak berjumpa selama 6 tahun. Hingga kita kahwin. Saya nak awak pandang saya dengan kasih dan sayang bukan dengan perasaan benci dan tak suka.
Aku tak tahu samada nak menangis atau menengking.
Asyraf: Cara awak pandang seperti jijik, tak suka dan saya macam buat kerja kotor. Sedangkan saya cuma nakal.
Arina: Sedar pun..! Awak nakal plus clever plus stupid. Hanya menyakitkan hati..! Saya benci awak sejak saya dapat tahu awak buli rakan baik saya. Sekarang, awak tahu dia di mana?? Di tanah perkuburan Islam di Damansara Perdana. Dia meninggal sebab awaklah..!!
Mukanya nampak terkejut. Ya, dialah penyebabnya. Setelah dia menarik kerusi rakan baikku itu, tulang punggungnya telah lari dari kedudukan asal. Dia lumpuh dan menunggu masa untuk mati. Dia tak dapat bergerak seperti biasa. Aku ingat, kali terakhir aku berjumpa dengannya pada hari jadinya yang ke-21. Setelah beberapa hari, dia dikejarkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada organ pentingnya sebab perkara itu. Setelah koma untuk sebulan lamanya, akulah yang mencabut mesin pergantungan hidup itu. Tanpa rela hati, aku lepaskannya. Tak guna punya Asyraf..!!
Asyraf: Awak tak memainkan??
Arina: Awak fikir saya nak main dengan kematian?? Awak dah ubah hidup saya tahu? Semuanya jadi teruk..! Betullah gelaran tu, harap anak Dato' tapi tak berhati perut..!!
Aku terus menutup mata dan berpura pekak tanpa ingun mendengarnya merayu meninta maaf. Doa sajalah aku terbuka hati pada kau..
Share this novel